BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ex-Hang Tuah Diserah Kepada Kerajaan Perak, Bakal Jadi Memorial Muzium KD Hang Tuah

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80

Ex-Hang Tuah Diserah Kepada Kerajaan Perak, Bakal Jadi Memorial Muzium KD Hang Tuah​

acdcc4a08d8dd556ed1c7641ae361fd56a66f79206667

\Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad (hadapan,tiga,kiri) bergambar sempena Majlis Penyerahan Kapal Ex-Hang Tuah daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kepada Kerajaan Negeri Perak di Himpitan 1, Pangkalan TLDM Lumut di sini, hari ini.

Kapal Ex-Hang Tuah yang diserahkan secara rasmi kepada kerajaan negeri Perak, hari ini bakal bertukar menjadi Memorial Muzium Kapal Diraja Hang Tuah, yang dijangka dibuka kepada orang ramai pada 2027, sekali gus menjadi produk pelancongan maritim baharu Perak.

Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata projek yang menggabungkan elemen warisan sejarah, pendidikan, pelancongan dan pembangunan komuniti itu, akan memastikan aset bersejarah berkenaan terus dipelihara dan dimanfaatkan untuk generasi akan datang.

Beliau berkata pembangunan memorial itu akan dilaksanakan menerusi kerjasama awam swasta (PPP) dengan Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc) dengan Aero Art Sdn Bhd, bagi menyelaras dan menyelia pelaksanaan projek berkenaan.

“Projek ini merangkumi taman awam terbuka secara percuma, zon komersial untuk usahawan tempatan, ruang aktiviti keluarga dan komuniti serta kemudahan bagi penganjuran program, pameran dan persidangan.

“Fasa pertama projek ini menelan kos sebanyak RM30 juta dan ia akan dilaksanakan secara berperingkat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis penyerahan kapal berkenaan oleh TLDM diwakili Panglima Armada Barat Laksamana Madya Datuk Baharudin Wan Md Nor, kepada kerajaan negeri Perak di  Pangkalan TLDM Lumut di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak Loh Sze Yee dan Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc Datuk Anuar Zainal Abidin.

Saarani berkata memorial muzium itu, akan dilengkapi taman awam terbuka yang boleh diakses secara percuma, zon komersial untuk usahawan tempatan, ruang aktiviti keluarga dan komuniti serta kemudahan bagi penganjuran program, pameran dan persidangan.

Beliau berkata pembangunan itu juga dirancang bagi menghidupkan semula kawasan Marina Wing dan Esplanade di Lumut, melalui pertambahan kehadiran pengunjung, peningkatan aktiviti perniagaan serta pewujudan peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.

 
Back
Top
Log in Register