BTC USD 86,181.1 Gold USD 4,336.54
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Gengster Long Tiger Rohingya direman semula



tak diceritakan pulak kes rogol yg terbaru ..mangsa fitnah?
kalau ikut kes, kes fitnah dan palsukan dokumen hukuman tak berat..tinggi2 setahun dua ..pejam celik, keluar ..
Boleh dah dia ni di batalkan Card UNHCR dia sbb berulang kali buat jenayah..dan deported balik ke negara asal, cuma masalahnya UN tak galakkan
 
tak diceritakan pulak kes rogol yg terbaru ..mangsa fitnah?
kalau ikut kes, kes fitnah dan palsukan dokumen hukuman tak berat..tinggi2 setahun dua ..pejam celik, keluar ..
Boleh dah dia ni di batalkan Card UNHCR dia sbb berulang kali buat jenayah..dan deported balik ke negara asal, cuma masalahnya UN tak galakkan

rekod jenayah pun banyak.
elok dah hantar balik rakhine.
 
Khamis, 30 April 2020 | 4:44pm



Long Tiger disiasat kerana fitnah pegawai polis



JOHOR BAHRU: Siasatan ke atas seorang lelaki yang dikenali sebagai Long Tiger dibuat atas kesalahan memfitnah seorang pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata suspek yang kini direman lima hari, ditahan di rumahnya di Muar, Selasa lalu.

Beliau berkata, siasatan mendapati suspek mempunyai tiga rekod kesalahan lampau membabitkan kes ugutan jenayah pada 2009 selain kes culik dan kes rogol pada 2012, yang kesemuanya sudah disabitkan kesalahan.

"Suspek didapati mempunyai kaitan dengan kumpulan gengster dan polis sedang membuat siasatan lanjut.

"Suspek bukan warganegara Malaysia walaupun mendakwa dilahirkan di Mentakab, Pahang, sebaliknya adalah pemastautin sementara dari Myanmar atau Rohingya yang juga pemegang kad Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR)," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, hari ini

Semalam, Ayob Khan mengesahkan penahanan Long Tiger selepas gambar dan video penahanannya tular di media sosial.

Long Tiger menjadi bualan netizen kerana kelantangannya sehingga menimbulkan kontroversi melalui beberapa sesi siaran langsung di Facebook sebelum ini.

Malah dia juga sentiasa mencabar mereka yang tidak bersetuju dengan pendapatnya serta mengeluarkan kenyataan yang mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan netizen.

Mengulas lanjut, Ayob Khan turut menafikan persepsi segelintir masyarakat yang menyatakan pemegang kad UNHCR kebal dari tindakan undang-undang.

"Tiada siapa pun kebal. Sesiapa yang membuat kesalahan tidak kira siapa pun termasuk pemegang kad UNHCR akan berdepan tindakan undang-undang," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, seorang anggota polis IPD Muar berpangkat koperal turut ditahan atas kesalahan merakam gambar dan video penahanan Long Tiger.

"Merakam gambar serta video suspek di dalam tahanan adalah satu kesalahan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 dan kita akan buka kertas siasatan terhadap anggota berusia 37 tahun itu.

"Tiada pilih kasih walaupun kesalahan dilakukan anggota kami, " katanya.

1588296716652.png

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.


 
Penah ke Mase live org tanye die bangse ape?
Mcm mane nak ckp die penipu?

Tp Yg penting die Islam,buat baik sesame Islam...
Dgn Islam dpt rahmat Allah...
Bkn dgn bangse...
Klau kononnye utamakan Islam takde Mase nak pertikai ape bangse die...

Klau taktau bangse jd masalah Sgt sampai kecewa?
Bangse melayu je ke bleh dpt respek?

dalam video dia cakap melayu bangsa aku.
salah sendiri jugak kalau cabar sana cabar sini.
nak kutip org sana sini.

masalah dia sendiri, bukan masalah org lain

sendiri buat video rekod rekod jadi superstar,
sendiri kene tangkap. bukan masalah org lain
 
dia ngan jebat 2X5 je..bila cakap, penghabisan ayat mesti ada cakap 'faham?? ' seolah2 diarg je bagus..

kronology lebih kurang la

long tiger cipta nama masa dia sound india mana tak dlm live fb..siap cakap india lg
jebat gaduh ngn ali batcha
jebat gaduh ngn long tiger
long tiger carik jebat kat KL lau tak silap
long tiger tarik joseph, isu jebat gelar joseph paria
joseph serang jebat kat kelang, hentak kereta jebat
jebat lari ke balai , joseph masuk lokap
joseph keluar, jebat lak masuk
mamat raub ( presiden lancar ke ape tah ), tok singa dan papagomo dedah long tiger
long tiger serang netizen dan tok singa..
long tiger masuk dalam..

tp seyesly aku tak sangka dia bukan warganegara..aku ingat melayu kacuk india..
ini menunjukkan berapa banyak video kau dah tgk time pkp ni.
bukan pendek2 live diorang hahaha.. berjela2 merapu merapan.
 
ini menunjukkan berapa banyak video kau dah tgk time pkp ni.
bukan pendek2 live diorang hahaha.. berjela2 merapu merapan.

aku tak layan langsung mamat Long Kai tu...walau tahu isu dia....memang tak de nak layan dia gaduh dgn Jebat ke...Ayda Jebat ke....aku tak ambil pusing..waktu tu aku terfikir kenapa mamat ni bangga sgt nak jadi Gengster....last last kena angkut...akhirnya KP Johor juga yg power....
 
aku tak layan langsung mamat Long Kai tu...walau tahu isu dia....memang tak de nak layan dia gaduh dgn Jebat ke...Ayda Jebat ke....aku tak ambil pusing..waktu tu aku terfikir kenapa mamat ni bangga sgt nak jadi Gengster....last last kena angkut...akhirnya KP Johor juga yg power....

mcm tu lah.
sendiri rekod video, sendiri kene kaut.
bukan masalah org lain.
masalah dia sendiri.
baik kita takyah campo
 
mcm tu lah.
sendiri rekod video, sendiri kene kaut.
bukan masalah org lain.
masalah dia sendiri.
baik kita takyah campo

aku kalau bab buat live nak up up diri sendiri ni memang aku tak layan langsung...lagi lagi jenis sound org...jenis mcm ni manusia yg ada cacaat dalam emosi dia...dia akan capai kepuasan dapat sound org dalam live....tapi tulah org kita suka layan...byk benda berfaedah lagi boleh buat dari layan mangkuk mangkuk mcm ni...ayahanda lah...kekanda la....semua self claim je
 
Back
Top
Log in Register