eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
JOHOR BAHRU – Penduduk Kampung Perigi Acheh, Pasir Gudang di sini gempar apabila ribuan ikan ditemui mati di Sungai Kopok pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, pelbagai jenis ikan terapung di dalam sungai berkenaan manakala sebahagian bangkai ikan pula terdampar di tebing sungai.
Beberapa penternak mendakwa mengalami kerugian apabila ikan yang dibela dalam sangkar turut mati.
Seorang nelayan, Khamis Ali, 64, berkata, kejadian itu disedari ketika dia baru pulang dari laut dan mendapati beberapa penduduk sibuk memungut ikan yang mati.
“Antara ikan yang mati termasuklah ikan sembilang, ungau, bebaji dan belanak. Sebahagian ikan yang saya ternak di dalam sangkar di sungai itu turut mati,” katanya ketika ditemui semalam.