hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 27,545
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 27,545
- Reaction score
- 1,681
- Points
- 201
Lebih 50 laporan polis dilakukan berhubung isu penghinaan Institusi Diraja Johor
Johor Bahru: Masyarakat di Johor menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan terhadap aktivis dan pereka grafik, Fahmi Reza yang dilihat bersifat menghasut serta menghina Pemangku Sultan Johor dan institusi Diraja Johor.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor, Aznan Tamin berkata, laporan polis sedang dibuat secara meluas di seluruh Johor membabitkan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Persatuan Belia Negeri dan Daerah antaranya Majlis Belia Negeri Johor, Majlis Belia Daerah Johor Bahru, Majlis Gabungan Belia Mersing, Majlis Belia OKU Johor serta beberapa persatuan belia lain.
Katanya, kira-kira 20 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) seperti Rengit, Kota Iskandar, Kempas, Larkin, Yong Peng, Bekok, Semerah dan lain-lain turut tampil membuat laporan polis.
(membabitkan Mersing, Muar, Batu Pahat, Kluang, Segamat, Labis dan beberapa bahagian lain).
"Saya bersama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Khairin-Nisa Ismail @ Md On turut membuat laporan polis," katanya.
Beliau berkata, perbuatan tidak bertanggungjawab individu berkenaan secara jelas mencabar prinsip kedaulatan Raja Berperlembagaan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Menurutnya, hantaran sedemikian bukan saja menyinggung perasaan rakyat Johor, malah berpotensi mencetuskan kemarahan, keresahan dan ketegangan dalam masyarakat.
Katanya, jika dibiarkan, tindakan tidak bertanggungjawab ini boleh mengganggu keharmonian awam, keselamatan serta kestabilan sosial yang selama ini kita pelihara bersama.
"Saya ingin menegaskan bahawa Institusi Raja-Raja Melayu adalah tonggak utama perpaduan, kestabilan dan kelangsungan negara.
"Sebarang cubaan untuk merendahkan, mempersenda atau memprovokasi sentimen rakyat terhadap institusi ini adalah sama sekali tidak boleh diterima," katanya.
Beliau berkata, laporan polis ini dibuat bagi membolehkan menjalankan siasatan yang segera, telus dan menyeluruh.
Menurutnya, tindakan tegas wajar diambil mengikut peruntukan undang-undang sedia ada, termasuk Akta Hasutan 1948 dan mana-mana undang-undang berkaitan, demi menegakkan kedaulatan undang-undang.
"Dalam era digital hari ini, semua pihak dinasihatkan agar lebih bertanggungjawab dan berhemah dalam penggunaan media sosial, menghentikan sebarang bentuk provokasi serta menghormati undang-undang dan Institusi Diraja Johor demi memelihara keharmonian dan keamanan bersama.
"Isu ini diserahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut," katanya menerusi siaran media hari ini.