BTC USD 81,244.1 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Aktivis Dilepaskan Dengan Jaminan Polis

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,242
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,242
Reaction score
346
Points
141

Aktivis Dilepaskan Dengan Jaminan Polis​

ab17588800b86a091418f5548656b3036a9ea7b00acca


Aktivis yang direman bagi membantu siasatan kes pencerobohan tanah di Bukit Lagi di sini dilepaskan dengan jaminan polis selepas tempoh reman dua hari terhadapnya tamat hari ini.

Ketua Polis Daerah Kangar ACP Yusharifuddin Mohd Yusop berkata lelaki berusia 55 tahun itu dibebaskan pada 3 petang tadi.

“Dua kertas siasatan termasuk kes hasutan di media sosial berkaitan isu perobohan sebuah kuil dikemukakan kepada Pengarah Pendakwaan Negeri untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada Jumaat lepas, polis mengesahkan lelaki yang bekerja sebagai jururunding itu direman dua hari bagi membantu siasatan kes berunsur hasutan sebelum ditahan semula selepas tempoh reman awal terhadapnya berakhir pada Sabtu.

Kes pencerobohan tanah disiasat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan manakala kes hasutan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

 
Back
Top
Log in Register