Nahmaduhu wa nusalli 'ala rasulihil karim.
Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh,
Tuan-tuan yang mulia,
Apa rahsia tentera muslimin memenangi peperangan badar? Kalau nak dikatakan bilangan mereka ramai, tak tuan-tuan. Bilangan mereka hanya 313 orang sahaja menentang tentera musuh seramai 1000 orang tentera. Kalau nak kata mereka kuat, gagah, bertenaga, waktu itu bulan Ramadhan. Mereka berpuasa. Tentera musuh tak puasa, kuat, gagah, bertenaga. Kalau nak kata kelengkapan ketenteraan lengkap, tidak juga tuan-tuan. Mereka hanya menggunakan apa yang ada pada waktu itu. Pedang patah, pelepah tamar, dan tulang-tulang kering sebagai senjata ditangan mereka. Sedangkan tentera musuh berkelengkapan peperangan yang lengkap. Tapi mengapa mereka masih memenangi peperangan itu?
Mereka bawa kebesaran Allah dalam hati mereka. Yakin mereka tidak kepada makhluk, tetapi yakin mereka hanya kepada Allah. Yakin mereka bukan kepada bilangan, kekuatan anggota, yakin mereka bukan kepada kekuatan jasmaniah, dan yakin mereka bukan kepada kelengkapan peperangan, yakin mereka hanya semata-mata kepada Allah. Apabila yakin mereka betul kepada Allah, maka nusrah pertolongan Allah datang kepada mereka.
Mereka tinggalkan pekerjaan, kebahagiaan bersama isteri dan anak-anak, tinggalkan kampung halaman, nafikan bahawasanya mereka yang jaga anak dan isteri mereka, nafikan bahawasanya mereka yang menyara keperluan hidup anak dan isteri mereka, nafikan bahawa mereka tempat anak dan isteri mereka mengadu. Mereka pergi berperang untuk syahid. Mereka bersedia menjandakan isteri dan meyatimkan anak. Mereka taat perintah Allah dan Rasul.
Masuk ke medan peperangan mereka isbat Allah. Tawakkal mereka hanya kepada Allah. Hari ini kita diajar usaha dahulu baru tawakkal. Tetapi sahabat tawakkal sebelum usaha, semasa usaha dan selepas usaha. Mereka tak tawakkal selepas berperang tuan-tuan. Mereka tawakkal sejak tinggalkan anak dan isteri. Pergi berperang bawa tawakkal. Sifat ini kita nak belajar dan ambil iktibar dari para sahabat. Bagaimana tawakkal mereka. Kalau mereka boleh tinggalkan anak dan isteri untuk syahid, tinggalkan anak dan isteri tanpa asbab hidup yang cukup, sepertimana Nabi Ibrahim AS tinggalkan Siti Hajar dan Nabi Ismail AS yang masih kecil dipadang pasir yang panas, tanpa asbab hidup, tanpa makanan dan minuman, mengapa kita tak boleh tinggalkan anak dan isteri untuk bantu kerja agama dengan asbab hidup yang cukup?
Untuk belajar yakin yang betul, tawakkal yang betul, bagi nama tuan-tuan untuk keluar 4 bulan negara jauh, 4 bulan ipb, 40 hari negara jiran, 40 hari dalam negara atau 3 hari bersama-sama dengan jemaah. Kalau tuan-tuan belum mampu atau ada keperluan lain, tinggalkan azam tuan-tuan, mudah-mudahan Allah pilih tuan-tuan bantu kerja agama, jadi asbab hidayat seluruh alam.
In Sha Allah kita azam belaka deh? In Sha Allah. Aamiin.
Tasbih kifarah.