BTC USD 63,733.0 Gold USD 4,326.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Fikir, Zikir dan Doa

Secara umumnya 6 sifat dimuzakarahkan dengan acuan format berikut:

Bagi setiap sifat huraikan:
1.Erti
2.Maksud
3.Cara untuk mendapatkan
-dakwah
-latihan/amali
-doa
4.Kelebihan(dari Al-Quran/As-Sunnah dan lazimnya dipetik dari Kitab Fadhail Amal, Muntakhab Ahadith dan Kisah Para Sahabat/Hayatus Sahabah)

Allahu'alam.
 
Last edited:
Secara umumnya 6 sifat dimuzakarahkan dengan acuan format berikut:

Bagi setiap sifat huraikan:
1.Erti
2.Maksud
3.Cara untuk mendapatkan
-dakwah
-latihan/amali
-doa
4.Kelebihan(dari Al-Quran/As-Sunnah)

Allahu'alam.


Tashkil jgn lupa..:)
 
Copy paste hak orang lain tidak dibenarkan dalam thread ni. Segala maklumat dalam thread nie adalah ciptaan sendiri.
Yang nie saya setuju

Peraturan Thrread ini:
Tiada soalan dibenarkan untuk dikemukakan.
Yang nie tak setuju
 
Tuan-tuan yang mulia,

Allah Subhanahu Wa Ta'ala meletakkan kejayaan manusia hanya dalam agama, sejauh mana manusia itu taat perintah Allah dengan mengikuti cara yang telah dicontohkan oleh Baginda Nabi SAW.

Agama telah dibangunkan oleh Nabi SAW dan para sahabat dengan mujahadah, dengan pengorbanan diri, harta dan masa untuk agama. Terlalu banyak untuk diceritakan disini. Tuan-tuan boleh beli buku Hayatus Sahabah. Banyak kisah-kisah para sahabat dalam buku tu. Tuan-tuan juga tentu sudah sedia maklum sedikit sebanyak kisah-kisah mereka.

Tanpa pengorbanan kita tak akan faham ugama sebagaimana dituntut oleh ugama itu sendiri. Nabi SAW sendiri semasa Baginda dilantik menjadi Rasul, Baginda dan Khadijah memiliki harta yang banyak. Tetapi di saat Siti Khadijah meninggal dunia, beliau hanya memakai sehelai pakaian dengan berpuluh-puluh tampalan. Beliau sendiri berpesan kepada Baginda SAW agar tulang-tulang rusuk beliau dijadikan busur-busur panah dan tulang belakang beliau digunakan untuk buat jambatan untuk agama.

Para sahabat telah meninggalkan kampung halaman, harta benda, anak isteri untuk keluar dan mati di jalan Allah untuk menyebarkan agama ke seluruh alam. Atas maksud yang sama tuan-tuan, minta azam untuk buat pengorbanan harta, diri dan masa di jalan Allah selama 4 bulan sekali seumur hidup(ke arah setahun seumur hidup), 40 hari setiap tahun(ke arah 4 bulan setiap tahun) dan 3 hari setiap bulan(ke arah 10 hari setiap bulan). Kita sama-sama buat azam, in sha Allah.
 
Last edited:
Atas maksud yang sama tuan-tuan, minta azam untuk buat pengorbanan harta, diri dan masa di jalan Allah selama 4 bulan sekali seumur hidup(ke arah setahun seumur hidup), 40 hari setiap tahun(ke arah 4 bulan setiap tahun) dan 3 hari setiap bulan(ke arah 10 hari setiap bulan)

Bahagian di atas di namakan tashkil. Sebelum tashkil bagi fikir. Tashkil majlis ta'lim yang selalu kita dengar, "Moga-moga Allah Ta'ala bagi kita taufik supaya kita sama-sama dapat amal dan sampai-sampaikan kepada saudara-saudara kita yang tiada dalam majlis ni". Tanpa tashkil tak jelas maksud majlis.
 
Last edited:
Tuan-tuan yang mulia,

Bila kita ambil usaha agama sebagai maksud hidup, kita akan sedar rupa-rupanya selama ini hidup kita masih dalam kesetiaan kepada tarikan nafsu dan godaan syaitan. Kalau kita tak ambil usaha ugama, kita tak akan sedar perkara ni. Saya pun bukan 100% faham, sekadar berkongsi sekadar termampu.

Bahaya kalau ada dunia dalam hati kita. Dunia akan mengekori kita hingga ke kubur, ke Padang Mahsyar kalau kita tak ceraikan dari hati semasa kat dunia ni dan dunia akan jadi asbab kehinaan dan aib kita di akhirat kelak. Letaknya dunia hanya di tangan dan bukan di hati. Itu pesanan ulama. Untuk ceraikan dunia dari hati kita juga, ayuhlah kita biasa-biasakan tinggalkan perniagaan, anak & isteri, keluarga, kampung halaman, harta kekayaan, pangkat dan nama untuk seketika semata-mata kerana Allah dalam usaha agama. Sama-samalah kita azam untuk keluar jauh-jauh lama-lama di jalan Allah semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah Ta'ala.

In sha Allah deh.
 
Last edited:
Shahih dan Dhaif Kitab Al Adzkar

Penulis :Imam Nawawi

Peneliti : Syaikh Salim bin Ied Al Hilali

Penerbit : Pustaka Imam Syafii

Jilid 1 : 632 Halaman
Jilid 2 : 620 Halaman
 

Attachments

  • 128.5 KB Views: 19
Shahih dan Dhaif Kitab Al Adzkar

Penulis :Imam Nawawi

Peneliti : Syaikh Salim bin Ied Al Hilali

Penerbit : Pustaka Imam Syafii

Jilid 1 : 632 Halaman
Jilid 2 : 620 Halaman

Jazakallah. Moga-moga Allah Ta'ala pilih puan dan suami sekeluarga buat usaha agama.
 
Back
Top
Log in Register