BTC USD 76,429.8 Gold USD 4,306.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sayed Amir Muzzakkir Minta 'Lump Sum' RM19 Juta Daripada Nexuscorpgroup Berkaitan Tender PDRM

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,177
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,177
Reaction score
346
Points
141
c60bcfcd0d626397969d3ccb56ae50986964e159894db

Sayed Amir Muzzakkir Al Sayed Mohamad. (Gambar Fail)

Mahkamah Sesyen hari ini diberitahu bahawa Sayed Amir Muzzakkir Al Sayed Mohamad meminta syarikat Nexuscorpgroup Sdn Bhd (NSB) membayar wang berjumlah RM19 juta secara 'lump sum' kerana syarikat itu telah memperoleh projek berkaitan tender perkhidmatan penyelenggaraan dan pembekalan alat ganti peralatan untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Pegawai Operasi NSB Azman Kamaruddin, 45, berkata Pengarah Urusan NSB Wan Azhar Mohamed Yusof memberitahunya bahawa bekas setiausaha politik kepada bekas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin itu meminta ‘portion’ lima peratus daripada nilai projek tender terbuka Pra-Kelayakan, Perkhidmatan Penyelenggaraan dan Pembekalan Alat Ganti bagi Peralatan Infrastruktur, Server, Perisian dan Radio Pengguna Sistem RMPNet untuk PDRM, yang kontrak itu berjumlah RM381 juta.

"Wan Azhar turut maklumkan kepada saya bahawa tujuan pembayaran ‘portion’ lima peratus kepada Sayed Amir Muzzakkir adalah kerana syarikat NSB telah memperoleh projek tender tersebut.

“Saya tidak tahu berkaitan saluran atau melalui syarikat mana untuk pembayaran ‘portion’ lima peratus ini," katanya menerusi pernyataan saksinya pada perbicaraan kes Sayed Amir Muzzakkir, 43, yang berdepan tiga pertuduhan rasuah membabitkan jumlah keseluruhan RM350,000.

Saksi pendakwaan kelapan itu berkata pada mulanya, Wan Azhar memaklumkan kepadanya bahawa Sayed Amir Muzzakkir meminta untuk ‘portion’ lima peratus itu dibayar secara 'lump sum' selepas tiga atau empat bulan dari tarikh Surat Setuju Terima, iaitu lebih kurang RM19 juta.

"Namun, Wan Azhar tidak setuju untuk membuat bayaran secara 'lump sum' kerana syarikat NSB tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membayar sejumlah wang RM19 juta kepada Sayed Amir Muzzakkir.

“Oleh sebab itu, Wan Azhar mencadangkan untuk membayar kepada Sayed Amir Muzzakkir secara berperingkat," katanya.

Menurut Azman, pada awal 2021, Wan Azhar memaklumkan kepadanya bahawa beliau pernah berjumpa dengan Sayed Amir Muzzakkir, namun tidak tahu berapa kali mereka pernah berjumpa dan tujuan perjumpaan tersebut kerana beliau (Azman) tidak terlibat dalam perjumpaan itu.

"Saya percaya bahawa Sayed Amir Muzzakkir yang membantu syarikat NSB untuk mendapatkan tender projek tersebut kerana dia merupakan Setiausaha Politik kepada Menteri Dalam Negeri ketika itu. Oleh demikian, Wan Azhar terpaksa membayar Sayed Amir Muzzakkir.

 
Back
Top
Log in Register