BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

GRIP Perkukuh Pendidikan Perpaduan Dalam Kalangan Generasi Muda

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

GRIP Perkukuh Pendidikan Perpaduan Dalam Kalangan Generasi Muda​

9b6c5e46373bd62bce9354e487e1e1f26a89a9420e9e2

kredit: FB Aaron Ago Dagang

Program Gerak Integrasi Perpaduan (GRIP) terus diperkasakan sebagai wadah membina kefahaman, memperkukuh hubungan silang budaya dan menyemai semangat kenegaraan dalam kalangan generasi muda.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata program itu menumpukan kepada tiga kluster utama iaitu Kluster Kenegaraan; Kluster Budaya dan Adat Resam; serta Kluster Nilai-Nilai Murni: Sivik dan Moral.

“GRIP dilaksanakan sebagai antara wadah untuk membina kefahaman, memperkukuh hubungan silang budaya, menyemai semangat kenegaraan serta membentuk generasi muda yang mempunyai kesedaran dan tanggungjawab terhadap perpaduan negara,” katanya dalam ucapan merasmikan majlis penutupan GRIP Peringkat Kebangsaan 2026 di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sabah di sini, malam ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Perancangan Strategik) Kementerian Perpaduan Negara Mohamad Sobri Mat Daud.

Aaron berkata GRIP Peringkat Kebangsaan 2026 yang berlangsung dari 20 hingga 23 Ogos menghimpunkan 200 pelajar sekolah menengah daripada pelbagai etnik dan latar belakang yang mewakili seluruh negara.

Beliau berkata Kluster Kenegaraan membantu murid memahami identiti sebagai rakyat Malaysia dengan memberikan penekanan kepada Rukun Negara, Perlembagaan Persekutuan, sejarah pembentukan Malaysia, identiti nasional serta hak dan tanggungjawab sebagai warganegara.

“Kluster Budaya dan Adat Resam membantu pelajar memahami rakan-rakan. Melalui seni, pakaian, makanan, warisan, permainan dan persembahan budaya, peserta diberi ruang untuk mengenali dan menerima keunikan masyarakat Malaysia,” katanya.

Kluster Nilai-Nilai Murni pula membentuk cara generasi muda bertindak dan hidup bersama dengan menekankan tanggungjawab, empati, komunikasi berhemah, keprihatinan, kerjasama dan nilai sivik dalam kehidupan di sekolah serta komuniti, katanya.

Aaron berkata sepanjang tahun ini, siri GRIP turut melibatkan murid sekolah rendah dan pelajar menengah dalam pelaksanaannya di Sabah, Kedah, Johor, Terengganu, Selangor dan Sarawak.

 
Back
Top
Log in Register