BTC USD 60,602.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Fikir, Zikir dan Doa

Pernah tak dengar bahawa sesiapa yang bersifat assobiyah Nabi SAW tak mengaku umat? Sifat assobiyah ialah sifat membeza-bezakan umat. Umat ialah satu, tidak berbeza kepada bangsa atau negara. Orang Islam umat Nabi, orang kafir pun umat Nabi SAW. Buang assobiyah dengan bantu usaha dakwah nubuwwah. Dakwah cara Nabi SAW. Dakwah tak kira negara, tak kira bangsa. Agama bersifat alami. Niat dakwah hidayat seluruh alam.

In Sha Allah belaka, deh. In Sha Allah.
 
Last edited:
Kalau kamu mengaku tuhan selain Allah tuhan kamu, seseorang selain Nabi SAW nabi kamu, nak diperbetulkan, bukan, Allah tuhan kamu, dan Nabi Muhammad SAW nabi kamu.

Datang ke masjid, tunaikan solat berjemaah, sama-sama mendirikan ugama. Jom.
 
Last edited:
Nahmaduhu wa nusalli 'ala rasulihil karim.

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh,

Tuan-tuan yang mulia,

Apa rahsia tentera muslimin memenangi peperangan badar? Kalau nak dikatakan bilangan mereka ramai, tak tuan-tuan. Bilangan mereka hanya 313 orang sahaja menentang tentera musuh seramai 1000 orang tentera. Kalau nak kata mereka kuat, gagah, bertenaga, waktu itu bulan Ramadhan. Mereka berpuasa. Tentera musuh tak puasa, kuat, gagah, bertenaga. Kalau nak kata kelengkapan ketenteraan lengkap, tidak juga tuan-tuan. Mereka hanya menggunakan apa yang ada pada waktu itu. Pedang patah, pelepah tamar, dan tulang-tulang kering sebagai senjata ditangan mereka. Sedangkan tentera musuh berkelengkapan peperangan yang lengkap. Tapi mengapa mereka masih memenangi peperangan itu?

Mereka bawa kebesaran Allah dalam hati mereka. Yakin mereka tidak kepada makhluk, tetapi yakin mereka hanya kepada Allah. Yakin mereka bukan kepada bilangan, kekuatan anggota, yakin mereka bukan kepada kekuatan jasmaniah, dan yakin mereka bukan kepada kelengkapan peperangan, yakin mereka hanya semata-mata kepada Allah. Apabila yakin mereka betul kepada Allah, maka nusrah pertolongan Allah datang kepada mereka.

Mereka tinggalkan pekerjaan, kebahagiaan bersama isteri dan anak-anak, tinggalkan kampung halaman, nafikan bahawasanya mereka yang jaga anak dan isteri mereka, nafikan bahawasanya mereka yang menyara keperluan hidup anak dan isteri mereka, nafikan bahawa mereka tempat anak dan isteri mereka mengadu. Mereka pergi berperang untuk syahid. Mereka bersedia menjandakan isteri dan meyatimkan anak. Mereka taat perintah Allah dan Rasul.

Masuk ke medan peperangan mereka isbat Allah. Tawakkal mereka hanya kepada Allah. Hari ini kita diajar usaha dahulu baru tawakkal. Tetapi sahabat tawakkal sebelum usaha, semasa usaha dan selepas usaha. Mereka tak tawakkal selepas berperang tuan-tuan. Mereka tawakkal sejak tinggalkan anak dan isteri. Pergi berperang bawa tawakkal. Sifat ini kita nak belajar dan ambil iktibar dari para sahabat. Bagaimana tawakkal mereka. Kalau mereka boleh tinggalkan anak dan isteri untuk syahid, tinggalkan anak dan isteri tanpa asbab hidup yang cukup, sepertimana Nabi Ibrahim AS tinggalkan Siti Hajar dan Nabi Ismail AS yang masih kecil dipadang pasir yang panas, tanpa asbab hidup, tanpa makanan dan minuman, mengapa kita tak boleh tinggalkan anak dan isteri untuk bantu kerja agama dengan asbab hidup yang cukup?

Untuk belajar yakin yang betul, tawakkal yang betul, bagi nama tuan-tuan untuk keluar 4 bulan negara jauh, 4 bulan ipb, 40 hari negara jiran, 40 hari dalam negara atau 3 hari bersama-sama dengan jemaah. Kalau tuan-tuan belum mampu atau ada keperluan lain, tinggalkan azam tuan-tuan, mudah-mudahan Allah pilih tuan-tuan bantu kerja agama, jadi asbab hidayat seluruh alam.

In Sha Allah kita azam belaka deh? In Sha Allah. Aamiin.

Tasbih kifarah.
 
Maksud keluar di jalan Allah ialah kita nak perbetulkan salah faham bahawa harta dan masa kita bukanlah milik kita tetapi milik Allah
 
Sedang keluar 3 hari, malam last dah ni. 5 syawal ni keluar lagi 40 hari. In Sha Allah. Tolong doakan ana.

Nak share satu perkara penting. Ana sebenarnya banyak fikir tentang bayan. Buka thread ni pun sebab banyak fikir bayan. Tadi google2 jumpa satu blog post. Jumpa tips2 nasihat. Jadi nak share.

Korang Suka Beri Bayan?
Antara perkara yang aku kurang gemar adalah memberi bayan. Tak kiralah masa kat mohalla atau masa keluar di jalan Allah.. Aku bukanlah seorang pembayan atau orang yang 'pandai' bayan.. Tapi kalau dah diputus dalam mesyuarat, terpaksalah jugak beri bayan..

Kat sini aku nak share sikit;

Adab² Bayan (selepas gash)
Tujuan bayan adalah untuk menarik hidayat dari Allah.
Sempurnakan amal infradi sebelum bayan.
Jangan buat persedian (apa yang nak dicakap) sebelum bayan.
Sebaik²nya solat hajat 2 rakaat minta hidayat dari Allah.
Seorang boleh buat jorna dihadapan dan minta hadirin duduk rapat² sambil memberi kelebihan duduk dalam majlis.
Boleh duduk atau berdiri semasa bayan.
Pembayan hendaklah pandang semua orang.
Tawajuh pada Allah dan niat untuk manusia seluruh alam.
Puji Allah dan berselawat kepada Nabi dipembukaan bayan.
Cakap (seperti di dalam quran & hadis);
tanda² kebesaran Allah
nusrah Allah kepada Nabi²
nusrah Allah kepada sahabat²
tanda² orang beriman

JANGAN cakap;
luar dari lingkungan 6 perkara
nusrah Allah kepada kita atau jemaah² yang bergerak pada masa ini
kelemahan ummat atau individu
keburukan semasa
perkara² khilafiat
hal politik semasa di dalam atau di luar negara
menyinggung perasaan orang lain atau menyentuh peribadi tertentu
mengkritik pendapat atau pandangan orang lain
mengutuk usaha orang lain
menggunakan istilah yang diguna oleh pergerakan² lain
menafsirkan Quran (kecuali ulama)
membuat jenaka sehingga pendengar ketawa kerana akan jadi sebab Allah tarik hidayat
Para hadirin hendaklah memandang kepada muka pembayan, mengangguk jika diberitakan perkara yang benar & jangan tegur secara langsung jika pembayan membuat kesilapan tetapi hendaklah beristighfar di dalam hati.
Bayan untuk lelaki 20 minit & tashkil 10 minit. Bayan masturat 30 minit & tashkil 15 minit.
Orang yang buat tashkil hanya tulis nama sahaja dan tidak perlu bercakap atau sambung bayan.
Hadirin hendaklah tashkil orang² disebelah mereka.
Doa ringkas selepas bayan dan tidak perlu menangis.
Wallahua'lam..
 
Doa yang ringkas tapi mendalam

DOUnWSSVQAAEsxE.jpg
 
Back
Top
Log in Register