BTC USD 60,797.8 Gold USD 4,365.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

World Cup FIFA Women's World Cup

awek pun TT layan gak..ekeke
 
Perancis hadapi misi mustahil

MOENCHENGLADBACH, Jerman - Juru- latih Perancis, Bruno Bini menegaskan, pasukan itu perlu menampilkan aksi terbaik untuk menewaskan Amerika Syarikat (AS) pada saingan separuh akhir Piala Dunia Wanita 2011 awal pagi esok.

Selepas juara bertahan dan juara dua kali, Jerman serta fina- lis 2007, Brazil tersingkir awal, AS men- jadi satu-satunya pasukan pilihan yang berjaya meneruskan kemaraan.

Meskipun bergelut untuk layak ke pusi- ngan akhir pada kempen tahun ini, AS tidak pernah gagal untuk melayakkan diri pada kejohanan berprestij ini dan mereka adalah juara dua kali iaitu pada edisi sulung tahun 1991 serta 1999.

Selain menduduki ranking No. 1 dunia, AS juga adalah juara bertahan dan juara tiga kali Sukan Olimpik.

Sebaliknya, Perancis merupakan sebuah pasukan yang sedang meningkat naik selepas gagal melepasi aksi peringkat kumpulan pada penampilan tunggal tahun 2003.

Bini berkata, berdasarkan rekod tersebut, sesuatu yang mustahil untuk Perancis menewaskan AS.

"Mereka (AS) menduduki ranking No. 1 dunia. Mereka memiliki 2.5 juta pemain di kelab-kelab. Sudah tentu, mudah bagi mereka untuk memilih 21 pemain yang hebat berbanding kami yang hanya mempunyai 55,000 pemain di kelab-kelab," kata Bini.

"Tetapi kamu bukan juara Bawah 21 Eropah, mara suku akhir Eropah dan se- paruh akhir Piala Dunia yang tidak bersaing dengan cara yang sama."

Kedua-dua pasukan melalui nasib yang sama dalam laluan ke separuh akhir, menamatkan saingan di tempat kedua di kumpulan masing-masing selepas tewas satu perlawanan.

Perancis tewas 2-4 kepada Jerman dalam Kumpulan A, manakala AS dikejutkan dengan kekalahan 0-2 kepada Sweden pada aksi Kumpulan C.

Mereka juga mara ke suku akhir selepas berdepan satu perlawanan penuh drama- tik, menang menerusi penentuan sepakan penalti sebaik bermain 120 minit.

AS menewaskan Brazil 5-3 selepas perlawanan sebenar terikat 2-2, manakala Perancis menewaskan England 4-3 apabila kedua-dua pasukan seri 1-1. - AFP
 
Jepun di ambang kemasyhuran

FRANKFURT, Jerman - Jurulatih Jepun, Norio Sasaki menganggap kejayaan skuad kendaliannya mara ke pentas final kempen Piala Dunia Wanita 2011 umpama mimpi menjadi kenyataan.

Terdahulu, anak-anak buah Sasaki mencipta kejutan apabila menewaskan Sweden 3-1 pada aksi separuh akhir yang berlangsung di Stadium Frankfurt awal pagi semalam.

Atas kertas, Sweden pada awalnya diletakkan sebagai pasukan pilihan untuk memenangi perlawanan tersebut.

Ia terbukti apabila Sweden berjaya membuka tirai jaringan menerusi Josefine Oqvist seawal minit ke-10.

Namun Jepun kembali bangkit umpama 'singa kelaparan' apabila berjaya menjaringkan tiga gol bagi memastikan kemena- ngan mutlak menjadi milik Gergasi Asia itu.

Tiga gol tersebut hadir menerusi dua jaringan yang dilakukan Nahomi Kawasumi (19, 64) dan Homare Sawa pada minit ke- 59.

Jepun yang kini menduduki ranking keempat dunia, bakal berdepan cabaran Amerika Syarikat yang terlebih dahulu mengesahkan slot beraksi di pentas final selepas kejayaan menewaskan Perancis 3-1 dalam satu lagi pertemuan separuh akhir kelmarin.

Selepas empat bulan 'Negara Matahari Terbit' itu dilanda bencana tsunami dan gempa bumi, Sasaki menganggap bergelar juara pada kempen Piala Dunia Wanita kali ini pastinya akan memberi suntikan sema- ngat buat rakyat negara tersebut untuk kembali bangkit ekoran musibah yang menimpa mereka.

"Di Jepun, banyak pihak media yang membuat liputan dan perlawanan hari ini (awal pagi semalam) disiarkan secara langsung. Pihak-pihak media banyak bercerita mengenai pasukan ini.

"Kejayaan ini sangat baik untuk Jepun yang masih dalam dalam pemulihan selepas dilanda tsunami dan gempa bumi.

"Sekiranya kami bergelar juara, ia pasti akan memberikan suntikan semangat buat mangsa-mangsa bencana untuk kembali meneruskan kehidupan mereka.

"Pada aksi final nanti, kami tidak bimbang dengan keputusan yang akan kami peroleh kerana kami hanya mahu memberi tumpuan sepenuhnya terhadap corak permainan kami," kata Sasaki.

Sebelum ini, Jepun turut mencipta kejutan apabila menyingkirkan juara bertahan yang juga tuan rumah, Jerman hasil kemenangan tipis 1-0 pada aksi peringkat suku akhir. - AFP
 
Jepun, AS berentap buru mahkota juara

Masing-masing kecewakan wakil Eropah dengan kemenangan sama, 3-1

FRANKFURT: Jepun dan Amerika Syarikat mengesahkan kemaraan ke final kejohanan bola sepak Piala Dunia wanita selepas masing-masing mengecewakan prospek Eropah, Sweden dan Perancis dengan kemenangan sama, 3-1 di separuh akhir, kelmarin.

Gergasi Asia, Jepun dengan bergaya menewaskan Sweden di Frankfurt, manakala terdahulu AS menggunakan pengalaman luas mereka untuk menewaskan Perancis di Moenchengladbach.

Di sebalik nama timangan mereka ‘Nadeshiko’ atau bunga merah jambu yang melambangkan kelembutan dan kecantikan, Jepun nyata tidak boleh dipandang rendah selepas menewaskan juara bertahan dua kali, Jerman di suku akhir dan kini layak ke final pertama dalam sejarah mereka.

“Di Jepun, ketika ini adalah awal pagi, bagaimanapun terdapat ramai yang menonton perlawanan ini di rumah, yang memberikan kami kekuatan dan semangat,” kata jurulatih, Norio Sasaki.

“Itu sangat bagus untuk Jepun, kami masih di peringkat pemulihan,” tambahnya, merujuk kepada kejadian gempa bumi dan tsunami besar yang melanda negara itu empat bulan lalu.

Terdahulu, jaringan Lauren Cheney minit ke-9, Abby Wambach (79) dan Alex Morgan (82) memastikan AS di landasan tepat dalam usaha mereka untuk memburu kejuaraan buat kali ketiga selepas memenanginya pada 1991 dan 1999. - AFP
 
agak2 kalau skuad rajagopal main dgn tim piala dunia wanita nie boleh menang x?
 
Jepun tidak harap ganjaran wang

FRANKFURT, Jerman - Jepun tidak mengharapkan sebarang bonus diberikan sekiranya mereka berjaya muncul juara Piala Dunia Wanita 2011 esok. Sebaliknya, jurulatih Jepun, Norio Sasaki berkata, cukup sekadar pasukannya diberi sedikit penghargaan oleh Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA).

"Pada kami, setiap yang kami lakukan bukan kerana wang. Yang lebih penting adalah kami dapat menjadi sebahagian daripada kejayaan gemilang itu nanti," kata- nya.

Beliau berkata demikian selepas ditanya wartawan Jerman berhubung ganjaran yang bakal diterima pasukan itu sekiranya muncul juara. Soalan tersebut ditimbulkan media tempatan berikutan langkah Jerman yang menjanjikan ganjaran 60,000 euro (RM255,000) sekiranya negara itu mampu muncul juara dunia buat kali ketiga berturut-turut.

Bagaimanapun, Jerman disekat Jepun apabila tewas 0-1 pada suku akhir. Pada aksi separuh akhir kelmarin, Jepun berjaya menewaskan Sweden 3-1 untuk menempah pertemuan dengan Amerika Syarikat di pentas final. Sasaki berkata, skuad bimbingannya tidak boleh disamakan dengan Jerman dari segi pemberian ganjaran wang tetapi terserah kepada JFA untuk menentukannya. "Presiden (JFA) adalah orang yang paling tepat untuk ditanya soal ganjaran ini. Beliau akan memikirkannya," ujar Sasaki. - AFP
 
jepun juara...fulltime 2-2 ..penalti Jepun 3-AS 1
 
Back
Top
Log in Register