Tuan-tuan yang mulia,
Allah Subhanahu Wa Ta'ala meletakkan kejayaan manusia hanya dalam agama, sejauh mana manusia itu taat perintah Allah dengan mengikuti cara yang telah dicontohkan oleh Baginda Nabi SAW.
Agama telah dibangunkan oleh Nabi SAW dan para sahabat dengan mujahadah, dengan pengorbanan diri, harta dan masa untuk agama. Terlalu banyak untuk diceritakan disini. Tuan-tuan boleh beli buku Hayatus Sahabah. Banyak kisah-kisah para sahabat dalam buku tu. Tuan-tuan juga tentu sudah sedia maklum sedikit sebanyak kisah-kisah mereka.
Tanpa pengorbanan kita tak akan faham ugama sebagaimana dituntut oleh ugama itu sendiri. Nabi SAW sendiri semasa Baginda dilantik menjadi Rasul, Baginda dan Khadijah memiliki harta yang banyak. Tetapi di saat Siti Khadijah meninggal dunia, beliau hanya memakai sehelai pakaian dengan berpuluh-puluh tampalan. Beliau sendiri berpesan kepada Baginda SAW agar tulang-tulang rusuk beliau dijadikan busur-busur panah dan tulang belakang beliau digunakan untuk buat jambatan untuk agama.
Para sahabat telah meninggalkan kampung halaman, harta benda, anak isteri untuk keluar dan mati di jalan Allah untuk menyebarkan agama ke seluruh alam. Atas maksud yang sama tuan-tuan, minta azam untuk buat pengorbanan harta, diri dan masa di jalan Allah selama 4 bulan sekali seumur hidup(ke arah setahun seumur hidup), 40 hari setiap tahun(ke arah 4 bulan setiap tahun) dan 3 hari setiap bulan(ke arah 10 hari setiap bulan). Kita sama-sama buat azam, in sha Allah.