BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

JAS Siasat Kejadian Ikan Mati Di Sungai Tekai

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
2e179175a1a272a82c20a2324aaee40a69843adf21204

Kredit: JAS Kedah

Jabatan Alam Sekitar (JAS) menjalankan siasatan berhubung kejadian ikan mati di Sungai Tekai, berdekatan Pekan Naka dekat Padang Terap.

Pengarah JAS Kedah Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata pihaknya menerima aduan mengenai kejadian itu pada 6.05 petang, Selasa lepas.

“Siasatan dijalankan pegawai JAS di lokasi menemukan bangkai pelbagai spesies ikan air tawar termasuk lampam, baung, patung dan tembakang.

“Berdasarkan maklumat awal penduduk setempat, kejadian mula dikesan kira-kira 5 petang Isnin lepas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pasukan penyiasat menjalankan pengukuran in-situ di lokasi penemuan bangkai ikan berkenaan dan sebanyak empat botol sampel air sungai diambil untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi dianalisis.

Beliau berkata JAS turut menerima maklumat daripada orang awam berkaitan kematian ikan itu disyaki akibat penggunaan tuba, sekali gus menasihati mereka membuat laporan polis.

“Orang ramai dinasihatkan untuk tidak menggunakan tuba atau bom ikan bagi tujuan menangkap ikan di kawasan sungai,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register