Perancis hadapi misi mustahil
MOENCHENGLADBACH, Jerman - Juru- latih Perancis, Bruno Bini menegaskan, pasukan itu perlu menampilkan aksi terbaik untuk menewaskan Amerika Syarikat (AS) pada saingan separuh akhir Piala Dunia Wanita 2011 awal pagi esok.
Selepas juara bertahan dan juara dua kali, Jerman serta fina- lis 2007, Brazil tersingkir awal, AS men- jadi satu-satunya pasukan pilihan yang berjaya meneruskan kemaraan.
Meskipun bergelut untuk layak ke pusi- ngan akhir pada kempen tahun ini, AS tidak pernah gagal untuk melayakkan diri pada kejohanan berprestij ini dan mereka adalah juara dua kali iaitu pada edisi sulung tahun 1991 serta 1999.
Selain menduduki ranking No. 1 dunia, AS juga adalah juara bertahan dan juara tiga kali Sukan Olimpik.
Sebaliknya, Perancis merupakan sebuah pasukan yang sedang meningkat naik selepas gagal melepasi aksi peringkat kumpulan pada penampilan tunggal tahun 2003.
Bini berkata, berdasarkan rekod tersebut, sesuatu yang mustahil untuk Perancis menewaskan AS.
"Mereka (AS) menduduki ranking No. 1 dunia. Mereka memiliki 2.5 juta pemain di kelab-kelab. Sudah tentu, mudah bagi mereka untuk memilih 21 pemain yang hebat berbanding kami yang hanya mempunyai 55,000 pemain di kelab-kelab," kata Bini.
"Tetapi kamu bukan juara Bawah 21 Eropah, mara suku akhir Eropah dan se- paruh akhir Piala Dunia yang tidak bersaing dengan cara yang sama."
Kedua-dua pasukan melalui nasib yang sama dalam laluan ke separuh akhir, menamatkan saingan di tempat kedua di kumpulan masing-masing selepas tewas satu perlawanan.
Perancis tewas 2-4 kepada Jerman dalam Kumpulan A, manakala AS dikejutkan dengan kekalahan 0-2 kepada Sweden pada aksi Kumpulan C.
Mereka juga mara ke suku akhir selepas berdepan satu perlawanan penuh drama- tik, menang menerusi penentuan sepakan penalti sebaik bermain 120 minit.
AS menewaskan Brazil 5-3 selepas perlawanan sebenar terikat 2-2, manakala Perancis menewaskan England 4-3 apabila kedua-dua pasukan seri 1-1. - AFP