BTC USD 61,923.9 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Fikir, Zikir dan Doa

Anak-anak yang belajar hafiz galakkan mereka keluar di jalan Allah. Selepas selesai belajar alim suruh mereka keluar setahun
 
Last edited:
Duduk di masjid fikir atau mesyuarat setiap hari. Kalau tiada teman mesyuarat maka fikir. Berteman untuk mesyuarat maka mesyuarat.

Hidupkan taklim rumah dan taklim masjid sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.

Jumpa orang Islam sekurang-kurangnya 2 jam setengah cakap kebesaran Allah setiap hari.

Buat dua ghast setiap bulan satu di marhalah kamu dan ghast kedua di marhalah jiran.

Bentuk dan keluarkan jemaah 3 hari setiap bulan dari marhalah kamu.
 
Last edited:
Kata-kata terakhir Nabi SAW ialah "ummati, ummati, ummati, solah, solah, solah". Sekiranya itu kata-kata terakhir Baginda, bererti itu yang sentiasa Baginda fikir di hati Baginda sepanjang hayat. Itulah sunnah fikir Baginda. Itulah permulaan kerja dakwah bagi umat Baginda. Ambil sunnah fikir Baginda jadi kebiasaan fikir kita. In Sha Allah belaka deh.
 
Last edited:
Assalamualaikum Wa rahmatullahi Wa barakatuh,

Tuan-tuan yang dimuliakan oleh Allah,

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan taufik dan hidayatNya kita dipertemukan di forum carigold di bulan Ramadhan yang penuh barakah ini.

Tuan-tuan yang dimuliakan oleh Allah,

Fikir-fikir, dunia sementara akhirat selama-lamanya. Waktu kita di dunia ni hanya 60-70 tahun. Selepas itu kita akan berpindah ke alam barzakh. Fikir-fikir lagi, apa yang kita nak bawa untuk bekalan kita di alam sana? Hanya iman dan amal.

Tuan-tuan yang dimuliakan oleh Allah,

Hanyasanya Allah kuasa makhluk tiada kuasa. Allah Subhanahu Wa Ta'ala ialah Rabb yang mencipta, mengatur dan mentadbir alam ini. Allah Subhanhu Wa Ta'ala memciptakan alam ini dalam enam Masa. Dalam enam Masa itu Allah Subhanhu Wa Ta'ala memciptakan bintang-bintang, bulan dan matahari. Allah Subhanahu Wa Ta'ala memciptakan malam Dan siang bersilih ganti, menerbitkan matahari dari arah Timur Dan membenamkan matahari di arah Barat. Allah Subhanhu Wa Ta'ala menerbitkan bintang-bintang Dan bulan bercahaya pada waktu malam.

Tuan-tuan yang dimuliakan oleh Allah,

Allah Subhanhu Wa Ta'ala memciptakan manusia dari satu nutfah air benih. Dari benih itu Allah ciptakan Muka, mata, mulut, hiding, kening, rambut, kulit, kuku, tulang, daging, otak, kepala, tangan, kaki, urat saraf, darah, jantung, paru-paru dan lain-lain bahagian tubuh manusia. Allah Subhanhu Wa Ta'ala tidak memciptakan satu orang bayi sahaja pada satu-satu masa, tetapi Allah Subhanhu wa Ta'ala menciptakan beribu-ribu orang bayi di seluruh dunia pada satu-satu masa secara serentak.

Tuan-tuan yang di muliakan oleh Allah,

Allah Subhanhu Wa Ta'ala memberi rezeki. Allah memberi rezeki kepada semua makhluk-makhlukNya. Kepada orang yang beriman Allah beri rezeki, kepada orang yang tidak beriman pun Allah beri rezeki. Allah beri rezeki kepada beribu-ribu spesis ikan di lautan. Tiada sesiapa yang memberi ikan-ikan di lautan makanan, tetapi bilangan ikan-ikan di lautan sentiasa cukup untuk bekalan hidup manusia. Allah beri rezeki kepada cacing di dalam tanah, Allah beri rezeki kepada binatang-binatang di hutan. Dari dulu Allah beri rezeki Dan rezeki Allah tidak pernah putus.

Tuan-tuan yang dimuliakan oleh Allah,

Di atas sebuah gunung yang berwarna hitam, di kelilingi pokok-pokok hutan yang besar, di tutupi oleh rumput-rumput hutan yang tebal, di atas sebuah batu yang juga berwarna hitam, terdapat seekor semut yang berwarna hitam. Semut itu berjalan di atas batu yang juga berwarna hitam. Langkah kaki semut membuat garis-garis halus di permukaan batu. Kalau kita ambil seekor semut hitam kemudian lihat kakinya, kita tak boleh nampak bentuk kakinya, kita perlukan mikroskop baru boleh nampak bentuk kakinya dengan jelas, tetapi Allah Subhanahu Wa Ta'ala Maha Melihat, bukan sahaja kaki semut yang kecil itu yang Allah Subhanahu wa ta'ala nampak, tetapi garis-garis halus kesan tapak kaki semut yang terbentuk di atas batu hitam yang keras itu juga Allah Subhanhu Wa Ta'ala nampak. Hebatnya Allah.

Subhanallah.
Tasykil, tasykil. 4 bulan negara jauh, IPB, 40 hari negara jiran, dalam negara. Kita azam keluar sama-sama dengan ahli qariah dari marhalah kita sendiri in sha Allah.
Bersambung di lain waktu...in sha Allah...
Tasbih kifarah
 
Last edited:
Iman penentu soalan kubur

Mega: Bagaimanakah gambaran nikmat dan seksaan di alam barzakh?
DR. MUSA: Banyak nas al-Quran dan hadis menerangkan hal ini.

Antaranya adalah firman Allah yang bermaksud: Kamu kembalikan roh itu (kepada keadaan sebelumnya) jika betul kamu orang yang benar?

Kesudahannya jika ia (yang mati itu) dari orang Muqarrabiin. Maka (ia akan beroleh) rehat kesenangan, dan rahmat kesegaran, serta syurga kenikmatan.

Dan jika ia dari puak kanan. Maka (dikatakan kepadanya): Selamat sejahteralah kepadamu, (kerana engkau) dari puak kanan.

Dan jika ia dari (puak kiri) yang mendustakan (Rasulnya), lagi sesat. Maka sambutan yang disediakan baginya adalah dari air panas yang menggelegak. Serta bakaran api neraka. (al-Waaqiah: 87-94)

Sebahagian ulama berkata yang disoal dalam kubur hanyalah orang mukmin atau munafik. Adapun orang kafir tidak disoal.

Hadis yang mengatakan orang kafir akan disoal, dimaksudkan orang itu adalah yang batinnya kafir yakni pada zahirnya Islam.

Ulama juga mengatakan berdasarkan hadis-hadis tersebut, difahami bahawa soalan-soalan yang dikemukakan di dalam kubur adalah berbeza-beza antara seorang dengan yang lain.

Ada manusia yang ditanya tentang sebahagian akidah, yang lain tentang keseluruhannya, ada yang ditanya sekali sahaja dan ada pula yang ditanya berkali-kali.

Yang bertanya itu pula adalah salah seorang daripada dua malaikat iaitu Munkar dan Nakir. Keduanya dikatakan menggerunkan dan menakutkan.

Semua kita sudah tahu soalan bocor yang akan ditanya oleh malaikat di dalam kubur. Tetapi bukan semua akan dapat menjawabnya. Apakah yang menentukan seseorang itu mampu menjawab soalan-soalan Munkar dan Nakir?

DR. MUSA: Pertanyaan yang dikemukakan dalam kubur adalah untuk mengkhabarkan tentang akidah yang dianuti seseorang semasa hidupnya.

Seseorang itu tidak dapat berdusta atau menyatakan sesuatu yang bercanggah dengan akidah yang dipegangnya. Manusia berhadapan di kubur dengan amalannya sendiri.

Pada hari itu juga, mulut kita terkunci sebaliknya anggota badan akan menjadi saksi segala perbuatan kita semasa di dunia.

Ia sebagai mana firman Allah yang bermaksud: Pada hari itu (akhirat) Kami tutup mulut mereka; kedua tangan mereka memberitahu Kami, dan kaki mereka menjadi saksi terhadap apa yang mereka telah usahakan. (Yasin: 65)

Orang yang diberi taufik oleh Allah SWT akan menjawab dengan fasih soalan-soalan malaikat antaranya Allah tuhanku, Muhammad nabiku, al-Quran imamku, Ibrahim bapaku dan agamanya agamaku.

Manusia yang tidak dapat menjawab sedemikian adalah disebabkan keraguan terhadap Allah di dalam hatinya.

Ada yang tidak dapat mengatakan Muhammad nabiku kerana dia meninggalkan sunnah dan tidak mengikut syariat baginda. Ada yang tidak mampu mengatakan al-Quran imamku kerana tidak mengamalkan segala perintah yang terkandung di dalamnya.

Copy & paste daripada
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1109&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm
 
Sebab-sebab yang Akan Menyelamatkan Dari Azab Kubur

Setelah memberitahukan dahsyatnya azab kubur & sebab-sebab yang akan menyeret ke dalamnya, baik melalui firman-Nya ataupun melalui lisan Rasulullah yang mulia, dgn rahmat & keutamaan-Nya, Allah juga memberitahukan amalan-amalan yang akan menyelamatkan dari azab kubur tersebut.

Al-Imam Ibnul Qayyim berkata: “Sebab-sebab yang akan menyelamatkan seseorang dari azab kubur terbagi menjadi dua:

1. Sebab-sebab secara global
Yaitu dengan menjauhi seluruh sebab yang akan menjerumuskan ke dalam azab kubur sebagaimana yang telah disebutkan.

Sebab yang paling bermanfaat adalah seorang hamba duduk beberapa saat sebelum tidur utk mengevaluasi dirinya: apa yang telah dia lakukan, baik perkara yang merugikan maupun yang menguntungkan pada hari itu. Lalu dia senantiasa memperbarui taubatnya yang nasuha antara dirinya dgn Allah, sehingga dia tidur dlm keadaan bertaubat & berkemauan keras utk tak mengulanginya bila nanti bangun dari tidurnya. Dia lakukan itu setiap malam. Maka, apabila dia mati (ketika tidurnya itu), dia mati di atas taubat. Apabila dia bangun, dia bangun tidur dlm keadaan siap utk beramal dgn senang hati, karena Allah menunda ajalnya hingga dia menghadap Rabbnya & berhasil mendapatkan segala sesuatu yang terluput. Tidak ada perkara yang lebih bermanfaat bagi seorang hamba daripada taubat ini. Terlebih lagi bila dia berzikir setelah itu & melakukan sunnah-sunnah yang datang dari Rasulullah n ketika dia hendak tidur sampai benar-benar tertidur. Maka, barangsiapa yang Allah kehendaki kebaikan baginya, niscaya Allah akan berikan hidayah taufik utk melakukan hal itu. Dan tiada kekuatan kecuali dgn pertolongan Allah.

2. Sebab-sebab terperinci
Di antaranya:

a. Ribath siang & malam.
Dari Fadhalah bin Ubaid z, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda:

كُلُّ مَيِّتٍ يُخْتَمُ عَلَى عَمَلِهِ إِلَّا الَّذِي مَاتَ مُرَابِطًا فِي سَبِيلِ اللهِ فَإِنَّهُ يُنْمَى لَهُ عَمَلُهُ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَيَأْمَنُ مِنْ فِتْنَةِ الْقَبْرِ
“Setiap orang yang mati akan diakhiri/diputus amalannya, kecuali orang yang mati dlm keadaan ribath (berjaga di perbatasan wilayah kaum muslimin) di jalan Allah. Amalannya akan dikembangkan sampai datang hari kiamat & akan diselamatkan dari fitnah kubur.” (HR. At-Tirmidzi & Abu Dawud)

b. Mati syahid
Dari Ubadah bin Ash-Shamit z, dari Nabi n:

لِلشَّهِيدِ عِنْدَ اللهِ سِتُّ خِصَالٍ: يُغْفَرُ لَهُ فِي أَوَّلِ دُفْعَةٍ مِنْ دَمِهِ، وَيُرَى مَقْعَدَهُ مِنَ الْجَنَّةِ، وَيُجَارُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَيَأْمَنُ مِنَ الْفَزَعِ الْأَكْبَرِ، وَيُحَلَّى حُلَّةَ الْإِيمَانِ وَيُزَوَّجُ مِنَ الْحُورِ الْعِينِ، وَيُشَفَّعُ فِي سَبْعِينَ إِنْسَانًا مِنْ أَقَارِبِهِ
“Orang yang mati syahid akan mendapatkan enam keutamaan di sisi Allah : diampuni dosa-dosanya dari awal tertumpahkan darahnya, akan melihat calon tempat tinggalnya di surga, akan diselamatkan dari azab kubur, diberi keamanan dari ketakutan yang sangat besar, diberi hiasan dgn hiasan iman, dinikahkan dgn bidadari, & akan diberi kemampuan utk memberi syafaat kepada 70 orang kerabatnya.” (HR. Ahmad, At-Tirmidzi, Ibnu Majah. Al-Albani berkata dlm Ahkamul Jana’iz bahwa sanadnya hasan)

c. Mati pada malam Jumat atau siang harinya.
Dari Abdullah bin ‘Amr bin Al-’Ash c, dari Nabi n, beliau bersabda:

مَا مِنْ مُسْلِمٍ يـَمُوتُ يَوْمَ الْـجُمُعَةِ أَوْ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ إِلَّا وَقَاهُ اللهُ فِتْنَةَ الْقَبْرِ
“Tidaklah seorang muslim meninggal pada hari Jumat atau malamnya, kecuali Allah akan melindunginya dari fitnah kubur.” (HR. Ahmad & Al-Fasawi. Asy-Syaikh Al-Albani mengatakan dlm Ahkamul Jana’iz bahwa hadits ini dgn seluruh jalur-jalurnya hasan atau shahih)

d. Membaca surat Al-Mulk
Dari Ibnu Abbas c, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda:

هِيَ الْمَانِعَةُ هِيَ الْمُنْجِيَةُ تُنْجِيهِ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ
“Dia (surat Al-Mulk) adalah penghalang, dia adalah penyelamat yang akan menyelamatkan pembacanya dari azab kubur.” (HR. At-Tirmidzi, lihat Ash-Shahihah no. 1140) [dinukil dari Ar-Ruh dgn sedikit perubahan]

Do'a, Doa sebagaimana yang telah lalu, bahwa Rasulullah berlindung dari azab kubur & memerintahkan umatnya untuk berlindung darinya.

Copy & Paste daripada
http://dakwahsyariah.blogspot.my/2013/09/azab-kubur-dan-amalan-penyelamatnya.html
 
Kiamat, Solat dan Kubur

BAGI YG ISLAM. TAK DIBACA SAYANG_*.👇

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan, dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain. .

Kiamat menurut Agama islam di tandai dgn beberapa petanda. Kita boleh baca novel sampai bribu2 muka surat x kan xbleh baca 5 mnit pnya masa untuk ini...
- Kemunculan Imam Mahdi

- Kemunculan Dajjal

- Turunnya Nabi Isa (AS)

- Kemunculan Yakjuj dan Makjuj

- Terbitnya matahari dari Barat ke Timur

- Pintu pengampunan akan ditutup

- Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah & akan menandai muslim yang sebenar2nya

- Kabus selama 40 Hari akan mematikan semua orang beriman sejati shg mereka tidak perlu mengalami tanda2 kiamat lainnya

- Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerosakan

- Pemusnahan/runtuhnya Kabaah

- Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap

- Sangkakala akan ditiup pertama kalinya membuat semua makhluk hidup merasa bimbang dan ketakutan

- Tiupan sangkakala yang kedua kalinya akan membuat semua makhluk hidup mati dan yg ketiga yang membuat setiap makhluk hidup bangkit kembali.

Kerugian meninggalkn solat:
Subuh:
Cahaya wajah akan pudar.
Zuhur:
Berkat pendapatan akan hilang.
Asar:
Kesihatan mulai terganggu.
Maghrib:
Pertolongan anak akan jauh di akhirat nanti.
Isya':
Kedamaian dlm tidur sukar didapatkan.
Sebarkan dgn ikhlas. tiada paksaan dalam agama
Niatkan ibadah(sebarkan ilmu walau 1 ayat)

Nasihat Kubur:

1). Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yg gelap, maka terangilah .. aku dengan TAHAJUD

2). Aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku dengan ber SILATURAHIM .
3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan perbanyak baca .. AL-QUR'AN.

4). Aku adalah tempatnya binatang2 yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH,

5). Aku yg menyepitmu hingga hancur bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT

6). Aku adalah tempat utk merendammu dg cairan yg sangat amat sakit, bebaskan rendaman itu dgn PUASA..

7). Aku adalah tempat Munkar & Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH"

Kirim ini semampumu dan seikhlasmu kepada sesama Muslim, sampaikanlah walau hanya pada 1 org..
Karena, saat kamu membawa Al-Qur'an, setan biasa2 saja.
Saat kamu membukanya, syaitan mulai curiga.
Saat kamu membacanya, ia gelisah.
Saat kamu mmahaminya, ia kejang2.
Saat kamu mengamalkan Al-Qur'an dlm kehidupan shari-hari, ia stroke.
 
Back
Top
Log in Register