BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

FELCRA Nafi Ada Kaitan Dengan Tong Sisa Kimia Di Jempol

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
2b6a0fb12e4d0eefab12caac7ddcc3dd62c4326c15484

FELCRA Berhad

FELCRA Berhad menafikan sebarang kaitan dengan penemuan tong bahan kimia berhampiran Ladang Felcra Ayer Hitam, Negeri Sembilan.

FELCRA dalam kenyataan hari ini memaklumkan lokasi yang dinyatakan merupakan tanah persendirian dan bukan berada di bawah seliaan FELCRA.

“Penemuan telah dikenal pasti semasa rondaan rutin pada 14 April dan tindakan segera diambil dengan membuat laporan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

“FELCRA akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa termasuk Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan menyeru semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan selesai,” menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, media melaporkan penemuan 26 tong berisi sisa bahan kimia di kawasan kebun kelapa sawit di FELCRA Air Hitam, Seri Jempol.

 
Back
Top
Log in Register