BTC USD 76,281.6 Gold USD 4,280.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

76 Individu Terima Watikah Lantikan Tribunal Pekerja Gig, Majlis Perundingan Gig

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,766
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,766
Reaction score
289
Points
146
4f93b9d9114be2e9b988917d650a82f569cf516f52a69

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R. Ramanan (dua,kiri) beramah mesra bersama persatuan dan agensi kerajaan pada Majlis Penyerahan Watikah dan Sijil Pelantikan Anggota Tribunal Pekerja Gig (TPG) dan Anggota Majlis Perundingan Gig (MPGig) hari ini.

Seramai 76 individu hari ini menerima watikah lantikan bagi menganggotai Tribunal Pekerja Gig (TPG) dan Majlis Perundingan Gig (MPGig) sebagai langkah memperkukuh pelaksanaan Akta Pekerja Gig 2025 yang berkuat kuasa 31 Mac lepas.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R. Ramanan berkata pelantikan bagi TPG melibatkan 22 Pengerusi Mahkamah Perusahaan yang dilantik sebagai presiden, timbalan presiden dan anggota tribunal secara interim serta 28 pegawai perhubungan perusahaan yang berpengalaman dalam undang-undang buruh.

Beliau berkata penubuhan TPG merupakan antara komponen utama pelaksanaan akta berkenaan yang berfungsi sebagai platform penyelesaian pertikaian kontrak secara adil, pantas dan kos efektif.

“Tribunal ini mempunyai bidang kuasa untuk mendengar, menjadi perantara serta membuat keputusan terhadap pertikaian antara pekerja gig dan entiti kontrak,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Watikah dan Sijil Pelantikan anggota TPG dan MPGig, di sini hari ini.

Mengenai MPGig yang dianggotai 26 ahli dilantik bermula 1 April lepas, Ramanan berkata majlis itu berperanan sebagai platform rundingan antara kerajaan, pekerja gig dan entiti kontrak bagi menasihati serta mencadangkan dasar berkaitan sektor berkenaan.

Ramanan berkata antara perkara utama yang dibincangkan pada mesyuarat majlis itu hari ini termasuk cadangan kadar pendapatan minimum atau floor price bagi pekerja gig melalui keputusan bersama antara kerajaan, pekerja dan entiti kontrak.

Beliau berkata majlis itu juga akan menjalankan analisis, kajian serta pengumpulan data bagi memastikan setiap keputusan dibuat berasaskan maklumat dan realiti industri semasa.

“Langkah penubuhan TPG dan MPGig merupakan sebahagian daripada pelaksanaan akta berkenaan yang dijangka memberi manfaat kepada lebih 1.64 juta pekerja gig di seluruh negara.

“Ini merupakan satu hari yang amat bermakna kerana Malaysia antara negara terawal di Asia yang memperkenalkan undang-undang khas untuk melindungi pekerja gig secara menyeluruh,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register