BTC USD 61,702.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Fikir, Zikir dan Doa

Apa kelebihan mengamalkan bacaan Fadhilat Amal?

1)Agar hati dimasuki nur hadis.
2)Agar hati sentiasa condong ke arah kebaikan.
3)Agar kebesaran dunia dapat dipisahkan dari hati
4)Agar meningkat keghairahan untuk beramal
5)Agar fikir bertukar dari fikir dunia kepada fikir akhirat
 
Last edited:
Allah swt maha mendengar

﴾وَأَسِرُّوا قَوْلَكُمْ أَوِ اجْهَرُوا بِهِ إِنَّهُ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ ﴿١٣
"Dan rahasiakanlah perkataanmu atau lahirkanlah; sesungguhnya Dia Maha Mengetahui segala isi hati." (Al-Mulk: 13)

وَإِن تَجْهَرْ بِالْقَوْلِ فَإِنَّهُ يَعْلَمُ السِّرَّ وَأَخْفَى
"Dan jika engkau menyaringkan suara dengan doa permohonanmu, (maka yang demikian tidaklah perlu), kerana sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia dan segala yang tersembunyi." (Taha: 7)

Kamu bercakap baik-baik ALLAH SWT dengar, kamu bercakap buruk juga ALLAH SWT dengar. Kamu bercakap perlahan ALLAH SWT dengar, kamu bercakap kuat-kuat juga ALLAH SWT dengar. ALLAH SWT dengar apa yang kamu cakapkan di dalam hati. ALLAH SWT tahu apa yang kamu rahsiakan, ALLAH SWT tahu apa yang kamu sembunyikan. ALLAH SWT mendengar bunyi turun dan naik nafas kamu. ALLAH SWT mendengar bunyi degup jantung kamu. ALLAH SWT mendengar bunyi darah yang mengalir dalam urat nadi kamu.

ALLAH SWT mendengar bunyi suara semut. ALLAH SWT mendengar panggilan suara semut ketika ia senang dan ALLAH SWT mendengar panggilan suara semut ketika ia susah. ALLAH SWT mendengar bunyi pergerakan cacing di dalam tanah. ALLAH SWT mendengar bunyi suara zikir ulat di dalam batu. ALLAH SWT mendengar bunyi geseran antara dua butir pasir. ALLAH SWT mendengar bunyi setiap zarah pasir dan setiap zarah tanah. ALLAH SWT mendengar bunyi suara ikan-ikan di dalam lautan dan sungai-sungai. ALLAH SWT mendengar bunyi daun dan bunga dipetik dan ALLAH SWT mendengar bunyi daun dan bunga di hutan luruh dari tangkainya.

LA ILAHA ILLALLAH.
 
Last edited:
Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan ALLAH SWT. Dialah ALLAH SWT yang memberikan makhluk-makhlukNya makanan, tetapi Dialah Yang Maha Suci daripada berhajat kepada makanan. Dialah ALLAH SWT yang memeberikan makhluk-maklukNya minuman, tetapi Dialah Yang Maha Suci daripada berhajat kepada minuman. Dialah ALLAH SWT yang memberikan tidur dan rehat kepada makhluk-makhlukNya, tetapi Dialah Yang Maha Suci daripada berhajat kepada tidur dan rehat. Dialah ALLAH SWT yang memberikan makhluk-makhlukNya berpasang-pasangan, tetapi Dialah Yang Maha Suci daripada berpasang-pasangan. Dialah ALLAH SWT yang memberikan kematian kepada makhluk-makhlukNya, tetapi Dialah Yang Maha Suci daripada kematian. Dialah ALLAH SWT yang memberikan ujian dan menguji kehidupan makhluk-makhlukNya, tetapi Dialah Yang Maha Suci daripada diuji oleh mana-mana makhlukNya. Dialah ALLAH SWT yang memberikan keperluan kepada makhluk-makhlukNya, tetapi Dialah Yang Maha Suci daripada berhajat kepada keperluan. Dialah ALLAH SWT yang memberikan pakaian kepada makhluk-makhlukNya, tetapi Dialah Yang Maha Suci daripada berhajat kepada pakaian. Dialah ALLAH SWT tuhan yang berhak disembah, tetapi untuk mengiktirafNya sebagai tuhan yang berhak disembah, Dia Maha Suci daripada berhajat kepada ibadah makhluk-makhlukNya. Dialah ALLAH SWT Yang Maha Esa, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia. Tiada bagiNya isteri, tiada bagiNya anak dan tiada bagiNya sebarang sekutu. Maha Suci Allah.

LA ILAHA ILLALLAH.
 
Last edited:
Tuan-tuan yang mulia,

Apa perbezaan ilmu tasawwuf dan feqah? Saya pun tak pandai, cuma dengar dari orang-orang tua.

Perbezaan paling ketara ialah feqah dari sudut hukum hakam, perkara di luar. Sedangkan tasawwuf lebih beri tumpuan kepada hati.

Ahli feqah kata solat si fulan bin si fulan tak sah sebab sekian sekian. Sedangkan si fulan bin si fulan pula mengharapkan keredhaan Allah setakat termampu.

Kalau mampu tegur bisik-bisik silakan. Tegur perintah Allah sunnah Nabi SAW.

Ataupun tinggalkan dengan sangkaan yang baik, Allah berhak menerima amal si fulan bin si fulan dan memasukkan si fulan bin si fulan ke dalam syurga.

Banyak lagi kita nak belajar tuan-tuan. Kita sama-sama azam belajar dan belajar takut dan harap kepada Allah lagi dan lagi, in sha Allah deh.

Allahua'lam.
 
Last edited:
Ilah yang tak berhak disembah, tak berhak disembah walaupun seluruh makhluk menyembahnya.

Ilah yang berhak disembah, berhak disembah walaupun seluruh makhluk ingkar perintahNya.

LA ILAHA ILLALLAH.
 
Tuan-tuan yang mulia,

Apa makna Iman? Makna Iman dari segi Bahasa ialah menerima dengan penuh yakin penyampaian seseorang yang tertentu kerana kepercayaan terhadapnya. Sementara dalam istilah agama pula makna Iman ialah menerima dengan yakin perkhabaran Rasulullah SAW tanpa melihat dengan mata sendiri semata-mata kerana mempercayai Baginda SAW.

LA ILAHA ILLALLAH.
 
Last edited:
Tuan-tuan yang mulia,

Kalau kita fikir kepentingan agama, Al Quran boleh dijaga dalam bentuk cetakan, tetapi amalan sunnah siapa nak jaga? Kita sendirilah yang kena pikul tugas ini tuan-tuan. Sunnah tak boleh disimpan dalam apa-apa jua bentuk melainkan kita kena amalkan dan ajak anak-anak dan orang lain amal sama.

LA ILAHA ILLALLAH.
 
Last edited:
Tuan-tuan yang mulia,

Kita juga perlu bare in mind, satu-satunya cara hidup yang Allah SWT redha ialah cara hidup yang diamalkan Rasulullah SAW, cara hidup lain Allah SWT tak redha.

Macam mana kita nak belajar dan latih amal sunnah 24 jam dalam kehidupan kita? Cuba tuan-tuan fikir.

LA ILAHA ILLALLAH.
 
Last edited:
MUNTAKHAB%20HADIS-500x500.jpg


Sebuah kitab yang menyenaraikan dalil-dalil dari Al-Quran dan Hadis-hadis tentang 7 perkara penting. Setaip bab dipecahkan kepada beberapa sub bab. Dan setiap sub bab disenaraikan ayat-ayat Al-Quran dan Hadis-hadis Rasulullah SAW berkenaan tentangnya. Bab-bab tersebut ialah:
1.Kalimah Toyyibah
2.Solat
3.Ilmu dan Zikir
4.Ikram Muslimin
5.Keikhlasan Niat
6.Dakwah dan Tabligh
7.Meninggalkan Perkara Sia-sia

Ketujuh-tujuh perkara penting ini disertakan kumpulan dalil-dalil dari Al-Quran dan Hadis. Kesemua perkara ini bukan keseluruhan agama tetapi dengan mengamalkan perkara-perkara ini maka mudahlah sesiapa sahaja mengamalkan agama secara keseluruhan.

LA ILAHA ILLALLAH.
 
Last edited:
Tuan-tuan yang mulia,

Kalau kita fikir bagaimana Sayyidina Abu Bakar RA menyahut seruan dakwah? Sayyidina Abu Bakar iaitu orang pertama akan masuk syurga selepas Nabi SAW, menyahut seruan dakwah sebaik sahaja Baginda SAW mengkhabarkan kerasulan Baginda SAW.
Sahut seruan dakwah sebaik sahaja di ajak ialah cara yang paling afdal dan paling cepat masuk syuga di akhirat nanti. Tirulah cara Abu Bakar RA, sahut sahaja sebaik di ajak.

LA ILAHA ILLALLAH.
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register