BTC USD 82,332.7 Gold USD 4,184.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Facebook saman Teachbook

"book" umum je apa lak saman saman ni,Lainlah kalau diorang yang buat perkataan tu.
 
itu lum nengok market kat china lagik tuh..diaorang lagi laa keja mem pirate jer...youtube...diaorang ada youku..mercedes, bmw, eh..pendek kata..apa2 ajer yg top kat dunia nie..diaorang mesti klon haram..lagi cam hara* jad*h china ni..kenapa laa tak leh saman diaorg nie..x paham aku..

sng cite, china mmg ade lesen nk klon suma menda...
nk tau cite kn cari la...
 
adidos dgn adidas mcm mana ehhh....pensonic dgn panasonic...banyak lagi tu...bunyinya hampr sama jer...
 
tak cukup kaya lg ke tokey fesbuk ni..
 
Aku teringat dulu bila Mc Donalds saman Mc Curry
kerana penggunaan perkataan Mc yg merujuk
kpd Mc Donalds...
Tp Mc Curry menang kes tersebut dan mahkamah
memutuskan mereka tidak bersalah utk menggunakan
perkataan Mc.

070714_mcdonalds.jpg


mccurry_kl.jpg


Baca seterusnya..

Aku kekadang seronok bila membaca kes-kes yang dibicarakan di mahkamah kita ni. Adakalanya menggerunkan, adakalanya menghibakan, adakalanya nak tergelak pun ada

Kali ni aku nak cerita pasal sebuah restoran masakan India yang terletak di area Chow Kit yang diberi nama McCurry
ramai orang KL rasanya tahu restoran ni yang terletak dekat bangunan Hospital Pusrawi (lama), aku pun sempat singgah dua tiga kali pekena tosai kat situ nak dijadikan cerita, disebabkan perkataan ‘Mc’ dan warna logo restoran tu, syarikat burger antarabangsa, McDonald’s telah menyaman restoran itu kerana bagi mereka ia telah menimbulkan ‘kekeliruan’ kepada orang ramai.
Menurut peguam yang mewakili McDonald’s, tindakan McCurry jelas merupakan cubaan untuk mendapatkan keistimewaan secara tidak adil yang telah menjejaskan reputasi McDonald’s yang selama ini dikenali dengan jenama ‘Mc’.

Peguam yang mewakili McCurry pula mendakwa, ‘McCurry’ dicipta berdasarkan huruf singkatan “Malaysian Chicken Curry”, yang jelas merupakan konsep Malaysia.

Lawan punya lawan, last2 McDonald’s menang kes tu.

Disebabkan tak puas hati, taukeh Restoran McCurry buat rayuan kes ini ke Mahkamah Rayuan

Akhirnya setelah menimbang semasak-masaknya, tiga hakim yang membicarakan kes itu mendapati hakim sebelum ini tersilap ketika mengandaikan McDonald’s mempunyai monopoli terhadap penggunaan huruf awalan ‘Mc’.

Menurut Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Gopal Sri, McCurry tidak sama dengan McDonald’s dari segi stail dan makanan jualannya kerana ia hanya menjual makanan India manakala restoran itu menjual makanan segera seperti burger dan kentang goreng.

Menurut beliau, mahkamah turut mengambil kira bahawa tiada hidangan dalam kad menu Restoran McCurry yang menggunakan awalan huruf ‘Mc’.

Hakim Sri Ram berpuas hati wujud perbezaan terhadap bentuk pelanggan yang mengunjungi kedua-dua restoran itu iaitu McCurry biasanya dikunjungi oleh orang dewasa manakala McDonald’s menjadi kegemaran kanak-kanak.

Akhirnya McCurry diisytiharkan menang dalam kes ini dan tak perlu bayar satu sen pun kat McDonald’s, wow!!!

Hakim juga memberikan kebenaran pada taukeh Restoran McCurry untuk terus ‘maintain’ nama kedai makannya itu

Aku salute habis pada tiga2 hakim yang mengendalikan rayuan kes ini. Bagi aku ini keputusan yang sangat adil dan bijak

Walaupun aku takde share dalam Restoran McCurry, tetapi secara peribadi aku merasakan McDonald’s tak patut ‘menggertak’ mana-mana orang di dunia ni yang nak guna nama seakan-akan nama mereka, mereka takde hak okay!

Namun yang aku lebih kagum adalah kegigihan taukeh Restoran McCurry ini sendiri kerana tidak putus asa dalam memperjuangkan haknya walaupun lawannya lebih terkenal dan mempunyai cawangan hampir di seluruh dunia.


Sumber.
 
tak pasal2 techbook.com dapat free reputasi... :eek:
 
Back
Top
Log in Register