BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Generasi Muda Malaysia Dalam Perangkap Nikotin Dan Tembakau?

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Generasi Muda Malaysia Dalam Perangkap Nikotin Dan Tembakau?​

bb0c88f1da19a97a0bf82f16bf14ffc663fa29dd3cd72


Di sebalik pelbagai kempen kesedaran kesihatan saban tahun, penggunaan produk nikotin atau tembakau seperti rokok elektronik atau vape dan rokok konvensional dalam kalangan kanak-kanak serta remaja terus mencetuskan kebimbangan.

Vape, peranti yang dianggap alternatif kepada rokok kini semakin popular dalam kalangan golongan muda melalui pelbagai perisa menarik dan reka bentuk moden menimbulkan persoalan sama ada negara sedang berdepan ancaman kehilangan generasi muda kepada ketagihan nikotin.

Pegawai Pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) N.V. Subbarow berkata keadaan itu perlu dipandang serius kerana negara kini berhadapan risiko melahirkan generasi terperangkap dalam  ketagihan nikotin pada usia semakin muda akibat ramai kanak-kanak dan remaja terjebak dengan penggunaan vape.

Selepas lebih 40 tahun berada di barisan hadapan kempen antimerokok negara dan pengalaman mengendalikan lebih 300 ceramah di sekolah, kolej dan universiti di seluruh negara, beliau berkata trend menunjukkan penggunaan vape dalam kalangan pelajar semakin meningkat.

Justeru, sempena sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2026 esok, beliau berkata Malaysia harus mengambil tindakan berani dengan mengharamkan semua produk nikotin termasuk rokok, vape, produk tembakau dipanaskan dan kantung nikotin bagi melindungi generasi muda daripada ketagihan yang semakin membimbangkan.

“Selaras dengan tema Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2026 iaitu Menyingkap daya tarikan - mengatasi ketagihan nikotin dan tembakau, Malaysia mesti melindungi golongan mudanya daripada produk nikotin kerana kita memerlukan masa depan yang benar-benar bebas daripada generasi ketagihan nikotin,” katanya dalam temubual eksklusif sempena sambutan itu.

Subbarow berkata CAP turut meminta kerajaan untuk tidak berlengah berikutan lapan negara anggota ASEAN, iaitu Brunei, Kemboja, Laos, Myanmar, Singapura, Thailand, Timor-Leste dan Vietnam masih mengekalkan larangan terhadap penjualan serta import peranti merokok elektronik.

Berkongsi pengalaman berinteraksi dengan lebih 30,000 perokok dan pengguna vape dalam tempoh empat dekad, beliau berkata ramai pelajar yang ditemuinya menganggap vape sebagai sesuatu yang selamat kerana dipromosikan dengan pelbagai perisa buah-buahan dan pembungkusan yang menarik.

“Mereka percaya mengambil perisa buah-buahan tetapi tidak mengetahui kandungan sebenar di dalam perisa atau cecair itu, malah saya juga mengumpulkan sebanyak 100 jenis peranti vape serta perisa yang diberi pihak pentadbir sekolah,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register