BTC USD 85,896.7 Gold USD 4,156.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

INT FIFA Asean Cup 2026

SmileAlways

Legendary Member
gem
Messages
16,177
Joined
Aug 11, 2014
Messages
16,177
Reaction score
1,133
Points
206
Fifa Asean Cup 2026
diiktiraf fifa,ada points utk ranking Fifa
ini penganjuran kali pertama
24 September – 5 Oktober 2026
melibatkan 14 negara. bangladesh, hong kong dan pakistan sebagai tetamu
960px-2026_FIFA_ASEAN_Cup.svg.png
 
laman rasmi
fifa.com/en/tournaments/mens/asean-cup/2026

format pertandingan
en.wikipedia.org/wiki/2026_FIFA_ASEAN_Cup
 
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengambil langkah rasmi dengan menuntut penjelasan daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berhubung perubahan tempoh masa tambahan ketika aksi Indonesia menentang Bangladesh dalam Piala ASEAN FIFA 2026, malam tadi.

FAM memandang serius isu berkenaan selepas masa tambahan yang pada awalnya ditunjukkan selama 2 minit kemudiannya berubah kepada 7 minit dalam aksi di Stadium Gelora Bung Karno Jakarta.

Sehubungan itu, badan induk bola sepak negara dalam satu kenyataan memaklumkan akan mengemukakan permohonan rasmi kepada FIFA bagi mendapatkan penjelasan mengenai asas, prosedur dan keadaan yang membawa kepada perubahan tempoh masa tambahan berkenaan.

Menurut kenyataan itu, pengurusan masa perlawanan adalah aspek penting bagi memastikan setiap aksi berlangsung secara adil, telus serta mengikut peraturan pertandingan yang ditetapkan.

"FAM ingin menegaskan bahawa pengurusan masa perlawanan adalah aspek penting dalam memastikan setiap perlawanan berlangsung secara adil, telus dan selaras dengan peraturan pertandingan yang ditetapkan," menurut kenyataan itu.

Perkara itu menjadi perhatian kerana perlawanan Indonesia-Bangladesh mempunyai kaitan langsung dengan persaingan menentukan kedudukan akhir Kumpulan A, sekali gus memberi kesan kepada penentuan pasukan yang layak ke final.

FAM turut menggesa FIFA meneliti insiden berkenaan serta memberikan penjelasan terperinci mengenai keputusan yang dibuat pegawai perlawanan, termasuk sama ada perubahan tempoh masa tambahan itu dilaksanakan mengikut prosedur dan peraturan yang berkuat kuasa.

Dalam aksi berkenaan, Indonesia yang sudah mendahului Bangladesh 7-2 berjaya menjaringkan dua gol pada penghujung perlawanan untuk melengkapkan kemenangan 9-2, keputusan yang membolehkan mereka mengatasi Malaysia bagi merebut tiket ke final.
 
Back
Top
Log in Register