BTC USD 62,775.4 Gold USD 4,336.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Fikir, Zikir dan Doa

Tuan-tuan yang mulia,

Hari ini umat Islam telah salah faham waktu untuk sabar hanya di sekolah rendah, sekolah menengah dan pengajian tinggi sahaja. Selepas tu dah boleh pulun dunia. Sedangkan Allah Subhanahu Wa Ta'ala perintahkan kita supaya bersabar-sabar sepanjang-panjang umur kita di dunia ni.

Hidup umat Islam hari ini telah dikerat-kerat kepada beberapa bahagian hingga ada yang salah faham jangkamasa untuk memahami dan mengenali agama hanya di zaman kanak-kanak sahaja. Sama-samalah kita perbetulkan salah faham ini. Tinggalkan yang biasa dan biasakan yang betul.

In sha Allah deh.
 
Last edited:
Tuan-tuan dan puan-puan yang dimuliakan Allah Subhanahu Wa Ta'ala,

Tetaplah mengerjakan solat fardhu secara berjemaah bagi kaum muslimin, solat di awal waktu bagi kaum muslimat, menunaikan zakat serta sedekah, memperbetulkan solat serta kekhusyukan dalam solat, memperbetulkan bacaan Al-Quran dengan mempelajari ilmu tajwid, belajar ilmu-ilmu masail/hukum hakam serta ilmu fadhail/fadhilat, menunaikan hak saudara seagama, memeriksa keikhlasan niat, mempertingkatkan jumlah masa yang diberi untuk memahami serta menghafal Al-Quran, solat, zikir, doa serta lapangkan masa untuk keluar di jalan Allah, moga-moga kita mendapat keredhaanNya.

In sha Allah deh.
 
Last edited:
maxresdefault.jpg
 
Beberapa perkara kalau kita amalkan akan mudahlah untuk kita mengamalkan agama secara keseluruhan:

Pertama: Hakikat "la ilaha illallah muhammadur rasulullah"
Kedua: Hakikat solat khusyuk dan khuduk
Ketiga: Hakikat ilmu dan zikir
Keempat: Hakikat ikram muslimin
Kelima: Hakikat ikhlas niat
Keenam: Hakikat dakwah dan tabligh

Muzakarahkan setiap hari
 
Last edited:
Beberapa perkara kalau kita amalkan akan mudahlah untuk kita mengamalkan agama secara keseluruhan:

Pertama: Hakikat "la ilaha illallah muhammadur rasulullah"
Kedua: Hakikat solat khusyuk dan khuduk
Ketiga: Hakikat ilmu dan zikir
Keempat: Hakikat ikram muslimin
Kelima: Hakikat ikhlas niat
Keenam: Hakikat dakwah dan tabligh

Untuk tahu lagi dan lagi, buat azam untuk keluar lagi dan lagi. In sha Allah.
 
Last edited:
Tuan-tuan yang mulia!

Kerja ugama, kerja dakwah, ialah suatu jihad. Jihad di tengah-tengah medan peperangan, hanya niat dan azam yang betul semata-mata kerana Allah, agamaNya dan RasulNya sahaja yang harus diberi perhatian. Jatuh, bangun, luka, pedih, sakit hatta maut di medan peperangan bukan perkara yang boleh dielakkan. Sebagaimana jihad di medan peperangan, dalam menjalankan kerja dakwah, usaha ugama, niat dan azam yang betul sangat penting dan harus diberi keutamaan. Kesalahan dan kesilapan boleh sahaja berlaku tetapi itu bukanlah perkara pokok dan tidaklah patut dijadikan sebab untuk menolak dakwah dan usaha agama. Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala berikan kepada saya dan tuan taufik dan petunjuk untuk sama-sama amal dan sampai-sampaikan.

In Sha Allah.
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register