BTC USD 85,386.0 Gold USD 4,318.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wartawan Yang Ditahan Polis Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,877
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,877
Reaction score
290
Points
146
14ba5388585ff9c44261f5168ea8920669522b9a5e099

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayaah (JSJ) Bukit Aman Datuk M. Kumar

Wartawan yang ditahan polis tengah malam tadi telah dibebaskan dengan jaminan polis pada 1.15 petang hari ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk M Kumar mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama.

“Suspek telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan diambil dan telefon bimbitnya dirampas bagi bantu siasatan," katanya.

Terdahulu, Kumar dalam kenyataannya memaklumkan polis menahan seorang wartawan bagi membantu siasatan berhubung penularan rakaman video yang membangkitkan isu perkauman dalam satu wacana mengenai Palestin.

Kumar berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Kontroversi itu tercetus daripada ceramah awam berkaitan Palestin yang menampilkan ahli politik British, George Galloway, apabila soalan yang diajukan oleh wartawan Free Malaysia Today (FMT) dalam sesi tersebut menerima kritikan meluas dalam media sosial.

Difahamkan wartawan berkenaan telah meletakkan jawatan.

 
Back
Top
Log in Register