BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sayed Amir Muzzakkir Minta Sebahagian RM19 Juta FI Perundingan Untuk Tujuan Politik - Saksi

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Sayed Amir Muzzakkir Minta Sebahagian RM19 Juta FI Perundingan Untuk Tujuan Politik - Saksi​

9aaa8a3ee466e2b8ca58732998f9a3476a609f11418d4

Sayed Amir Muzzakkir Al Sayed Mohamad

Seorang saksi memberitahu Mahkamah Sesyen hari ini bahawa Sayed Amir Muzzakkir Al Sayed Mohamad memintanya membayar sebahagian daripada RM19 juta fi perundingan yang diperolehnya berhubung tender projek Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tujuan politik bekas setiausaha politik kepada bekas Menteri Dalam Negeri itu.

Pengarah Urusan Al Khairi Group Berhad Datuk Seri Mohd Khairi Mat Jahya, 43, berkata demikian semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Atirah Mohd Azuarizanuddin pada perbicaraan kes Sayed Amir Muzzakkir yang berdepan tiga pertuduhan rasuah membabitkan nilai RM350,000.

“Sejujurnya setiap apa yang diminta dan ditanya oleh Sayed (Sayed Amir Muzzakkir) saya tidak pernah bersetuju untuk memberi. Pertanyaan (Sayed) di lokasi pertemuan adalah bertujuan untuk 'sebahagian' kalau boleh diberikan untuk tujuan politik,” katanya.

Saksi pendakwaan ke-15 itu bersetuju dengan timbalan pendakwa raya bahawa 'sebahagian' yang dimaksudkan adalah sebahagian daripada RM19 juta fi perundingan berkenaan.

Semalam, Mohd Khairi menerusi pernyataan saksinya menyatakan pada pertengahan April 2020, Sayed Amir Muzzakkir menghubungi beliau pada awal pagi, dan memaklumkan lokasi pertemuan dengan Pengarah Urusan Nexuscorpgroup Sdn Bhd (NSB), Wan Azhar Mohamed Yusof di pejabat syarikat Nexuscorpgroup.

Menurut saksi berkenaan, dalam perbualan itu Sayed Amir Muzzakkir turut berpesan supaya memastikan terdapat perbincangan mengenai jumlah yang akan diterimanya sekiranya syarikat tersebut memperoleh projek Perkhidmatan Penyelenggaraan dan Pembekalan Alat Ganti Bagi Peralatan Infrastruktur, Server, Perisian dan Radio Pengguna Sistem RMPNet (RMPNet) untuk PDRM.

Selain itu, Mohd Khairi berkata Sayed Amir Muzzakkir turut meminta ihsan daripada Mohd Khairi untuk membantu memberikan dana politik kerana tertuduh telah memperkenalkannya kepada syarikat Nexuscorpgroup dan Menteri Dalam Negeri yang ketika itu Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Ditanya Atirah mengapa saksi itu tidak memberikan sebahagian daripada RM19 juta kepada Sayed Amir Muzzakkir, Mohd Khairi menjawab "projek ini belum dapat gambaran, belum ada dokumen, belum dapat profil dan belum tahu latar belakang. Jadi tidak mungkin saya boleh terima dengan percakapan begini.”

Mohd Khairi berkata Wan Azhar meminta beliau menyediakan dummy invois berjumlah RM350,000, namun tidak mengetahui mengapa diminta berbuat demikian.

 
Back
Top
Log in Register