BTC USD 80,891.3 Gold USD 4,123.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Equanimity dibida separuh harga

Lorhhh kiranya kapal ni milik atas nama sykt 1mdb lah yer... tp jho low punya nama yg naik sebagai pemilik...

tn hj, dalam kes ni pemilik kapal ni adalah pemilik kapal, Vesel Equanimity dari Kepulauan Cayman. tapi memandangkan berdasarkan bukti bukti rekod rekod yg ada dlm simpanan kerajaan dan 1MDB, kapal ni telah dibeli dengan menggunakan duit dari 1MDB.

Oleh itu kerajaan dan 1MDB nak ambik balik semua jumlah terhutang dari pemilik kapal tu dan nak Mahkamah isytihar kerajaan dan 1MDB tu pemilik kapal tu dengan jual kapal ni

Kira kan Mahkamah benarkan permohonan kerajaan dan 1MDB sebagai pemilik kapal memandangkan berdasarkan bukti bukti rekod rekod yg ada dlm simpanan kerajaan dan 1MDB, kapal ni telah dibeli dengan menggunakan duit dari 1MDB
 
So kiranya dgn bahasa mudah kapal ni milik kerajaan juga lah ye..
 
tn hj, dalam kes ni pemilik kapal ni adalah pemilik kapal, Vesel Equanimity dari Kepulauan Cayman. tapi memandangkan berdasarkan bukti bukti rekod rekod yg ada dlm simpanan kerajaan dan 1MDB, kapal ni telah dibeli dengan menggunakan duit dari 1MDB.

Oleh itu kerajaan dan 1MDB nak ambik balik semua jumlah terhutang dari pemilik kapal tu dan nak Mahkamah isytihar kerajaan dan 1MDB tu pemilik kapal tu dengan jual kapal ni

Kira kan Mahkamah benarkan permohonan kerajaan dan 1MDB sebagai pemilik kapal memandangkan berdasarkan bukti bukti rekod rekod yg ada dlm simpanan kerajaan dan 1MDB, kapal ni telah dibeli dengan menggunakan duit dari 1MDB

jap ya cek mek...apa maksud jumlah terhutang dari pemilik kapal :-?:-?:-?
 
jap ya cek mek...apa maksud jumlah terhutang dari pemilik kapal :-?:-?:-?

tn marvelous, jumlah terhutang tu bermaksud nilai duit yg dah diambil oleh pemilik kapal dari 1MDB utk membeli kapal ni.

jadi pemilik kapal ni gagal/abai/ingkar/enggan utk membayar balik/memulangkan kembali duit yg dia ambik dari 1MDB setelah banyak notis diberikan oleh kerajaan dan 1MDB kepada pemilik kapal ni..

oleh itu, kerajaan dan 1MDB mengambil tindakan undang undang, memohon Mahkamah mengsytiharkan kerajaan dan 1MDB pemilik kapal ni (setelah banyak rekod bukti dan dokumen yg menunjukkan pemilik kapal ni ambik duit dari 1MDB utk membeli kapal ni) dan seterusnya mengarahkan kapal ini dilelong utk pihak kerajaan dan 1MDB memperolehi balik nilai duit yg terhutang oleh pemilik kapal tu..

tn marvelous, proses ni sama macam kes foreclosure (tebus lelong) hartanah. pemohon pinjaman bank apply loan dari bank utk beli rumah contohnya. jadi dalam tempoh pembayaran ansuran bulanan tu, pemohon pinjaman ni gagal utk membayar ansuran bulanan dia,
maka bank setelah bagi beberapa notis dan pemohon masih gagal utk melunaskan tunggakan ansuran tu, bank akan mohon dari Mahkamah utk apply tebus lelong rumah tu utk dapatkan kembali jumlah terhutang.
 
Pemuja najib dan jho low tak kesah ke hal ini...??
 
ooo...maksudnya beli kapal ni memang sah amik duit 1MDB...based kepada dokumen yang telah di bukti kan....

terima kasih cek mek....siap bagi contoh lagi....:)cgrock
 
Kapal layar mewah Equanimity mula dilelong hari ini​

October 29, 2018 4:36 PM

Equanimity-1MDB-reuters.jpg

1MDB dan kerajaan berharap untuk melepaskan pemilikan Equanimity menjelang pertengahan Disember ini. (Gambar Reuters)

KUALA LUMPUR: Kapal layar mewah Equanimity akan dilelong bermula hari ini berikutan perintah mahkamah membenarkan kapal tersebut dilelong kepada orang awam bagi mendapatkan semula wang yang dikaitkan dengan 1MDB.

Peguam Ong Chee Kwan, yang mewakili 1MDB dan 2 anak syarikatnya, bertemu pesuruhjaya kehakiman Mahkamah Tinggi Khatijah Idris Jumaat lepas bagi mendapatkan kelulusan berhubung terma dan syarat jualan itu berkata, proses bidaan akan berjalan selama sebulan hingga 28 Nov depan.

“Kita juga akan iklankan lelongan tersebut dalam akhbar tempatan dan antarabangsa,” katanya.

Seorang lagi peguam mewakili 1MDB, M Joseph berkata, pembida yang berminat perlu membayar deposit sebanyak AS$1 juta untuk tujuan bidaan tersebut.

Beliau berkata, satu pusingan kelayakan akan diadakan dalam proses bidaan bagi memastikan hanya pembeli tulen mengambil bahagian.

“Kami mahu memastikan hanya pembeli serius tampil membuat bidaan,” katanya.

Ong berkata, sebaik sahaja bidaan diterima, satu surat akan dikeluarkan kepada pembida.

“Pembeli perlu membayar 10% daripada harga jualan dalam tempoh 5 hari perbankan, sementara baki 90% dibayar dalam tempoh 10 hari berikutnya.”

Beliau berkata, 1MDB dan kerajaan berharap untuk melepaskan pemilikan Equanimity menjelang pertengahan Disember ini.

Mahkamah Tinggi sebelum ini memberi lampu hijau kepada 1MDB dan kerajaan untuk melantik broker dan penilai bagi menjual kapal layar berkenaan, yang dipercayai dibeli oleh ahli perniagaan Jho Low pada harga RM1 bilion.

Penyiasat AS mendakwa Low menggunakan wang yang dicuri daripada 1MDB untuk membeli kapal layar itu.

Equanimity kini berlabuh di sebuah terminal di Pelabuhan Kelang selepas pihak berkuasa Indonesia menyerahkannya kepada Malaysia.

Ia dirampas pada Feb tahun ini oleh kerajaan Indonesia atas permintaan pihak berkuasa AS dalam satu penyiasatan rasuah oleh Jabatan Kehakiman negara itu melibatkan wang puluhan bilion dolar yang dikaitkan dengan 1MDB.

Bagaimanapun mahkamah Indonesia memutuskan pada April bahawa kapal layar itu dirampas secara salah dan mengarahkan ia diserahkan kepada pemiliknya.

https://www.freemalaysiatoday.com/c...ayar-mewah-equanimity-mula-dilelong-hari-ini/
 
Mahkamah AS benarkan pesawat Jho Low dilelong segera​

Diterbitkan 1 Nov 2018, 10:39 pagi | Dikemaskini 1 Nov 2018, 10:45 pagi

8a846f5feb437af225ce88e946f065e4.jpg

Sebuah mahkamah persekutuan AS telah memberi kebenaran untuk melelong pesawat persendirian yang dibeli oleh Jho Low, yang didakwa menggunakan dana yang diselewengkan daripada 1MDB,

Global One Aviation (Global 5000) Ltd., dalam satu kenyataan semalam berkata mahkamah telah meluluskan permohonan itu yang dibuat oleh Jabatan Kehakimanan AS, dijalankan segera.

Pemfailan mahkamah berkata lelongan pesawat Bombardier Global 5000 jet akan diadakan dua minggu dari sekarang, dan akan dibuka selama 25 hari.

Hasil lelongan itu akan disimpan oleh AS sehingga hak pelbagai pihak terhadap jet itu ditentukan oleh mahkamah.

Global One Aviation kemudian mengkritik Putrajaya berhubung rampasan kapal layar mewah Equanimity.

"Hak dan perlindungan ini ditanggung oleh AS, dan lebih penting, memandangkan jet itu kini berada di Singapura.

Global One Aviation adalah badan amanah yang ditubuhkan untuk menjaga Bombardier jet mengikut undang-undang AS, dan ia memfailkan tuntutan ke atas pesawat itu dalam saman DOJ untuk merampasnya.

Firma Perhubungan Awam yang menghantar kenyataaan badan amanah itu, sebelum ini mengeluarkan kenyataan dari Equanimity (Cayman) Ltd, syarikat yang ditubuhkan untuk mengendalikan dan menyelenggara kapal layar itu.

DOJ mendakwa Loh menggunakan AS$35 juta yang diseleweng dari dana 1MDB untuk membeli jet pada tahun 2009.

Jet itu telah disita oleh pihak berkuasa Singapura pada tahun 2017.

Sebaik sahaja dijual, hasilnya akan dibayar kepada Jet Aviation - firma swasta yang menjaga pesawat itu di hanger miliknya di Lapangan Terbang Seletar selama 18 bulan sekarang.

Pada bulan Ogos, The Straits Times of Singapore melaporkan bahawa jumlah yang terhutang kepada Jet Aviation telah mencapai kira-kira RM3.5 juta.

Global One Aviation (Global 5000) Ltd., dalam satu kenyataan semalam berkata mahkamah telah meluluskan lelongan itu, yang turut dipohon oleh Jabatan Kehakiman AS untuk diadakan secepat mungkin.

https://www.malaysiakini.com/news/449919
 
Back
Top
Log in Register