BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

1.5 juta rakyat SG bakal terima bayaran tunai GSTV pada Ogos

adi19

Fun Poster
Messages
766
Joined
Oct 30, 2013
Messages
766
Reaction score
3
Points
25

1.5 juta rakyat SG bakal terima bayaran tunai GSTV pada Ogos​

screenshot_2026-07-09_114952.jpg

Skim Baucar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GSTV) diperkenalkan menerusi Belanjawan 2012 bagi membantu rakyat Singapura berpendapatan rendah dan sederhana mengimbangi perbelanjaan GST mereka. (Gambar: TODAY/Natasha Meah)

SINGAPURA: Kira-kira 1.5 juta rakyat Singapura akan menerima bayaran tunai sehingga S$850 menerusi skim Baucar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GSTV) pada bulan depan, menurut Kementerian Kewangan (MOF) pada Khamis (9 Jul).

Untuk layak bagi baucar tersebut, penerima mesti berusia sekurang-kurangnya 21 tahun pada 2026 dan mempunyai pendapatan taksiran yang tidak melebihi S$39,000 pada 2025.

IKLAN

Warga Singapura dewasa dengan pendapatan taksiran sehingga S$39,000 dan tinggal di rumah dengan nilai tahunan sehingga S$21,000 akan menerima S$850.

Mereka yang tinggal di rumah dengan nilai tahunan antara S$21,000 hingga S$31,000 pula akan menerima S$450.

Pada masa yang sama, sekitar 710,000 warga emas Singapura yang layak akan turut menerima tokokan MediSave antara S$150 hingga S$450 menerusi GSTV – MediSave. Bayaran itu akan dimasukkan secara automatik ke dalam akaun CPF MediSave mereka.

Penerima yang layak akan menerima bayaran secara automatik mulai 7 Ogos sekiranya mereka pernah mendaftar bagi GSTV – Cash dan GSTV – MediSave sebelum ini. Mereka akan dimaklumkan menerusi SMS atau surat sebaik sahaja bayaran dimasukkan ke dalam akaun.

Menurut MOF, sebanyak S$1.4 bilion akan diagihkan menerusi pelaksanaan skim GSTV kali ini.

IKLAN

Warga Singapura boleh menyemak kelayakan mereka untuk menerima bayaran tersebut menerusi laman web GovBenefits.

Skim GSTV diperkenalkan dalam Belanjawan 2012 bagi membantu rakyat Singapura berpendapatan rendah dan sederhana mengimbangi perbelanjaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

 
Back
Top
Log in Register