BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kanak-kanak warga SG bakal terima Kredit LifeSG Anak S$500 mulai 14 Jul

adi19

Fun Poster
Messages
766
Joined
Oct 30, 2013
Messages
766
Reaction score
3
Points
25

Kanak-kanak warga SG bakal terima Kredit LifeSG Anak S$500 mulai 14 Jul​

screenshot_2026-07-13_122226.jpg

Kanak-kanak yang dilahirkan antara 2014 hingga 2025 akan menerima Kredit LifeSG Anak mereka mulai 14 Julai, manakala kanak-kanak yang dilahirkan pada 2026 akan menerimanya mulai April 2027. (Gambar: CNA/Ooi Boon Keong)

SINGAPURA: Keluarga-keluarga yang layak akan menerima Kredit LifeSG Anak berjumlah S$500 bagi setiap anak warga Singapura berusia 12 tahun ke bawah.

Kanak-kanak warga Singapura yang dilahirkan antara 2014 hingga 2025 akan menerima kredit itu mulai 14 Julai 2026.

IKLAN

Bagi kanak-kanak yang dilahirkan pada 2026, pembayaran akan dibuat pada April tahun depan, menurut MSF.

Bantuan itu adalah tambahan kepada bayaran S$500 yang diagihkan kepada lebih 450,000 kanak-kanak pada 2025 sebagai sebahagian daripada sokongan berterusan pemerintah bagi membantu menampung kos membesarkan anak.

Kredit itu boleh digunakan di premis fizikal dan online yang menerima pembayaran menggunakan kod QR PayNow UEN dan NETS QR.

Para keluarga boleh menggunakannya untuk menampung perbelanjaan isi rumah seperti barangan runcit, bil api air dan barangan farmasi.

Kredit LifeSG Anak akan dimasukkan secara automatik ke dalam pemegang amanah Akaun Pembangunan Kanak-Kanak (CDA) bagi kanak-kanak yang layak.

IKLAN

Tiada permohonan diperlukan.

Para pemegang amanah boleh mengakses kredit itu menerusi aplikasi LifeSG dan akan dimaklumkan melalui SMS sebaik sahaja kredit dimasukkan ke dalam dompet digital mereka dalam aplikasi itu.

Bagi mengelakkan penipuan, Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) turut mendedahkan bahawa pemberitahuan melalui SMS hanya akan dihantar daripada gov.sg.

"SMS tersebut hanya akan mengandungi maklumat mengenai status pembayaran serta terma dan syarat berkaitan. Pemegang amanah tidak akan diminta membalas SMS itu atau memberikan maklumat peribadi," tambah kementerian tersebut.

Pemegang amanah CDA dinasihatkan supaya memastikan nombor telefon bimbit dalam profil Singpass mereka dikemas kini bagi menerima pemberitahuan tersebut.

IKLAN

Maklumat lanjut boleh didapati di https://go.gov.sg/clc2026.

 
Back
Top
Log in Register