BTC USD 62,043.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Fikir, Zikir dan Doa

Tuan-tuan yang mulia,

Ada satu cerita. Watak utama dalam cerita tu bertemu dengan seorang teman. Temannya handal memasukkan gelung ke dalam tiang, suatu jenis sukan atau permainan. Lantas dia berminat untuk mencuba permainan tersebut. Dia mula mencampakkan gelung ke dalam tiang. Sekali tak masuk, dua kali tak masuk, tiga kali tak masuk, sampai berpuluh-puluh hingga beratus kali. Gelung bersepah di sekitar tiang namun tiada satu pun yang masuk. Watak utama tu dia biasa je, tidak menunjukkan tanda-tanda jemu atau bosan, melainkan tetap berusaha memasukkan gelung ke dalam tiang. Hingga suatu masa, temannya mengajaknya keluar. Dia membaling gelung terakhir tanpa menoleh ke arah keputusan balingannya. Tanpa dia tahu, gelung terakhir masuk ke dalam tiang. Dia bersama temannya di luar dan berlakulah suatu kejadian dengan watak jahat. Dipendekkan cerita, disampingnya terdapat beberapa gelung tayar. Dia menggapai tayar-tayar tersebut dan dicampakkan ke arah watak-watak jahat secara bersahaja. Dengan kehendak Allah Subhanahu Wa Ta'ala, semua tayar yang dicampak masuk dan menangkap semua watak-watak jahat. Berlatihlah lagi dan lagi tanpa memahami rasa jemu atau niat untuk berhenti dalam menguasahakan perkara yang paling penting iaitu iman dan amal soleh. In Sha Allah deh. Allah suka usaha istiqomah.

LA ILAHA ILLALLAH.
 
Last edited:
Saya terbaca dalam Fadhail Amal, selepas dibangkitkan di akhirat (Padang Mahsyar) kelak, 3 golongan akan dicampakkan ke dalam neraka sebelum perbicaraan bermula dan 3 golongan akan ke syurga sebelum perbicaraan bermula.

3 golongan yang akan dicampakkan ke neraka saya tak ingat secara detail, boleh sesiapa update kalau tahu. Yang saya ingat, 3 golongan itu berbuat kebajikan, berjuang di medan jihad, perkara yang Allah redha tetapi hati mereka berniat bukan kerana Allah semata-mata. Dalam Fadhail Amal juga, Fadhilat Tabligh, ada dipesan kepada mereka yang buat kerja ugama, kalau terdetik perasaan menunjuk-nunjuk atau syirik atau penyakit hati, islah diri dan mengucapkan "la haulawala quwwatailla billah" dan istighfar. Diberi caranya, taat in sha Allah terhindar dari sifat2 mazmumah. Amal dari semasa ke semasa, in sha Allah.

3 golongan yang akan masuk syurga sebelum perbicaraan bermula. 3 golongan ini akan di seru oleh Allah kemudian mereka bangun dan terus ke syurga sebelum perbicaraan bermula. Golongan pertama ialah mereka yang mengingati Allah pagi dan petang. Golongan kedua minta maaf saya tak ingat. Golongan ketiga ialah mereka yang perniagaannya tidak melalaikan mereka dari mengingati Allah. Saya pernah terbaca di tempat lain pagi dan petang bermaksud setiap masa. Orang yang jaga solah mungkin tergolong dalam golongan ini kerana satu dari fadhilat jaga solah ialah masuk syurga tanpa hisab. Mudah-mudahan saya dan tuan-tuan termasuk dalam golongan yang masuk syurga tanpa hisab. Sama-sama kita jaga solat berjemaah 5 waktu terutamanya. Satu dari tujuan saya membuka thread ini juga agar hati sentiasa ingat pada Allah. Walaupun tidak berzikir secara terus, ingat apa Allah murka, apa perlu di elakkan, apa yang Allah suka, semasa menaip entry selain menyebut namaNya dan berdoa ialah antara ikhtiar agar hati sentiasa ingat padaNya. Tuan-tuan pun boleh pakai thread ni atas maksud yang sama.
 
Last edited:
Saya ingin berkongsi satu amalan dalam rangka usaha melatih hati mengingati Allah.

Sebelum melelapkan mata, ucapkan dengan lidah walaupun perlahan tetapi gerakkan lidah dan bibir:

Tidur tak mendatangkan mudarat dan tidur tak mendatangkan manfaat, yang mendatangkan mudarat dan yang mendatangkan manfaat Allah. Selain Allah semua makhluk. Makhluk tak mendatangkan mudarat dan makhluk tak mendatangkan manfaat, yang mendatangkan mudarat dan yang mendatangkan manfaat Allah. LA ILAHA ILLALLAH.

Kalau kita tidur 8 jam sehari setahun masa kita tidur ialah 4 bulan. Biarlah kita tidur dalam keadaan bebas dari syirik kepada Allah. Allah akan bangkitkan serta beri kita kekuatan untuk bangun menunaikan solat Subuh berjemaah keesokan hari, in sha Allah. Barangsiapa mengingati Allah, Allah juga akan ingat pada dia. Solat ialah untuk kebaikan kita, bukan untuk kebaikan Allah. Maha Suci Allah dari berharap kepada mana-mana makhlukNya.
 
Last edited:
--- market close.....----
 
Last edited:
tasykil keluar 3 hari di surau dekat selekoh cabang tiga jalan padang tembak, pengkalan chepa berhampiran jambatan alor lintah bermula 3 petang hari ni. perjumpaan mesyuarat di masjid as-salam pengkalan chepa selepas solat jumaat hari ni. sesiapa boleh bagi masa dijemput sama-sama.

sepagi atau sepetang di jalan Allah lebih baik dari dunia dan segala isinya.

LA ILAHA ILLALLAH
 
Back
Top
Log in Register