BTC USD 84,143.2 Gold USD 4,146.64
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Fikir, Zikir dan Doa

En Am 3

Fun Poster
Messages
556
Joined
Mar 29, 2017
Messages
556
Reaction score
26
Points
15
Assalamu'alaikum WBT,

Saudara saudari muslimin muslimat yang dikasihi,

Pertama-tamanya syukur ke hadarat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita membuka thread ini. Kita berdoa dan berharap moga-moga thread ini menjadi asbab atau perantaraan kebaikan kepada sesiapa sahaja hingga ke hari kiamat. Dan sekiranya terdapat kejahatan yang berpunca dari thread ini, kita berdoa dan berharap agar segala kejahatan Allah SWT gantikan dengan kebaikan dan tersebar ke seluruh alam hingga ke hari kiamat. Mudah-mudahan mendapat keredhaanNya.

Saudara dan saudari, muslimin dan muslimat dijemput bersama-sama memeriahkan thread ini dengan iman dan bijaksana.

In sha Allah.
 
Last edited:
Bismillahirrahmanirrahim.

Dengan rahmat dan petunjuk serta pertolongan dari Allah SWT, saya menukar haluan thread ini kepada zikir-zikir, selawat dan doa-doa. Bukan bermaksud memulakan sesuatu amalan yang baru, tetapi moga-moga jadi asbab bagi memalingkan hati dari perkara-perkara yang sia-sia:D

Apabila sesuatu zikir ditaip, secara automatik penaip serta pembacanya membacanya di dalam hati. Dan zikir di dalam hati yang tidak terdengar oleh malaikat sekalipun adalah 70 x lebih utama dari pada dzikir jahri ( terdengar jelas ):D

Jom sama-sama kita berzikir:D

Peraturan Thrread ini:
Tiada soalan dibenarkan untuk dikemukakan.

Thread ini umpama tangki kebaikan. Masukkan kebaikan di dalamnya khususnya untuk manfaat di kubur dan di akhirat. Moga-moga jadi manfaat bersama sebagai bekalan hingga kedua-dua kaki melangkah ke syurga. Aamiin.

Thread ini bukan kesudahan kepada ketaatan kepada perintah Allah cara Nabi SAW. Sekadar bertujuan latihan. Amalan di luar barulah yang sebenar. Perhatikan iman dan amal kita sehari-hari. Moga-moga kita dipilih Allah SWT untuk mengikuti para sahabat r.hum dan diredhai Allah SWT di dunia ini lagi.

Aamiin ya Rabbal 'Alamiin
 
Last edited:
Terlebih dahulu di sini disenaraikan serba sedikit fadhilat zikir sebagaimana disabdakan Nabi SAW:

Orang yang lidahnya senantiasa sibuk dengan dzikrullah akan memasuki surga sambil tersenyum.:D
2. Dzikrullah adalah amalan yang dapat meninggikan derajat ke peringkat paling tinggi dan lebih mulia disisi Allah swt daripada menafkahkan emas dan perak dijalan Allah swt dan lebih utama daripada menghadapi musuh di tengah-tengah medan jihad.:D
3. Dzikrullah lebih utama 700.000 x daripada membelanjakan sesuatu pada jalan Allah swt.:D
4. Barangsiapa berdzikir sebanyak-banyaknya maka akan selamat dari kemunafikan dan akan mengecap nikmat-nikmat surga dengan sepuas-puasnya.:D
5. Jamaah yang duduk sambil berdzikir akan diberikan sakinah, dicucuri rahmat, dikelilingi oleh malaikat dan mereka disebut-sebut oleh Allah swt dihadapan majlis para malaikat.:D
6. Orang yang berkumpul untuk berdzikrullah agar mendapatkan ridha Allah swt, maka malaikat akan berseru dari langit bahwa dosa-dosa mu telah diampunkan dan kejahatan-kejahatanmu telah digantikan dengan kebaikan.:D
7. Orang yang datang berkumpul di suatu tempat lalu mencintai allah swt dengan berdzikrullah, akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka cemerlang menyilaukan mata dan mereka berada di mimbar-mimbar mutiara sementara orang ramai memcemburui dan beriri hati, sedangkan mereka bukan nabi atu syahid:D
8. Jika seseorang tidak berani untuk beramal di malam hari, tidak dapat membelanjakan hartanya di jalan Allah swt dan tidak dapat berjuang di jalan Allah karena takut, maka hendaklah berdzikir sebanyak-banyaknya.:D
9. Barangsiapa yang mengingat Allah swt sebanyak-banyaknya di tengah-tengah jalan, di rumah dan ketika berada di keramaian atau diperkampungan, maka ia akan mempunyai pembela-pembela yang ramai sekali dihari hisab.:D
10. Dzikir di dalam hati yang tidak terdengar oleh malaikat sekalipun adalah 70 x lebih utama dari pada dzikir jahri ( terdengar jelas ).:D
11. Barangsiapa ingat kepada Allah swt dalam kesenangan, maka Allah swt akan ingat kepadanya ketika dia dalam kesusahan / kesempitan.:D
12. Barangsiapa setelah shalat subuh dan ashar membaca istighfar 3 x , maka dosa- dosanya akan diampuni.:D
13. Barangsiapa mengucapkan : Sebanyak 7 x maka akan dibuatkan satu menara untuknya di dalam surga.:D
14. Malaikat akan memohonkan ampunan bagi orang yang selalu berdzikir.:D
15. Tiada seseorang yang mengerjakan suatu amalan yang lebih selamat dari siksa kubur baginya daripada dzikrullah.:D
16. Dengan dzikrullah lidah akan terpelihara dari mengumpat, mencela dan berdusta serta dari berbicara sia-sia:D
17. Fadloil :
a. 100 x baca Alhamdulillah, pahalanya seperti bersedekah 100 kuda untuk fisabilillah.:D
b. 100 x baca Subhanallah, pahalanya seperti memerdekakan budak bani isra`il.:D
c. 100 x baca Allahu akbar, pahalanya seperti mengorbankan 100 unta yang maqbul / diterima:D
d. 100 x Laailaahaillallaah, pahalanya seperti antara bumi dan langit penuh tanda kasih sayang pada Allah swt:D
e. 100 x bertsbih pada pagi dan petang hari adalah tanda sayang / cinta pada Allah swt:D
f. 100 x bershalawat pada pagi dan petang hari adalah tanda sayang / cinta pada Rasulullah saw dan banyak bershalawat akan mendapatkan lidah hikmah serta tidak akan haus dab lapar di hari kiamat.:D
g. 100 x beristighfar pada pagi dan petang hari sebagai tanda kasing sayang pada diri kita dan merasa banyak dosa.:D

18. Majlis dzikrullah adalah sumber kekuatan agama yang akan bersinar, kekusutan dan keraguan hatinya akan lenyap sehingga hatinya akan kuat.:D
19. Dzikir yang termulia adalah Laailaahaillallaah dan do`a yang terbaik adalah Alhamdulillah.:D
20. Orang yang mengucapkan kalimah Laailaahaillallaah dengan hati yang ikhlash adalah orang yang akan mencapai kebahagiaan dan keuntungan akhirat.:D
21. Sebaik-baiknya dzikir ialah dzikir khafi dan sebaik-baik rizki ialah yang mencukupi ( tidak kurang sampai membukakan pintu kepapaan dan tidak lebih yang akan bisa mendatangkan takabur dan melemparnya dalam kejahatan).:D
22. Barangsiapa membaca laailaahaillallaah pada waktu malam dan siang hari niscaya segala dosa dari perbuatannya akan terhapus dan digantikan dengan kebaikan.:D
23. Bacaan laailaahaillallaah adalah suatu kebaikan yang afdhal.:D
24. Jika 7 lapis langit dan 7 lapis bumi ditimbang dengan kalimat laailaahaillallaah, maka timbangan kalimat itu akan lebih berat.:D
25. Yang akan mencapai kebahagiaan dan keuntungan melalui syafaatku ialah orang yang mengucapkan kalimah laailaahaillallaah.:D
26. Barangsiapa yang mengucapkan kalimah laailaahaillallaah dengan ikhlas maka akan dimasukkan ke alam surga ( ikhlas yang mencegah dari melakukan perbuatan-perbuatan yang haram dan yakin pada kalimat itu.:D
27. Barangsiapa yang mengucapkan kalimat laailaahaillallaah tanpa campur aduk, maka wajiblah surga baginya ( campur aduk mencintai dunia dan berusaha dengan sungguh hati untuk mendapatkannya / orang yang berbicara seperti orang `alim tapi berbuat seperti orang dzalim dan sombong ).:D
28. Tiada seorang hamba yang mengucapkan laailaahaillallaah melainkan dibukakan baginya pintu-pintu langit sehingga kalimat itu terus menuju arasy, kecuali orang yang terlibat dalam dosa besar.:D
29. Kalimat laailaahaillallaah mempunyai tempat disamping arasy yang tak terhingga luasnya dan Allahuakbar adalah cahaya yang mengisi seluruh bumi dan langit.:D
30. Kalimah laailaahaillallaah adalah kunci surga.:D
31. Ahli laailaahaillallaah tidak akan berduka cita di dalam kubur dan padang mahsyar.:D
32. Barangsiapa mengucapkan laailaahaillallaah 100 kali, maka dia akan dibangkitkan oleh Allah swt didalam keadaan yang mukanya bercahaya seperti bulan purnama.:D

Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah, Allahuakbar, Astaghfirullah:D
 
Last edited:
Copy paste dri group sebelah:D
Assalamualaikum warrahmatALLAH wabarakatuh

izinkan share muzakarah 6 Sifat daripada saudara ahbab dari negeri jiran Malaysia

kita selalu dengar jemaah Tabligh asyik cakap 6 sifat! 6 sifat! 6 sifat! Ini sedikit info untuk tuan-tuan semua. Semoga kita semua dapat amal dan sampaikan 6 sifat ini. insyaAllah.

RINGKASAN MUZAKARAH :
*"6 SIFAT UNGGUL YANG ADA PADA SAHABAT R.A CONTOH TERBAIK SEBAGAI IKUTAN UMMAT RASULLULLAH S.A.W"*

Oleh kerana perintah Allah SWT itu amat luas dan kadang-kadang payah untuk kita ikuti dan amalkan, maka para alim Ulama' telah mengkaji daripada Nur Hadith dan Al-Quran bahawa terdapat 6 sifat/perkara yang mulia dan unggul di kalangan para Sahabat r.ahum yang mana ianya telah membawa mereka kepada kejayaan DUNIA dan AKHIRAT! Kejayaan yang dimaksudkan di sini bukanlah dari 'susah kepada senang' , 'miskin kepada kaya'! Tetapi Allah SWT telah buat ketetapan bahawa *Kejayaan sebenar setiap manusia hanya dalam AGAMA! sejauh mana manusia itu dapat mentaati perintah Allah SWT dan meninggalkan larangan Allah SWT dengan cara yang telah ditunjukkan oleh Rasullullah SAW*. Allah SWT tidak meletakkan atau mengukur kejayaan setiap manusia baik lelaki mahupun perempuan pada harta kekayaan, wang ringgit, pangkat dan kedudukan. Tetapi Allah SWT menilai setiap hambanya bagaimana iman dan ketaqwaan kepada-Nya.

Pada saat ini ummat islam belum ada kemampuan untuk mengamalkan agama secara sempurna. Tetapi para Sahabat Nabi SAW telah mampu mengamalkan agama secara sempurna kerana pada diri mereka terdapat sifat-sifat yang mulia. Maulana Muhammad ilyas al Kandahlawi rah, seorang ulama' Hadith besar dan tersohor telah mengkaji daripada Hadith-Hadith (mengikut riwayat) dan Al-Quran. Beliau telah mengariskan bahawa, kejayaan dan kemulian ummat ini sehingga hari kiamat nanti, bilamana ummat ini dapat mengikut jejak langkah dan cara hidup para Sahabat R.anhum nescaya mereka akan mampu mengamalkan agama secara sempurna.

*"Apabila kamu ingin meniru,maka tirulah mereka yang telah mati ( sahabat-sahabat ra )." Hadith* Allah SWT telah redha keatas Para Sahabat R.Anhum ketika mereka masih didunia lagi. Kita ummat yang sama, agama yang sama, macam mana mahu jalani kehidupan di dunia ini dengan mendapat redha Allah swt,maka kita perlu mengikut cara hidup para sahabat RA.

*"Sahabat-sahabat KU umpama bintang-bintang di langit! maka ikutilah daripada mereka, nescaya kamu tidak akan tersesat" - Hadith* Jadi,Ulama' telah mengkaji beberapa perkara yang ada pada Para Sahabat R.Anhum supaya setiap ummat dapat mengikut jejak langkah mereka yang mulia ini.

Umumnya,Sahabat R.ahum mempunyai *6 SIFAT YANG UNGGUL* iaitu :
1⃣ - Mereka ada hakikat kalimah toiyibah *LAILAHAILLALLAH MUHAMMADDURRASULLULLAH*
2⃣ - Mereka ada hakikat *SOLAT KHUSYU' DAN KHUDU'*
3⃣ - Mereka ada hakikat *ILMU DAN DZIKIR*
4⃣ - Mereka ada hakikat *IKRAM MUSLIMIN*
5⃣ - Mereka ada hakikat *IKHLAS DAN NIAT*
6⃣ - Mereka ada hakikat *DAKWAH DAN TABLIGH*

Jadi keenam-enam sifat inilah yang perlu kita usahakan dalam diri kita. Ulama' kata enam sifat ini bukanlah kesempurnaan bagi Agama, tetapi bila mana keenam-enam sifat ini kita usahakan dalam diri kita maka ia akan memudahkan kita untuk mengamalkan keseluruhan agama. Dan secara tidak langsungnya agama dalam diri kita akan menjadi lebih sempurna. Sekarang kita muzakarahkan, bagaimana ke enam-enam perkara ini dapat hadir dalam diri kita.

1⃣ - *SIFAT YANG PERTAMA HAKIKAT KALIMAH LA ILA HA ILLA ALLAH, MUHAMMADUR RASULULLAH*

▶ - 🅰 *MAKSUD KALIMAH LA ILA HA ILLA ALLAH*

*ERTINYA* : "Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah SWT"
*MAKSUDNYA* :“meyakini hanyasanya Allah SWT sahaja lah yang Berkuasa, selain dari Allah SWT langsung tiada kuasa” . Mengeluarkan keyakinan kepada makhluk dari hati kita dan memasukan keyakinan hanya kepada Allah SWT kedalam hati kita. *INI ADALAH "KALIMAH IMAN"! "NAFI DAN ISBAD"*. CONTOH :
🔹 *LA ILA HA*:" TIADA TUHAN YANG DISEMBAH..." ( *KITA KENA NAFIKAN MAKHLUK* )
🔹 *ILLA ALLAH* :" MELAINKAN ALLAH SWT!..." ( *DAN KITA ISBAD KAN ALLAH SWT* )
Apabila kita lafazkan Kalimah ini dengan secara tidak langsungnya kita telah membuat satu Pengakuan dan Perjanjian dengan *MENTAUHIDKAN Allah SWT tanpa MENSYIRIDKAN Allah SWT!*

✳ Kita kena *NAFIKAN* Selain dari Allah SWT tidak boleh bagi manfaat ataupun mudarat! Dan *ISBADKAN* yang bagi manfaat ataupun mudarat hanya Allah SWT!
✳ Kita kena *NAFIKAN* Makanan yang telah kita makan tidak boleh mengeyangkan kita! Dan *ISBADKAN* Yang bagi kita kenyang hanya Allah SWT!
✳ Kita kena *NAFIKAN* Majikan kita, Perniagaan atau Kerja kita, bukanlah yang bagi kita rezeki! Dan *ISBADKAN* yang bagi rezeki hanyalah Allah SWT!
✳ Kita kena *NAFIKAN* kemewahan, Harta, Keluarga kita bukanlah yang bagi Kebahagiaan kepada kita! Dan *ISBADKAN* Yang bagi Kebahagiaan kepada kita hanyalah Allah SWT!
✳ Kita kena *NAFIKAN* Ubat, pil yang kita makan, Doktor yang kita jumpa tidak boleh menyembuhkan penyakit kita! Dan *ISBADKAN* yang menyembuhkan dan bagi kita sihat atau sakit Hanya lah Allah SWT!

☑- Allah SWT tidak memerlukan makhluk untuk melakukan sesuatu
☑- Allah SWT tidak memerlukan keizinan makhluk untuk melakukan sesuatu
☑- Makhluk memerlukan keizinan Allah SWT untuk melakukan sesuatu.
☑- Tiada satu kuasa pun boleh menandingi Kekuasaan dan Keesaan-Nya.

▶ - *CARA NAK DAPATKAN HAKIKAT KALIMAH INI*:

*1. DAKWAHKAN*
- Jumpa manusia, lorong ke lorong, pintu ke pintu, rumah ke rumah, cakap kebesaran ALLAH SWT, Insya-Allah! Kebesaran ALLAH SWT akan masuk dalam hati, Hari-hari kena DAKWAH kan diri sendiri, Ahli keluarga, saudara dan seluruh ummat akan kebesaran dan kehebatan Allah SWT! Hari ini kita kena yakin Allah SWT yang bagi rezeki bukan wang gaji suami kita,ayah kita dan sebagainya. Hari ini kita kena yakin Allah SWT yang bagi kita kenyang bukan makanan. Hari ini kita kena yakin Allah SWT yang hilangkan dahaga bukan air minuman. Hari ini kita kena yakin Allah SWT yang bagi kita tidur. Hatta kerdipan anak mata pon terkedip dengan izin Allah SWT. Kita hanya mampu berusaha dan tawakal, yang menentukan segala-galanya hanyalah dengan kehendak Allah SWT! Jika cakap perkara sebaliknya, maka kehebatan dunia akan bertapak dalam hati kita! Wallahua'lam.

*2. FIKIRKAN KEBESARAN ALLAH SWT*
- Bentuk halqah iman ( majlis yang bicara tentang kebesaran Allah SWT dan pentingnya iman ). Kita Gunakan mata untuk lihat kebesaran Allah SWT, Gunakan telinga untuk dengar kebesaran Allah SWT, Gunakan mulut untuk cakap kebesaran Allah SWT! Apa-apa yang ada di muka bumi ini semua asbab belaka. Bagaimana Kisah Nabi Ibrahim A.S dengan Namrud, kisah Nabi Musa A.S dengan firaun serta banyak lagi kisah contoh tauladan yang boleh kita fikirkan membuktikan Allah SWT berkuasa atas tiap-tiap sesuatu itu. Semuanya dengan keizinan dari-Nya.Bila mana Allah SWT kata 'Kun Faya kun' maka jadilah seperti yang dikehendaki-Nya. Air dan api boleh mendatangkan kebaikan dan juga kemudaratan dengan izin -Nya. Api boleh membakar dan terbakar tapi tanpa keizinan-Nya, ia tidak akan berlaku seperti sifat sebenarnya. Hebatnya Allah SWT.

*3. BERDOALAH*
- Selebihnya kita berdoa semoga Allah swt supaya mengurniakan kita hakikat kalimah yakin yang sempurna dalam diri kita.

▶ *KELEBIHAN HAKIKAT KALIMAH INI* :

*Barang siapa meninggal dunia sedang dia mengetahui ( meyakini) bahawa tidak ada yang berhak disembah kecuali Allah, maka dia pasti masuk syurga. (Hr. Muslim dari Uthman R.A - Muntakhab Ahadits hal.27)* Bila mana akhir kalam dapat ucap kalimah toyyibah ini, maka wajib syurga baginya InsyaALLAH. Iman yang hanya sebesar zarah, Allah SWT bagi padanya syurga 10 kali luas dunia. Kalimah ini jika ditimbang dengan dunia dan seisinya maka berat lagi timbangan kalimah ini . Ada juga tersebut dalam hadith : *Tiang arasy Allah SWT akan bergoncang dan tidak akan berhenti selagi Allah swt tidak mengampunkan dosa orang yang menyebut kalimah ini dengan ikhlas*

▶ - 🅱 *MAKSUD KALIMAH MUHAMMADUR RASULULLAH*

*ERTINYA* : Nabi muhammad SAW itu adalah Rasul dan Pesuruh Allah SWT
*MAKSUD* : Meyakini hanya dengan cara kehidupan suci murni Nabi SAW sahaja, akan membawa kejayaan pada kita, dunia dan akhirat. Selain cara Nabi SAW, walaupun nampak hebat dimata dunia, tetapi tiada kejayaan di sisi Agama. *INI ADALAH "KALIMAH AMAL"! YAKIN DENGAN AMAL, BUKAN DENGAN MAL (RM)*

▶ *CARA NAK DAPATKAN HAKIKAT KALIMAH INI* :

*1. DAKWAHKAN*
- Kita Dakwahkan kelebihan mengamalkan Sunnah dan ganjaran mengamalkan Sunnah- Sunnah Nabi SAW kepada ummat, supaya yang bercakap dan yang mendengar akan menaikkan jazbah untuk amalkan Sunnah dengan yakin. Betulkan salah faham pendapat setengah masyarakat bahawa mengamalkan sunnah hanyalah sunat! *" Buat dapat pahala, tinggalkan tidak berdosa"* TUKAR KEFAHAMAN KEPADA *"Amalkan sunnah dapat pahala dan tanda kita sayangkan Nabi SAW, Tinggalkan sunnah maka rugilah kita dunia dan akhirat!"* dalam sebuah Hadith : *" Barang siapa berpegang teguh kepada sunnahku ketika rusaknya ummatku, maka baginya pahala seratus orang mati syahid" (Hr. Riwayat Baihaqi dari Ibnu abbas R.huma ~ at Targhib wat Tarhib 1/80)*

*2. AMALKAN SUNNAH-SUNNAH NABI SAW DENGAN YAKIN*
kita utamakan dan amalkan Sunnah Nabi SAW - *Sunnah terbahagi kepada 3 bahagian iaitu* :
*a. Sunnah Surah - (Penampilan Nabi SAW)*
- Penampilan Nabi saw, umum mengerti macam mana penampilan Nabi saw. Jadi kita punya penampilan pun harus macam Nabi saw. (belajar-belajar Insya-ALLAH) Contohnya simpan janggut dan pendekan misai, *"Wahai orang-orang islam! Allah SWT telah perintahkan kepada aku dan kamu, simpanlah janggut dan pendekkan misai!"* berpakaian bersih, berserban, berjubah, sarung/ kaki seluar tidak menutup buku lali dan sebagainya supaya penampilan kita mirip-mirip dengan Rasullullah SAW. 24jam dalam penampilan kita!
*b. Sunnah Sirrah - (Perjalanan atau cara hidup/ibadat Nabi SAW)*
- Cara hidup Nabi SAW, kita praktikkan dalam kehidupan kita bagaimana Baginda saw bangun tidur sampai Baginda saw tidur balik. Kita pun harus buat perkara yang sama Insya-ALLAH. Ibadat cara Nabi SAW, bermuamalat dan bermuasyarat cara Nabi SAW. Contonya amalkan adab-adab dan doa bangun tidur sehingga kita tidur, doa masuk keluar tandas, doa makan,doa adab perjalanan dan amal doa-doa masnun yang lain. Solah berjemaah tempat azan diazankan di masjid atau surau.
*c. Sunnah Sarirah -(Fikir Risau Nabi SAW pada ummat)*
- Fikir risau Nabi SAW, adalah fikir risau ummat-Nya, bagaimana setiap ummat-Nya, boleh selamat dari azab api neraka, masuk syurga ALLAH SWT, Insya-ALLAH. Kita juga kena belajar-belajar fikir risau ummat dan berkasih sayang sesama ummat. Insya-ALLAH. Contoh cara baginda berdakwah dengan hikmah dengan Haq, Nabi SAW sentiasa doakan Hidayat dan kebaikan untuk ummatNya.

*3. DOA KEPADA ALLAH SWT*
Pada masa yang sama, Kita berdoa kepada Allah SWT, supaya Allah SWT beri kita kekuatan untuk amalkan sunnah dan masukkan yakin sehingga datang istiqomah dalam beramal.

▶ *KELEBIHAN HAKIKAT KALIMAH INI*:

*"Barangsiapa Menghidupkan (mengamalkan dengan yakin) Sunnah Ku, sungguh seperti dia Mencintai Ku, mereka yang MencintaiKu, Maka Dia Akan Bersama Ku Dalam Syurga" – (Hadis R. As-Sajzi, hadits marfu' dari Anas R.A ~ al- Jami'ush Shaghir hal. 161).* Bagi mereka yang mengamalkan sunnah dijanjikan mendapat 4 ganjaran di dunia dan 4 ganjaran di akhirat :
*GANJARAN DIDUNIA*
- Allah SWT akan nampakkan Nur Sunnah pada dirinya dan Disayangi orang
- Allah SWT akan campakkan kegerunan pada hati musuh dan Ditakuti musuh
- Allah SWT akan memberi keberkatan dalam Hidupnya
- Agamanya tidak akan dicemari selama mana dia mengamalkan Sunnah
*GANJARAN DIAKHIRAT*
- Di akhirat kelak, Kita akan mengenal Rasulullah SAW dengan amalan bukan dengan hafalan
- Rasulullah akan memberi syafaat kepada ummatnya
- Rasulullah akan mengenali kita dari wajah yang ada Nur Sunnah
- Di kubur kita akan berjiran dengan rasulullah.

2⃣ *SIFAT YANG KEDUA - USAHA ATAS SOLAT YANG KHUSYU’ DAN KHUDU’*

▶ *MAKSUD SOLAT KHUSYU' DAN KHUDU'* :

*ERTINYA* : Shalat yang diiringi konsentrasi batin dan merendahkan diri dihadapan Allah serta dilakukan dengan cara Rasullullah SAW
*MAKSUDNYA* :Membawa ketaatan dalam solat, ke luar solat Kehidupan seharian. (dalam solat kita merendahkan pandangan, di luar solat kita merendahkan pandangan. Dalam solat kita zikir, di luar solat kita zikir, dll) Selain itu dengan solat kita dapat buka khazanah Allah swt. Melalui solah semua masalah akan selesai. Dengan solah jugalah cara kita berhubung dengan Allah swt.
Ulama’ kata, macam mana pembawakan kita dalam solat, macam itulah kita di luar solat. Dalam solat kita tawajjuh, luar solat pun kita akan tawajjuh, Insya-ALLAH, begitulah sebaliknya. Solat yang paling tinggi mutunya, dapat tarik nusrah ALLAH swt secara tunai *"Dan carilah pertolongan dengan sabar dan solat" (Q.s al-Baqarah (2) :45)* (macam mana kisah Saidina Ali R.A, apabila tiada makanan dirumahnya, beliau pergi ke masjid untuk solah hajat 2 rakkat. Apabila balik semula kerumah, maka kisar gandum telah berputar dengan sendiri dan mengeluarkan gandum asbab solat Saidina Ali R.A dengan khusyuk dan yakin dengan Nusrah Allah SWT! dan *" Sesungguhnya solat itu dapat mencegah dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. (Q.S Al- Ankabut (29) : 45)*

▶ *CARA NAK DAPAT SOLAT KHUSYU' DAN KHUDU'* :

*1. DAKWAHKAN*
Dakwahkan kelebihan- kelebihan dan ganjaran solat berjemaah kepada ummat. Dan berilah peringatan akan azab Allah SWT bagi mereka yang meninggalkan solat
- Solat mengikut sunnah Nabi saw, iaitu berjemaah, di tempat azan di laungkan, di awal waktu. Kaum lelaki yang bersolat di mana azan dilaungkan secara berjemaah akan diberi ganjaran 27 pahala. Sementara kaum wanita yang menggalakkan suami atau muhrim solat di mana azan dilaungkan akan dapat pahala penuh solat lelaki di masjid atau surau ( 27 + 1 pahala sendiri punya solat ) Dan total pahala kaum wanita dapat ialah 28 pahala. Ma shaa Allah untungnya jadi kaum wanita. Kelebihan lain bagi wanita yang mengambil wudu' sebelum azan diazankan, dihari kebangkitannya nanti Allah swt akan membangkitkannya dengan wajah yang bercahaya seperti matahari. Jika kaum wanita mengambil wudu' semasa azan diazankan,dihari kebangkitannya nanti Allah swt akan membangkitkan dia dengan wajah yang bercahaya seperti bulan purnama. Dan jika kaum wanita ambil wudu' selepas azan diazankan,in shaa Allah dihari kebangkitan nanti Allah akan bangkitkan dia dengan wajah bercahaya seperti kerlipan bintang di langit. Begitulah diibaratkan jika kita mengambil berat tentang kelebihan solat di awal waktu. Semakin kita melewat-lewatkan pengambilan wudu' dan solat,maka semakin malaplah cahaya diwajah kita. Dan dalam sebuah hadith : *sebaik-baik solat seorang wanita adalah di dalam rumahnya. Dan di dalam rumah itu ada ruang bilik. Dan wanita itu bersolatlah di dalam ruang bilik yang bertutup itu, tanya kaum wanita : "Ya Rasullulah jika kami tidak ke masjid untuk solat berjemaah, siapa yang jadi Imam solat kami"? Rasullullah SAW : "jika wanita itu bersolat di dalam rumahnya sendiri dan di dalam bilik seumpama dia berimamkan aku (Rasulullah SAW)*. Selain itu kepentingan solat di awal waktu kerana ditakuti kedatangan 3 perkara :-
1) Kedatangan haid atau nifas
2) Kedatangan tetamu ( kita terpaksa layan mereka dan dikuatiri kita terlepas melakukan solat )
3) Kedatangan maut.

*2. PERBANYAKKAN AMALAN SOLAT-SOLAT SUNNAT*
Selain itu, amalkan solat-solat sunat untuk tampung kekurangan solat fardu kita. In shaa Allah dengan itu solat kita akan bertambah kekualitiannya Latihan dengan cara :
- Memperbaiki tertib zhahir solat dari mula istinja, wudhu, hingga bacaan-bacaan dan gerakan dalam solat.
- Menghadirkan keagungan Allah kedalam hati kita ketika sedang melakukan solat
- Belajar menyelesaikan masalah dengan solat

*3. BERDOA KEPADA ALLAH SWT*
Dan pada masa yang sama kita doa pada Allah swt untuk beri kita hakikat solat khusyu' dan Khudu' pada diri kita! . In shaa Allah.

▶ *KELEBIHAN SOLAT KHUSU' DAN KHUDU'* :

Dengan menjaga Solat,(solah berjemaah, di awal waktu) akan diberi 5 ganjaran :
1. Rezekinya di permudahkan dan diBerkati oleh Allah SWT
2. Ditarik azab kubur
3. Mendapat buku catitan amal dengan tangan kanan
4. Melintas titian sirat sepantas kilat
5. Masuk Syurga Tanpa Hisab

3⃣ *SIFAT YANG KETIGA - USAHA ATAS HAKIKAT "ILMU" DAN "DZIKIR"*

▶ - 🅰 *MAKSUD HAKIKAT ILMU*

*ERTINYA* : Segala petunjuk yang datang dari Allah SWT melalui Baginda Nabi SAW
*MAKSUDNYA* : Ilmu adalah untuk mengetahui mana satu perintah ALLAH SWT dan mengetahui mana satu larangan Allah SWT yang perlu diutamakan dalam satu-satu keadaan ataupun tempat. Contohnya : ketika kita bekerja, tiba-tiba azan berkumandang, maka satu orang yang ada kefahaman ilmu, dia akan tinggalkan kerja, dan pergi kepada solat berjemaah. Inilah kefahaman ilmu yang sebenar. Hari ni banyak orang tahu agama.Tapi tak faham kehendak hakikat agama yang sebenar. Maksud ilmu juga, “Apa-apa yang dapat membantu kamu menjawab soalan kubur, itulah dikatakan ilmu.”

▶ *CARA NAK DAPATKAN HAKIKAT ILMU*

*1. DAKWAHKAN*
- Selalu mendakwah penting ilmu dalam beramal . Ulama berpesan : *"Beramal tanpa ilmu, maka amalannya akan ditolak dan berilmu tetapi tidak beramal, diakhirat dia akan diseksa sebelum penyembah berhala diseksa"*

*2. BELAJAR ILMU DENGAN BERGURU*
Ilmu terbahagi kepada dua iaitu *ILMU FADHA'IL dan ILMU MASA'IL*

*I.ILMU MASA'IL*
- kita boleh belajar dengan guru-guru yang mursyid.
- Ilmu masa’il maksud nya adalah ilmu mengenai hukum hakam sesuatu perkara.
- Selalu bertanya kepada ulama tentang masalah dunia dan masalah agama.
- Selalu ziarah (berkunjung) kepada ulama atau guru.

*ILMU FADHA'IL
- adalah ilmu tentang kelebihan sesuatu amal.
- Ilmu fadha’il boleh kita perolehi dengan duduk dalam majlis taklim atau mendengar bacaan kitab Fadha’il Amal (di dalam majlis Ta’lim wa Ta’lum). Kita duduk dalam majlis taklim Fadha’il Amal, supaya kita sentiasa ada jazbah untuk mengamalkan sesuatu amal, bukan kita amal kerana nk kan ganjaran semata-mata, tapi kita nk belajar yakin dgn janji-janji ghaib dari Allah SWT dengan setiap amalan, sebab tu Rasullullah Saw menceritakan kepada sahabat2 r.anhum tentang ganjaran atau kelebihan atas amal-amal, supaya jazbah mereka meningkat untuk beramal dgn yakin barulah sampai pada hakikat yakin dengan beramal. Tetapi ada yang menyangka Jemaah Tabligh ni beramal semata-mata untuk ganjaran kerana terlalu semangat untuk beramal... bukan salah mereka tapi salah kami yang jahil dlm menyampaikan ilmu. Insya-ALLAH. yang bagi kita faham Allah SWT..
- Menghadirkan rasa seronok pada fadhilat (keutamaan/ kelebihan amal) dalam setiap amalan.

*3. BERDOALAH* :
-Berdoa kepada Allah SWT agar kita diberi kefahaman dalam *"ilmu fhada'il dan ilmu masa'il"* untuk beramal Dan memaafkan atas kesalahan ketika beramal- kita Niat belajar

▶ *KELEBIHAN HAKIKAT ILMU* :

1. Satu orang yang berilmu lebih ditakuti oleh syaitan, dari 1000 orang abid ( ahli ibadah ).
2. Tidur satu orang berilmu lebih ditakuti oleh syaitan dari seorang abid yang beribadah sepanjang-sepanjang malam.
3. Orang yang menuntut ilmu semata-mata kerana Allah swt jika ditakdirkan meninggal matinya dikira shahid.
4. Sesiapa yang keluar menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu maka Allah swt akan mendorongnya jalan ke syurga.

▶ - 🅱 *MAKSUD HAKIKAT DZIKIR*

*ERTINYA* : Mengingat Allah SWT sebagaimana Agungnya Allah SWT!
*MAKSUD* : Zikir pula ialah sentiasa meletakkan ALLAH swt di dalam hati setiap masa & ketika. mengamalkan perintah-perintah Allah SWT dengan menghadirkan keagungan Allah SWT dalam hati kita serta dilakukan dengan cara Rasullullah SAW.

▶ - *CARA HENDAK DAPAT HAKIKAT ZIKIR*

*1. DAKWAHKAN* :
-Mendakwahkan pentingnya zikir dalam kehidupan seharian

*2. LATIHAN ZIKIR DENGAN CARA* :
-Ulama’ telah beri panduan pada kita untuk amal zikir 300 pagi & 300 petang
1.Subhanallah (33) + Alhamdulillah (33) + ALLAHuakbar (34)
2.Selawat ke atas junjungan besar kita nabi Muhammad saw. (100)
3.Lailahaillah anta subhanak inna kunna minalzollimin (100)
4.Astaghfirullahal‘azim (100)
-Mengamalkan doa2 masnun dalam setiap kegiatan seharian

*3. BERDOALAH* :
- Berdoa kepada Allah Swt semoga diberi Hakikat Dzikir dalam diri kita dan istikhomah dalam amalan.

▶ *KELEBIHAN HAKIKAT ZIKIR*:

Satu orang yang zikir hidup disisi ALLAH swt, seseorang yang tidak berzikir dianggap mati di sisi ALLAH swt. Zikir juga membesarkan amalan pahala. Zikir juga benteng godaan syaitan. Dilaporkan dalam sebuah hadith bahawa rasulullah SAW bersabda ; *"Telah berjayalah mereka yang unggul sendiri''*. Para sahabat bertanya : *" Siapakah yang unggul itu ya rasululullah?'* Rasulullah menjawab : *" Ialah mereka yang menyebut nama Allah sebanyak-banyaknya ( yakni orang-orang yang sentiasa sibuk dengan zikrullah' - Hadith*.
Kata Hazrat Abu Darda r.a : "Orang yang sentiasa mengingati Allah dalam kelapangan dan kesenangan,nescaya Allah swt juga akan sentiasa mengingatinya dalam kesusahan dan kesempitan".
*"Perumpaan orang yang ingat Allah dan orang yang tidak mengingat Allah, bagaikan orang hidup dan orang mati" (Hr Bukhari dari Abu Musa R.a ~ Muntakhab Ahadits hal.207*

4⃣ *SIFAT YANG KEEMPAT - USAHA ATAS IKRAM MUSLIMIN* :

*ERTINYA* : Memuliakan sesama saudara muslim
*MAKSUD* : Menunaikan hak saudara (seIslam) kita, tanpa menuntut hak. Memuliakan mereka, kerana Iman yang ada dalam diri mereka.
Setiap orang Islam adalah mulia di sisi ALLAH swt, kerana Iman yang ada dalam diri mereka. Bila mana sifat ikram ini ada di dalam setiap manusia,hidup pasti bertambah harmoni. Sebab semua manusia faham akan hak setiap orang. Hak isteri terhadap suami,hak suami terhadap isteri,hak anak-anak terhadap ibu bapa,hak ibu bapa terhadap anak-anak, hak majikan dengan pekerja,hak pekerja dengan majikan,hak hidup sesama kejiranan dan sebagainya.
Ada 6 Hak saudara yang perlu kita tunaikan :-
1) Apabila bertemu seseorang dan dia memberi salam,wajib kamu jawab salam.
2) Apabila seseorang di antara kamu meminta nasihat, wajib kamu memberi nasihat
3) Apabila seseorang menjemput kamu hadir ke majlisnya ( bukan majlis lalai) wajib kamu hadir.
4) Apabila seseorang bersin dan mengucapkan Alhamdulillah, kamu hendaklah jawab yarhamkallah/yarhamkillah ( mendoakan kesejahteraan padanya.)
5) Apabila ada orang meninggal hendaklah kamu hantar jenazahnya ke perkuburan ( bagi lelaki )

▶ *CARA NAK DAPATKAN HAHIKAT IKRAM MUSLIMIN* :

*1. DAKWAHKAN* :
- Sentiasa mendakwahkan kelebihan dan pentingnya ikram muslimin.. sehingga lahir sifat Ikram dalam diri kita

*2. LATIHAN MEMULIAKAN SESAMA MUSLIMIN* :
1. Kita hendaklah memuliakan Alim Ulama’
2. Kita hendaklah menghormati Orang-orang Tua
3. Kita hendaklah berkasih Sayang dengan Kanak-kanak
4. Bersahabat dengan orang muda/remaja
5. Hormati pendapat orang dan jangan mengaibkan orang.

*3. BERDOALAH* :
- Berdoalah kepada Allah SWT semoga melahirkan dan memberi kefahaman Hakikat Ikram Muslimin dalam diri kita. Dan berkasih sayang sesama muslim

▶ *KELEBIHAN IKRAM MUSLIMIN* :

- *"Allah sentiasa menolong hambaNya selagi mana hambaNya menolong saudaranya" (Hr. MUSLIM, Abu Dawud dan Tirmizi dari Abu Hurairah R.A ~ at targhib wat tarhib 111/237)*
-Menunaikan hak saudara seislam kita, ALLAH swt akan bagi kita 73 hasanah,
1 hasanah, ALLAH swt akan bagi di dunia (yang mana cukup untuk keperluan kita di dunia)
72 hasanah lagi, ALLAH swt akan bagi di akhirat kelak.
- Satu orang yang membatalkan niat iktikaf, kerana pergi menunaikan hajat saudara dia, Maka ALLAH swt akan bagi dia 10 tahun pahala iktikaf yang di terima, satu malam ikitikaf, ALLAH swt jauhkan dia dari api neraka sejauh 3 parit.Satu parit, adalah sejauh jarak langit dan bumi.
- *"Barangsiapa menyembunyikan kesilapan saudaranya nescaya Allah swt akan menyembunyikan kesilapannya. Barang siapa yang membuka aib saudaranya,nescaya Allah swt akan membuka aibnya meskipon dalam rumahnya sendiri" - Hadith*

5⃣ *SIFAT YANG KELIMA - USAHA ATAS NIAT YANG IKHLAS*

*ERTINYA* : Membaiki atau membetulkan niat.
*MAKSUD* : Melakukan perintah-perintah ALLAH swt, semata-semata kerana ALLAH swt. Dan meninggalkan larangan Allah SWT semata-mata kerana Allah SWT dalam setiap amalan dari niat-niat lain kecuali hanya untuk mencari keridhaan Allah SWT.

▶ *CARA NAK DAPATKAN HAKIKAT IKHLAS NIAT* :

*1. DAKWAHKAN* :
- Bagitau manusia kelebihan-kelebihan melakukan amalan dengan ikhlas, dan kerugian jika tidak ikhlas.

*2. BETULKAN NIAT* :
- Kita harus selalu check niat kita, sebelum -> semasa -> sesudah beramal pastikan ikhlas semata-mata kerana ALLAH swt. sekiranya timbul riak atau ujub, bersegera istifar memohon ampun dan betulkan semula niat kita.

*3. BERDOALAH* :
- Berdoa kepada Allah SWT semoga Allah SWT terima segala amalan kita dan pelihara daripada perkara yang boleh merosakkan amalan. Disamping berdoa diberi hakikat IKHLAS dalam diri kita.

▶ *KELEBIHAN IKHLAS NIAT* :

- *"IKHLASLAH dalam setiap amalan agamamu, niscaya dengan keikhlasan itu amal yang sedikit akan mencukupimu" (Hr Hakim dari Mu'adz bin Jabal r.a ~ at Targhib wat Tarhib 1/54)*. Niat yang ikhlas semata-mata kerana ALLAH swt, ALLAH swt akan lipat gandakan ganjaran amal. Sebagaimana satu orang Sahabat ra yang sedekahkan satu biji tamar, dan dia ikhlas kerana ALLAH swt, maka Nabi saw beritahu, dia punya pahala adalah sebesar Gunung Uhud. Jika antara kamu sedekah emas sebesar gunung uhud tapi tidak ikhlas,sia-sia belaka. Allah swt berfirman; *"Aku tidak memandang rupa paras wajahmu,kekayaanmu tetapi aku memandang hatimu*'
Keihklasan ini disifatkan halus sangat. Hatta Malaikat sekalipon tidak mampu mengetahui nilai keikhlasan manusia. Hanya Allah swt sahaja yang mengetahui keikhlasan hamba-Nya. Sifat ikhlas ini diibaratkan seperti semut hitam yang berjalan di atas batu hitam di waktu malam yang gelap gelita. Memang tidak akan kita nampak dan ketahui. Begitu halusnya nilai sifat ikhlas ini. Kita hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah swt agar diberikan kita hakikat ikhlas sebenar

ulama bagi tafsiran, *ikhlas ini tersembunyi, seperti surah al ikhlas, tiada perkataan ikhlas / menyebut akan keikhlasan, semuanya mengESAkan akan ALLAH SWT*. biarlah org tak nampak,, orang xtau amalan kita, tapi ALLAH SWT MAHA melihat apa yg tersembunyi dan MAHA mengatahui isi hati kita.

6⃣ *SIFAT KEENAM - USAHA ATAS DAKWAH DAN TABLIGH*

*ERTINYA* : DA'WAH (mengajak) , TABLIGH (menyampaikan)
*MAKSUD / TUJUAN* :Membetulkan salah faham kita, bahawa diri dan harta kita bukan milik kita, tetapi ALLAH swt.. Dan Allah SWT telah beli diri, harta dan masa orang mukmin dengan syurga.
Jadi kita harus infakkan diri dan harta kita di jalan ALLAH swt kerana :
1. Harta yang digunakan di jalan kebaikan ALLAH swt akan hisab
2. Harta yang digunakan di jalan kemungkaran ALLAH swt akan azab
3. Harta yang tidak akan di hisab atau di azab ialah harta yang digunakan di jalan ALLAH swt

▶ *CARA NAK DAPATKANNYA*

*1. DAKWAHKAN* :
-Selalu mendakwah pentingnya usaha Da'wah dan Tabligh. Masih ramai lagi manusia yang tidak mengenal Allah SWT, sekiranya mereka mati tanpa iman, mereka akan diazab di neraka Allah SWT selama-lamanya. *Wallah'hi mereka mendakwa semula kita diakhirat nanti*.

*2. LATIHAN DAKWAH DAN TABLIGH DENGAN BAGI MASA UNTUK KHURUJ DIJALAN ALLAH*
Untuk usaha atas iman diri sendiri dan mengajak orang lain untuk usaha atas iman.
Ulama telah menggariskan tertib mengikut dalil dan Nas untuk khuruj di jalan Allah selama :
*Kaum Lelaki*
1 Tahun (Ulama’ ‘Alim)
4 bulan (Sekurang-kurangnya seumur hidup)
40 hari (Setiap Tahun)
10-3hari (Sebulan)
*Kaum wanita*
3h setiap 3 bulan
10h- 15h setiap setahun
40h-2 bulan setiap 3 tahun

Ulama’ menerangkan mengikut ilmu mereka, apabila kita keluar jalan ALLAH swt selama 4 bulan. Maka ALLAH swt akan bagi roh agama.
Macam mana bayi dalam kandungan, 4 bulan sahaja, dia dapat roh/nyawa.
Mengikut satu riwayat : Satu wanita di zaman Saidina Umar ra telah merindui suami nya yang keluar di jalan ALLAH swt yang sangat lama. Saidina umar ra terdengar perbualan wanita ini *"jika tidak kerana takutkan Allah SWT, pasti malam ini katilku bergoyang"*
Maka Saidina Umar ra telah tanya adik perempuannya, berapa lama wanita boleh bertahan sepeninggalan suaminya ke jalan ALLAH swt, maka adiknya telah bagi isyarat jari 3 atau 4. Maka Saidina Umar ra telah memendekkan tempoh sahabat ra keluar di jalan ALLAH swt kepada 4 bulan

*3. BERDOALAH* :
- Sentiasa berdoa bersungguh-sungguh kepada Allah supaya dipilih untuk keluar di jalan Allah swt dan diberi sedikit kefahaman seperti fahamnya sahabat Nabi SAW yang bermati-matian dalam menyebarkan agama.

▶ *KELEBIHAN KELUAR DIJALAN ALLAH*

*"Sesungguhnya sepagi atau sepetang (keluar) di jalan ALLAH lebih baik daripada (mendapatkan) dunia dan seluruh isinya" (Hr. BUKHARI dan Muslim dari Anas r.a ~ at Targhib wat Tarhib 11/268*)
Mereka yang keluar di jalan Allah akan didoakan oleh malaikat dengan 3 perkara :
1. Malaikat berdoa agar diampunkan dosa orang yang keluar dijalan Allah
2. Malaikat berdoa agar diampunkan dosa seluruh ahli keluarga yang ditinggalkan
3. Malaikat berdoa supaya mereka di satukan di jannah kerana di dunia mereka sentiasa berpisah kerana Allah.
- Allah SWT akan tukarkan hati dari cinta dunia kepada cinta Akhirat.

*Allah akan memimpin mereka yang berjuang di jalan Allah mendapat sebaik-baik balasan dan menjadikan keadaan mereka baik dan berguna (didunia dan di akhirat) serta memasukkan mereka ke dalam syurga yang telah dijanjikan dan diterangkan sifat-sifatnya kepada mereka, Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela Agama Allah! Nescaya Allah membela kamu dan meneguhkan tapak pendirian kamu" (QS Muhammad a 5-7*)

Allahu a'lam..:D
 
Back
Top
Log in Register