combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,173
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,173
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Wang RM20.3 Juta Dipindahkan Dari PNB Ke Fashion Valet - Saksi
Pengasas FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya Datuk Fadzarudin Shah Anuar yang berdepan pertuduhan pecah amanah dana pelaburan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) berjumlah RM8 juta, hadir pada perbicaraan mereka di Mahkamah Sesyen hari ini.
Mahkamah Sesyen hari ini diberitahu terdapat transaksi pemindahan wang RM20.3 juta dari Permodalan Nasional Berhad (PNB) ke Syarikat Fashion Valet Sdn Bhd.
Penolong Pengurus Maybank, Cawangan Jalan Tun Razak, Shamsiah Musa, 55, berkata dua transaksi pemindahan wang itu dibuat pada 4 Jun 2018 dan 20 Dis 2018.
"Saya telah menyemak semua penyata akaun bagi setiap bulan untuk 2018 dan saya sahkan hanya terdapat dua transaksi pemindahan wang dari akaun Malayan Banking Berhad milik PNB ke akaun Public Bank milik Fashion Valet Sdn Bhd," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksinya pada hari kedua perbicaraan kes pengasas FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya Datuk Fadzarudin Shah Anuar yang berdepan pertuduhan pecah amanah dana pelaburan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan PNB berjumlah RM8 juta.
Dirujuk penyata akaun PNB, saksi pendakwaan kedua itu mengesahkan transaksi pemindahan wang RM11,953,509 pada 4 Jun 2018 dan RM8,365,001 pada 20 Dis 2018.
Berhubung maklumat atau nota menunjukkan alasan atau tujuan transaksi pemindahan wang tersebut, Shamsiah berkata beliau tidak dapat mengesahkan perkara itu kerana tidak mempunyai akses kepada transaksi yang melebihi tempoh enam bulan dan semakan hanya boleh dibuat berdasarkan penyata bank tersedia.
Disoal peguam Datuk M. Athimulan mewakili pasangan suami isteri itu mengenai transaksi lebih RM20 juta berkenaan, Shamsiah berkata tiada pembekuan atau sekatan daripada pihak PNB selain mengesahkan transaksi yang dilakukan adalah sah dan telus.
Athimulan: Semasa pihak bank menerima dana daripada PNB, adakah PNB memberikan sebarang arahan supaya penggunaan wang tersebut dibekukan atau disekat?
Shamsiah: Tiada.