BTC USD 81,728.9 Gold USD 4,142.43
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Facebook saman Teachbook

demise_u

Super Active Member
Messages
6,049
Joined
May 11, 2008
Messages
6,049
Reaction score
101
Points
73
CALIFORNIA: Pengurusan laman Facebook mengemukakan saman terhadap web masyarakat perguruan baru, Teachbook.com, kerana menggunakan perkataan ‘book’ sebagai sebahagian nama, menurut dokumen mahkamah.

Facebook mengambil tindakan itu meskipun Teachbook belum dilancarkan dengan rasmi atas alasan ‘ia mengambil peluang daripada reputasi terkenal nama Facebook, lapor Wired.com yang dipetik akhbar The Telegraph, semalam. Tindakan saman itu difahamkan difailkan di sebuah mahkamah daerah California, awal minggu ini. Facebook yang memperoleh anggota ke 500 juta bulan lalu turut menuduh Teachbook mencabul, mencemar hak cipta dan bersaing secara tidak adil.

Teachbook yang dibentuk sebuah syarikat Amerika Syarikat dan dijadual dilancarkan akhir tahun ini, baru mempunyai 47 ahli. – Agensi
 
ini dipangggil copyright domain...........
 
bunyi hampir sama
pasti saman juta2 nie
 
laa book tu kat common name. nak saman2 lak. berapa banyak domain name ada perkataan book terutama yg mmg melibatkan buku & education. fb ni nak dia sorang je guna book ke.
 
takut mamat yahudi ni....

kalau aku buka web baru : mukabuku.com
agak2 kena saman tak ngan mamat ni? :))
 
Back
Top
Log in Register