BTC USD 84,141.7 Gold USD 4,132.68
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Equanimity dibida separuh harga

Bidaan Equanimity bermula Isnin, deposit AS$1 juta​

Diterbitkan 26 Okt 2018, 12:19 tengah hari

dbfe3fb69606337be67b528b80e5368f.jpeg

Proses bidaan untuk kapal persiaran mewah Equanimity bernilai AS$250 million (RM1 billion) akan bermula Isnin depan.

Proses itu akan mengambil masa sebulan sehingga 28 November.

Peguam 1MDB berkata pembida perlu meletakkan deposit AS$1 juta untuk proses itu.

“Hari ini kami muktamadkan iklan kapal itu di media tempatan dan antarabangsa dan terma yang perlu dipenuhi dengan pendaftar dan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

“Apa yang penting mereka akan ada clean title (kapal itu).

“Deposit ini untuk pastikan hanya pembida serius terlibat,” katanya.

https://www.malaysiakini.com/news/449066
 
Kebenaran mahkamah AS dipohon untuk jual pesawat Jho Low​

Diterbitkan 26 Okt 2018, 10:40 pagi | Dikemaskini 26 Okt 2018, 10:52 pagi

c4a07a0fdba113a9f5236b56d73bb6e7.jpg

Jabatan Keadilan AS (DOJ) dan Global One Aviation (Global 5000) Ltd memohon kebenaran mahkamah California untuk menjual pesawat yang dikaitkan dengan ahli perniagaan, Low Taek Jho.

Ini sementara menunggu keputusan muktamad berhubung saman pelucutan sivil oleh DOJ untuk merampas pesawat yang kini diletakkan di lapangan terbang Seletar Singapura.

Sekiranya jualan interlokutori dibenarkan, pemenang dalam saman itu akan memperoleh hasil jualan, yang disimpan dalam akaun yang dikenakan faedah selepas ditolak yuran dan perbelanjaan.

Menurut pemfailan mahkamah yang dilihat oleh Malaysiakini, pihak-pihak berkenaan telah bersetuju bahawa jualan yang dicadangkan itu adalah wajar dan perlu sementara menunggu penyelesaian saman itu.

Antara lain, pihak-pihak tersebut menyatakan bahawa pesawat itu berisiko mengalami susut nilai dan kerosakan kerana ia tidak digunakan sepanjang tempoh yang diambil untuk menyelesaikan saman itu, jika tidak dijual kepada pihak ketiga.

"Perbelanjaan untuk menjaga pesawat itu (juga) berlebihan dan / atau tidak seimbang dengan nilai pasaran," kata pihak terbabit.

Setelah menerima kebenaran mahkamah untuk meneruskan jualan, pihak-pihak berkenaan dalam masa 15 hari akan mengadakan proses pembidaan terbuka bagi pesawat itu, dan akan menerima tawaran yang dihantar secara bertulis selama 25 hari daripada tarikh ia bermula.

Ia juga menyatakan bahawa pihak-pihak tersebut sepatutnya bersetuju dengan harga rizab minimum bagi pesawat itu.

Dokumen mahkamah juga menyatakan bayaran akan diagihkan di antara pihak-pihak berkenaan, termasuk sebagai bayaran kepada Jet Aviation - sebuah firma swasta yang telah menyimpan pesawat itu di Lapangan Terbang Seletar selama 18 bulan.

Pada Ogos lalu, The Straits Times Singapura melaporkan jumlah yang terhutang kira-kira sebanyak RM3.5 juta.

Pesawat jenis Bombardier Global 5000 yang dikaitkan dengan Low adalah sebahagian daripada aset bernilai AS$ 1.7 bilion yang didakwa diperoleh daripada dana 1MDB.

https://www.malaysiakini.com/news/449047
 
di mana lah J lo....?

ramai mencari....dulu hati manyak senang...sikalang hati manyak susah wooo
 
Bidaan Equanimity bermula Isnin, deposit AS$1 juta​

Diterbitkan 26 Okt 2018, 12:19 tengah hari

Proses bidaan untuk kapal persiaran mewah Equanimity bernilai AS$250 million (RM1 billion) akan bermula Isnin depan.

Proses itu akan mengambil masa sebulan sehingga 28 November.

Peguam 1MDB berkata pembida perlu meletakkan deposit AS$1 juta untuk proses itu.

“Hari ini kami muktamadkan iklan kapal itu di media tempatan dan antarabangsa dan terma yang perlu dipenuhi dengan pendaftar dan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

“Apa yang penting mereka akan ada clean title (kapal itu).

“Deposit ini untuk pastikan hanya pembida serius terlibat,” katanya.

https://www.malaysiakini.com/news/449066

untung sapa dapat di bawah harga pasaran :D:D:D
 
mahalnya kapal tu..lebih dari 100 juta. apa benda yang ada kat dalam tu smp mahal macam tu
 
boleh tukar lirik lagu bobo di mana jadi jho low di mana
 
Boleh ke jual harta peribadi milik seseorang tnpa kebenaran owner..?
 
Boleh ke jual harta peribadi milik seseorang tnpa kebenaran owner..?

tn hj, Mahkamah dah buat penghakiman bahwa anak-anak syarikat 1MDB - 1MDB Energy Holdings Ltd dan 1MDB Global Investment Ltd - adalah pemilik sah kapal layar Equanimity.

The High Court (Admiralty) has ruled that the government and three others are the rightful owners of the luxury yacht Equanimity.

This, the court ruled, was because funds from 1Malaysia Development Bhd (1MBD) - a company fully controlled by the Finance Ministry - was used to purchase it.

jadi ni bukan hakmilik peribadi..
 
Lorhhh kiranya kapal ni milik atas nama sykt 1mdb lah yer... tp jho low punya nama yg naik sebagai pemilik...
 
Dalam kes Equanimity ni ada dua prosiding; prosiding foreclosure dan prosiding saman sivil.

Undang undang peruntukkan yg kapal Equanimity ni boleh dilelong dan dalam masa yg sama penghutang (dalam kes ni pemilik kapal Equanimity) boleh diambil penghakiman terhadapnya oleh Pemiutang (dalam kes ni kerajaan Malaysia dan syarikat 1MDB) utk pemiutang ambik balik amaun yg terhutang oleh penghutang..

Kiranya Kerajaan dan syarikat 1MDB ni memohon dari Mahkamah utk Mahkamah isytiharkan kapal tersebut milik kerajaan dan syarikat 1MDB kerana kapal tersebut dibeli daripada duit duit 1MDB..

PROSIDING FORECLOSURE (TEBUS LELONG)

1)

SEBUTAN pada 17/8/2018

1.kerajaan Malaysia +
2.1MDB Development Bhd.
3 &4.bersama dua syarikat subsidiarinya, 1MDB Global Investment Limited dan 1MDB Energy Holdings Limited

PLAINTIFF

vs

pemilik kapal, Vesel Equanimity dari Kepulauan Cayman

SOLE DEFENDANT

Objektif permohonan:
1.untuk memohon kapal itu dijual dan pada masa sama,
2.untuk memohon satu perisytiharan bahawa kumpulan 1MDB adalah pemilik kapal yang sah.

Hujah:
kapal bernilai RM1 bilion itu dipercayai sebahagian daripada aset dibeli menggunakan dana 1MDB boleh dijual sementara menunggu proses litigasi, menerusi cara paling telus kerana pihak Plaintiff perlu mendapatkan wang daripada kapal itu.
Maksudnya, 1MDB sepatutnya menjadi pemilik sah Equanimity sejak dibeli dengan menggunakan dana 1MDB, dengan menyebut tuduhan dalam saman sivil DOJ yang juga bertujuan merampas kapal itu

2)
SEBUTAN pada 24/8/2018

1.kerajaan Malaysia +
2.1MDB Development Bhd.
3 &4.bersama dua syarikat subsidiarinya, 1MDB Global Investment Limited dan 1MDB Energy Holdings Limited

PLAINTIFF

vs

1.pemilik kapal, Vesel Equanimity dari Kepulauan Cayman
FIRST DEFENDANT
2.syarikat Equanimity (Cayman) Ltd beralamat di United Kingdom
SECOND DEFENDANT

Mahkamah Tinggi (Admiraliti) Kuala Lumpur
Dalam Kamar
Coram:
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Khadijah Idris
Peguam Sitpah Selvaratnam mewakili kerajaan
Peguam Ong Chee Kuan mewakili 1MDB Development Bhd.

Objektif permohonan:
=untuk menjual kapal mewah Equanimity yang didakwa milik Jho Low.
=Untuk mendapatkan perintah penilaian dan penjualan dikemukakan kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dua subsidiarinya Global Investment Limited serta Energy Holdings Limited
=mengikut Perintah 29 Aturan 4 Kaedah Mahkamah 2012.

Keputusan Mahkamah:-

1.Mahkamah membenarkan permohonan itu
1.Atas alasan bagi mengelakkan kos penyelenggaraan tinggi, selain ia boleh menyebabkan kerosakan sehingga aset itu susut nilai dan alasan keselamatan.

3)

SEBUTAN pada 5/10/2018

1.kerajaan Malaysia +
2.1MDB Development Bhd.
3 &4.bersama dua syarikat subsidiarinya, 1MDB Global Investment Limited dan 1MDB Energy Holdings Limited

PLAINTIFF

vs

pemilik kapal, Vesel Equanimity dari Kepulauan Cayman

SOLE DEFENDANT

Mahkamah Tinggi (Admiraliti) Kuala Lumpur
Dalam Kamar
Coram:
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Khadijah Idris
Peguam Sitpah Selvaratnam mewakili kerajaan
Peguam Ong Chee Kuan mewakili 1MDB Development Bhd.

Objektif permohonan bagi perintah jualan:

1.asked for the sale of the ship, bunkers, fuel, lubricants and other consumables on board to be conducted via public tender or private treaty by the Admiralty Court’s sheriff
2.wanted the sheriff to receive bids or offers for the vessel and the bunkers and for the purchase price to be paid to the sheriff in US dollars or euros or ringgit

Hujah:
the proceeds of the sale of the vessel should be paid into court and placed in a bank account in Malaysia as approved by the accountant-general.

Keputusan Mahkamah:-
1.Kerajaan dibenarkan melantik broker asing bagi menjalankan urusan penjualan kapal layar mewah milik ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low.

Penjelasan:
2.bermula hari ini broker itu dan jurunilai antarabangsa akan melakukan kerja dokumentasi seperti urusan iklan dan memorandum maklumat.

Jurunilai-penilai yang dilantik pula hanya satu syarikat daripada United Kingdom.
Tender dibuka dan meminta sesiapa saja untuk memasukkan tawaran dan cadangan mereka berhubung penilaian dan pemasaran kapal.
Daripada keseluruhan pilihan kami mahkamah mengesahkan pelantikan penilai itu.
penilai akan menyediakan laporan mereka dan ia adalah sulit untuk menentukan harga

Broker yang dilantik-broker asing yang terkenal di peringkat antarabangsa dalam industri kapal layar.
Hanya seorang broker dilantik manakala broker lain boleh mengemukakan permohonan dan bekerjasama bagi mendapatkan maklumat

PROSIDING SAMAN SIVIL

SEBUTAN pada 19/10/2018

Mahkamah Tinggi (Admiraliti) Kuala Lumpur
Dalam Kamar
Coram:
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Khadijah Idris
Peguam Sitpah Selvaratnam mewakili kerajaan
Peguam Ong Chee Kuan mewakili 1MDB Development Bhd.
Defendan TIDAK HADIR

Objektif permohonan:
1.untuk memohon kapal itu dijual dan pada masa sama,
2.untuk memohon satu perisytiharan bahawa kumpulan 1MDB adalah pemilik kapal yang sah.

Setelah Defendan tidak Hadir, Keputusan Mahkamah adalah seperti berikut:-
1.anak-anak syarikat 1MDB - 1MDB Energy Holdings Ltd dan 1MDB Global Investment Ltd - adalah pemilik sah kapal layar Equanimity.
2.Keputusan Mahkamah bukan sahaja mengambil kira ketiadaan apa-apa cabaran kepada tuntutan kerajaan dan 1MDB, tetapi juga merit hujah-hujah Plaintiff.
 
Back
Top
Log in Register