BTC USD 86,279.2 Gold USD 4,362.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Gengster Long Tiger Rohingya direman semula

#johorbahru "Mungkin sebelum ini orang takut mahu membuat laporan. Takut ada tindak balas daripada Long Tiger." -Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay. https://www.hmetro.com.my/…/ramai-laporan-perbuatan-long-ti…



Ramai laporan perbuatan Long Tiger



Long Tiger



POLIS menerima beberapa lagi laporan daripada orang awam berhubung kesalahan lampau lelaki Rohingya dikenali sebagai Long Tiger yang ditahan semula Sabtu lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya dimaklumkan terdapat beberapa lagi laporan dibuat ke atas lelaki berusia 34 tahun itu di beberapa negeri termasuk Selangor dan Kuala Lumpur.
"Apabila dia (Long Tiger) ditangkap di Johor dan direman, ramai lagi orang awam tampil membuat laporan berkait kesalahan lampau lelaki itu.

"Mungkin sebelum ini orang takut mahu membuat laporan. Takut ada tindak balas daripada Long Tiger. Banyak lagi laporan yang dibuat. Kita tunggu," katanya ketika ditemui selepas program penyerahan sumbangan Syarikat Yeoh Tiong Lay (SPYTL) Sdn Bhd kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor hari ini.

Terdahulu, PDRM Johor mengesahkan menahan semula individu digelar Long Tiger bersabit kes baru dilaporkan di Tangkak pada 2 Mei lalu yang membabitkan elemen pemerasan.

Beliau berkata, permohonan reman bagi siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan/233 Akta Komunikasi dan Multimedia sudah ditolak oleh Majistret Mahkamah Muar.

"Jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 388 Kanun Keseksaan, dia boleh dipenjara selama tempoh yang boleh sampai 10 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan," katanya.

Pemegang kad Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) itu ditahan semula Sabtu lalu dan direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 388 Kanun Keseksaan membabitkan elemen pemerasan.

Terdahulu dia direman bagi siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan/233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 Mei 2020 @ 3:00 PM


 
Siaplah makin ramai akan buat repot,silap2 sambung lagi reman takpun bebas dan kena tangkap blk.Selamani dia ingat dia kebal skrg hadaplah kuar masuk lokap lu.
 
LELAKI Rohingya dikenali sebagai Long Tiger yang mencetuskan kontroversi melalui beberapa sesi siaran langsung di Facebook (FB) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Tangkak, hari ini, atas dakwaan pemerasan.
Tertuduh yang berusia 34 tahun itu didakwa kerana melakukan pemerasan terhadap seorang individu kira-kira jam 4 petang, pada awal Oktober 2019, di sebuah restoran di Bukit Gambir, Tangkak.
Mengikut pertuduhan, dia melakukan pemerasan dengan mendatangkan ketakutan kepada individu dengan cara akan membuat laporan polis ke atas individu berkenaan yang melakukan hubungan intim bersama gadis bawah umur sekali gus memaksa individu terbabit menggugurkan laporan polis ke atas tertuduh.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 388 Kanun Keseksaan, sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.
Majistret Norina Maludin membenarkan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM8,000 dengan dua penjamin warga tempatan tanpa cagaran dan sebutan semula kes pada 1 Jun ini.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Rasyidah Murni Adzmi manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Shaharudin Ali.
Dalam pada itu, isteri Long Tiger dan anak perempuan mereka kelihatan hadir ke mahkamah bersama seorang individu yang dipercayai saudaranya bagi urusan jaminan.
Terdahulu, Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay mengesahkan penahanan semula Long Tiger bersabit kes dilaporkan di Tangkak, Sabtu lalu, membabitkan elemen pemerasan.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 Mei 2020 @ 9:32 PM
#HarianMetro
95585467_169020727900456_5597096063254134784_n.jpg
 
Isteri Naik Status Hiba Dedah Nasib Restorannya Selepas Suaminya Di Tahan Kali Kedua

“Cukup2 lah PM fb saya cakap bukan2, sampai ada yang mendoakan yang bukan2 untuk anak saya. Anak saya tak bersalah, dia kecik lagi, dia baru nak kenal dunia”

“Walau macam mana pun sy masih tak malu mengaku suami sy sebagai suami sy, burvk mana pun dia syurga sy tetap dibawah telapak kaki dia”, katanya melalui akaun fb Nur Kasih.


Resoran di boik0t, sumber pendapatan terjejas

Tambahnya lagi, Restoran Abang Viral itu lah satu-satunya punca rezeki beliau anak beranak dan berharap agar tiada pihak yang bertindak untuk menyekat rezekinya.

“Saya memang takde hak nak halang sesiapa untuk b0ik0t restoran saya, rezeki ajaI dan jodoh semua telah ditetapkan. Saya masih ada anak kecil yang mahu dibesarkan, berhentilah beri tekanan kepada kami”, tambahnya lagi.

Beliau turut memohon kemaafan daripada semua pihak yang terkesan akibat kekhilafan beliau dan suaminya selama ini dan mendoakan semua agar berada dalam rahmat dan lindungan Allah SWT.

Baru-baru ini beliau turut mengongsikan sebuah video yang memaparkan kenangan antara mereka berdua yang sedikit sebanyak menyentuh perasaan penonton.

Ramai yang memberi sokongan dan mendoakan agar beliau terus tabah menjalani kehidupan yang penuh liku.

“just nak bagitau org yg kcam kat komen tu semua adalah ahli syurga .. yg hlna anak kecik dia tu adalah ahli syurga .. mereka tu paling sempurna .. mereka tu tak ada sebesar zarah pun d0sa ..

Kan ALLAH bagi mereka buat kerja Allah untuk hkum manusiaa .. so wahai bini dgn anak kecik long tiger .. korang sekeluarga je ahli neraka .. mereka semua tu ahli syurga”, tulis Balquies Faeez.

Diharapkan isteri Long Tiger terus tabah menghadapi duga4nyang mendatang. Kepada mereka diluar sana, Long Tiger telah menerima hkman akibat perbuatannya, janganlah kerana suami, anak dan isterinya turut dihukm.


Sedikit info Long Tiger

Nama Long Tiger menjadi panas beberapa hari ini dengan pelbagai pemb0ngkaran dilakukan oleh warganet. Aktivis yang “langsi” menggunakan nama Long Tiger ini sangat popular di media sosial apabila beberapa kali mencetuskan perb4lahan dengan beberapa pihak.

Dia juga dikatakan sebagai Abang Long Kawasan Bukit Gamb1r. Namun keturunannya dikaitkan dengan pelari1an Rohingya. Beberapa dokumen mengenai keturunannya mula tular di Media Sosial oleh warganet.

Tidak mahu mengaku Rohingya, Lagi Rahsia Long Tiger telah dikorek Netizen. Jabatan Nitizen malaysia memang pandai mengorek siapa sebenarnya Long Tiger ini.


Nama Sebenar Long Tiger

Long Tiger atau nama sebenarnya Addul Hamim bin Ab Hamin dipercayai telah menutup akaun facebooknya apabila identitinya kant0i dan telah dikec4m oleh pelbagai pihak. Perkara ini didedahkan oleh warganet di laman sosial.

isteri-long-tiger-dedah-apa-yg-berlaku-kepada-restorannya-selepas-suaminya-ditahan-kali-kedua...jpeg


Artikel asal InfoSebenar
 
pesan den, klu ekau taikuceng hebat camno pun takyah lah pungpang2 dlm sosmed

duduk diam2 sudahlah takyah kesana kesini tapi tong kosong (ekekekeke) nk canang populariti & ketaikucingan ekau tu

taikucing pun ado pekdah menyuburkan tanah utk tanaman (mcm kek umah den ekekeke)

so jadilah manusia yg bermanfaat pd org lain, klu tak silap kito anak bini yg tanggung beban nanti

ini pesan taiko abam dloanman, wa taiko lu taikucing ekekekeke
 
Abdul Hamim bin Ab Hamid nama die

page fb die 100k folower tu. jadah die
 
Kambing hitam ja long tiger nie, padahal ramai lg mcm dia duk luar tu, bebas sana sini, boleh rancang mcm2......yg atas lg dia lg bnyk....bnyk org xtau sebab dr dldi smp lanie xpernah settle jgk.....long tiger nie sebab dia menonjol sngt....dn dia yg cr pasal dlm hal nie, memang mendapat la......
 
Back
Top
Log in Register