BTC USD 76,522.5 Gold USD 4,373.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

INT Piala ASEAN 2026: Malaysia kalahkan Myanmar

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,195
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,195
Reaction score
346
Points
141

Piala ASEAN 2026: Malaysia kalahkan Myanmar​

3594741.webp

Malaysia memulakan kempen Piala ASEAN 2026 dengan langkah kanan selepas bangkit mengalahkan Myanmar 2-1 di Yangon. Foto: Myanmar Football Federation

[DIKEMAS KINI] HARIMAU Malaya memulakan kempen Piala ASEAN 2026 dengan langkah kanan selepas bangkit menewaskan Myanmar 2-1 dalam aksi pembukaan Kumpulan B di Stadium Thuwunna, Yangon, hari ini.

Ketinggalan seawal minit ke-10 menerusi jaringan Myat Kaung Khant, skuad kendalian Tan Cheng Hoe tidak panik sebelum mempamerkan kebangkitan pada babak kedua menerusi dua jaringan Paulo Josue.

Pemain tengah naturalisasi itu menjadi wira Malaysia apabila menyamakan kedudukan pada minit ke-51 sebelum menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-57 untuk memastikan tiga mata dibawa pulang dari Yangon.

Kemenangan itu cukup bermakna buat Harimau Malaya yang berdepan cabaran sukar selepas Myanmar terlebih dahulu menghukum kelalaian pertahanan negara menerusi serangan pantas.

Namun, Malaysia memperkemaskan permainan selepas rehat dengan meningkatkan tekanan ke atas tuan rumah sehingga berjaya mencipta ruang untuk menghasilkan dua jaringan penting.

Kejayaan meraih tiga mata di gelanggang lawan turut menepati sasaran Cheng Hoe yang sebelum ini mengingatkan anak buahnya supaya berwaspada terhadap corak permainan pantas serta ancaman serangan balas Myanmar.

Selepas ini, Harimau Malaya meneruskan cabaran Kumpulan B menentang Laos di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras pada 28 Julai, sebelum bertemu Thailand di Stadium Rajamangala, Bangkok pada 1 Ogos.

Skuad negara melengkapkan aksi kumpulan menentang Filipina di Cheras pada 8 Ogos.
 
Back
Top
Log in Register