Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,763
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,763
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Gambar Fail Bernama
Gabungan E-hailing Malaysia (GEM) menyokong penuh langkah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) menggunakan mekanisme Majlis Perundingan Gig (MPG) bagi menentukan kadar pendapatan minimum sektor berkenaan.
Ketua Aktivis GEM Jose Rizal dalam kenyataan berkata penegasan kementerian itu adalah berlandaskan realiti sebenar ekosistem pekerjaan gig yang mempunyai struktur serta model operasi berbeza berbanding pekerjaan konvensional.
Beliau menyifatkan pelaksanaan Akta Pekerja Gig yang diwartakan pada Disember 2025 sebagai satu langkah tepat dan progresif bagi menjaga kepentingan pemandu e-hailing dan p-hailing.
“Kami menghargai penjelasan kadar gaji minimum RM1,700 adalah rujukan kepada dasar gaji minimum konvensional di bawah Akta Kerja 1955.
“Sebaliknya, penentuan pendapatan minimum pekerja gig perlu dibincangkan secara khusus dan rundingan itu haruslah melibatkan wakil sektor pekerja itu sendiri,” katanya.
Jose turut menyarankan agar isu pendapatan itu dirunding secara berstruktur melalui MPG yang bersifat tripartit, iaitu melibatkan kerajaan, wakil pekerja gig dan entiti platform.
“Pendekatan ini memastikan suara pekerja gig didengar secara rasmi dan keputusan yang dicapai adalah adil, seimbang serta berpaksikan situasi sebenar di lapangan.
“Ia memberi peluang terbaik kepada semua pihak berkepentingan untuk membincangkan formula pendapatan yang mengambil kira kos sara hidup, variasi lokasi serta jenis perkhidmatan,” katanya.
Beliau berkata semua pihak perlu memberi kepercayaan kepada MPG untuk melaksanakan peranannya sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang demi kestabilan industri.
GEM Sokong Mekanisme Majlis Perundingan Gig Tentu Kadar Pendapatan Minimum
GEM, Jose Rizal, gig, KESUMA, kadar, pendapatan, m