combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,197
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,197
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Fashion Valet Terima RM19.5 Juta Daripada Khazanah Pada Mac 2018, Mahkamah Diberitahu
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) telah membuat dua transaksi pemindahan wang berjumlah kira-kira RM19.5 juta ke akaun milik syarikat fesyen tempatan, Fashion Valet Sdn Bhd (Fashion Valet), pada Mac 2018.Pengurus Cawangan CIMB Bank Berhad (CIMB) Cawangan Menara KL Sentral Lee Hui Nee, 58, berkata hasil semakan ke atas penyata akaun CIMB milik Khazanah mendapati transaksi pertama berjumlah RM7,848,000 direkodkan pada 23 Mac 2018 manakala transaksi kedua melibatkan RM11,742,000 pada 26 Mac 2018.
"Jumlah keseluruhan pemindahan wang bagi kedua-dua transaksi tersebut berjumlah RM19,590,000.
"Pembayaran bagi kedua-dua transaksi ini telah dilakukan melalui pemindahan wang secara rentas bank daripada akaun CIMB milik Khazanah kepada akaun Public Bank milik Fashion Valet Sdn Bhd," katanya.
Saksi pendakwaan keempat itu berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksinya pada hari keempat perbicaraan kes pengasas Fashion Valet, Datin Vivy Sofinas Yusof dan suaminya Datuk Fadzarudin Shah Anuar yang berdepan pertuduhan pecah amanah dana pelaburan Khazanah dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) berjumlah RM8 juta.
Lee menjelaskan pemindahan wang dibuat mengikut prosedur operasi standard bank selepas menerima surat arahan yang ditandatangani penandatangan sah Khazanah, selain pengesahan melalui panggilan telefon dengan pegawai yang diberi kuasa Khazanah.
Beliau mengesahkan bahawa hasil semakan lanjut ke atas penyata akaun Khazanah bagi tempoh antara 31 Jan 2017 hingga 31 Dis 2019 menunjukkan tiada sebarang pemindahan wang lain dilakukan ke akaun Fashion Valet selain daripada dua transaksi pada Mac 2018 itu.
Terdahulu, Penolong Pendaftar Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) R. Harshini, 36, mengesahkan tiada sebarang rekod pertukaran status atau peletakan jawatan oleh Vivy Sofinas dan Fadzaruddin sebagai pengarah syarikat dalam sistem pendaftaran korporat sepanjang tempoh 2012 hingga 2024.
Harshini berkata semakannya mendapati Vivy Sofinas dilantik sebagai Pengarah Fashion Valet pada 29 Sept 2010, Fadzarudin Shah pada 13 Dis 2012, manakala kedua-duanya dilantik sebagai pengarah 30 Maple Sdn Bhd secara serentak pada 9 Dis 2013 dan kekal sehingga 2024.