BTC USD 76,281.6 Gold USD 4,280.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sayed Amir Muzzakkir Minta Sebahagian Daripada RM19 Juta FI Perundingan Projek RMPNet - Saksi

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Sayed Amir Muzzakkir Minta Sebahagian Daripada RM19 Juta FI Perundingan Projek RMPNet - Saksi​

ce07d69b1fe6ec97fa137c90839cf7ab6a8592e87c7b9


Seorang saksi memberitahu Mahkamah Sesyen hari ini bahawa beliau sering didesak oleh bekas setiausaha politik kepada bekas Menteri Dalam Negeri Sayed Amir Muzzakkir Al Sayed Mohamad supaya memberikan sebahagian daripada kira-kira RM19 juta fi perundingan yang diperolehnya berhubung tender projek Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Fi perundingan itu berhubung tender Perkhidmatan Penyelenggaraan dan Pembekalan Alat Ganti Bagi Peralatan Infrastruktur, Server, Perisian dan Radio Pengguna Sistem RMPNet (RMPNet) untuk PDRM.

Pengarah Urusan Al Khairi Group Berhad Datuk Seri Mohd Khairi Mat Jahya, 43, berkata Sayed Amir Muzzakkir mahu mendapatkan bahagian itu kerana mendakwa telah memperkenalkannya kepada pemilik Nexuscorpgroup Sdn Bhd yang dikenali sebagai Wan Azhar, selain menemukan beliau dengan Menteri Dalam Negeri ketika itu Datuk Seri Hamzah Zainudin.

“Sayed juga mengatakan beliau telah membantu syarikat Nexuscorpgroup untuk mendapatkan projek RMPNet," kata saksi pendakwaan ke-15 itu ketika membacakan pernyataan saksi pada perbicaraan kes rasuah Sayed Amir Muzzakkir yang berdepan tiga pertuduhan membabitkan nilai RM350,000.

Terdahulu, Mohd Khairi yang mengenali tertuduh sejak 2003 berkata beliau dilantik sebagai konsultan kepada Nexuscorpgroup dengan fi sebanyak lima peratus daripada nilai keseluruhan kontrak sekiranya berjaya mendapatkan pertimbangan Menteri Dalam Negeri bagi projek berkenaan.

Saksi itu berkata pada 28 April 2020, Sayed Amir Muzzakkir mengatur pertemuannya dengan Hamzah dan beliau kemudian mendapatkan minit “Datuk KSU untuk pertimbangan” daripada menteri pada surat sokongan Nexuscorpgroup.

Mohd Khairi berkata beliau hanya mengetahui nilai keseluruhan kontrak iaitu RM359,539,662.50, selepas Nexuscorpgroup memperoleh Surat Setuju Terima berkaitan projek RMPNet, menjadikan fi perundingannya kira-kira RM19 juta.

Selepas dianugerahkan projek itu, saksi berkenaan berkata Sayed Amir Muzzakkir mula meminta sebahagian daripada fi tersebut iaitu kira-kira RM9 juta.

Beliau berkata Sayed Amir Muzzakkir terus-menerus mendesaknya dan mengugut untuk menghalang saksi itu daripada bertemu menteri jika permintaannya tidak dipenuhi dengan mengatakan "Aku akan block hang dari jumpa dengan menteri jika hang tak bersetuju untuk bagi bahagian aku".

 
Back
Top
Log in Register