BTC USD 62,006.8 Gold USD 4,258.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Equanimity dibida separuh harga

Belum ada pihak tampil tuntut hakmilik Equanimity

Diterbitkan 15 Nov 2018, 12:53 tengah hari

dbfe3fb69606337be67b528b80e5368f.jpeg


PARLIMEN l Sehingga kini, tidak ada pihak yang tampil untuk mencabar perintah mahkamah Malaysia berkenaan hak untuk menjual kapal layar mewah ‘Equanimity’ yang dikaitkan dengan skandal 1MDB dan ahli perniagaan kontroversi Low Taek Jho.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hanipa Maidin berkata Low yang lebih dikenali sebagai Jho Low sepatutnya mencabar perintah mahkamah jika kapal itu adalah miliknya dan tidak boleh dijual.

"Saya hairan kalau mereka mempertikaikan bahawa kapal ini milik seseorang, kalau Jho Low rasa kapal ini miliknya, sepatutnya mereka cabar di mahkamah,” katanya menjawab soalan tambahan Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang) yang mahu kepastian bahawa kapal itu adalah milik Jho Low pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Hanipa berkata memorandum maklumat berkenaan penjualan kapal mewah itu juga jelas menyatakan bahawa tidak ada mana-mana pihak yang telah membantah tindakan jualan itu.

Beliau menjelaskan, dengan perintah mahkamah itu, segala urusan pendaftaran di Pulau Cayman di mana ‘Equanimity’ didaftarkan telah tamat manakala pembida yang berjaya untuk membeli kapal itu nanti akan mendapat hak milik sah terhadapnya.

‘Equanimity yang dilaporkan dibeli dengan dana 1MDB yang diselewengkan telah disita kerajaan Malaysia pada 7 Ogos lepas dan pada 19 Okt Mahkamah Tinggi mengisytiharkan ia adalah milik kerajaan Malaysia dan 1MDB.

Mahkamah Admiralti pada 26 Okt meluluskan terma dan syarat bagi proses bidaan kapal itu dari 29 Okt hingga 28 Nov ini.

Dalam pada itu, Hanipa juga menggesa Jho Low supaya balik ke Malaysia untuk menghadapi tuduhan dan mempertahankan dirinya.


Tambahnya, mana-mana pihak yang menpunyai maklumat untuk membawa balik Jho Low harus berhubung terus dengan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Menjawab soalan asal Teh Kok Lim (PH-Taiping), Hanipa berkata nilai jualan ‘Equanimity’ semasa proses penjualan tidak dapat didedahkan selaras dengan perintah mahkamah.

Semua tawaran untuk membelinya adalah dibuat terus kepada sherif mahkamah dan sherif mahkamah diberi kuasa untuk menerima bidaan tertinggi yang dibuat, katanya.

- Bernama

https://www.malaysiakini.com/news/451980
 
Sehingga kini, tidak ada pihak yang tampil untuk mencabar perintah mahkamah Malaysia berkenaan hak untuk menjual kapal layar mewah ‘Equanimity’ yang dikaitkan dengan skandal 1MDB dan ahli perniagaan kontroversi Low Taek Jho.


jadi jelas lah ya.....kapal ni penuh dengan bermasalah
 
Mukhriz tidak tahu The Equanimity berada di Langkawi

15 November 2018 1:57 PM

Di luar bidang kuasa kerajaan negeri
image.jpeg


ALOR SETAR 15 Nov. - Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menegaskan kerajaan negeri tidak tahu menahu tentang keputusan Kerajaan Pusat memindahkan kapal layar mewah, The Equanimity dari Pelabuhan Klang, Selangor ke Langkawi.

Kata Mukhriz, pihaknya juga tidak dimaklumkan berhubung perkembangan terkini kapal layar mewah berkenaan.


Walau bagaimanapun katanya, perkara berkaitan kapal layar kontroversi itu adalah di luar bidang kuasa kerajaan negeri.

“Saya tidak tahu (The Equanimity di Langkawi). Apa tujuan ia berada di sini?

“Kita tak dimaklumkan dan tak perlu tahu pun,” jawabnya ringkas ketika sidang akhbar selepas ucapan pengulungan beliau di Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan, Kapal layar The Equanimity berlabuh di Pangkalan Laut Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM ) di Jalan Bukit Malut dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, kapal layar mewah itu tiba di sini pada pukul 10.30 pagi dari Pelabuhan Klang, Selangor.

Pada Ogos lepas, kerajaan memutuskan bahawa The Equanimity yang didakwa dibeli menggunakan dana yang diseleweng daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dijual sekiranya tiada mana-mana pihak mempertikaikan mengenai pemilikan kapal itu.

Proses membida The Equanimity bermula 29 Oktober lepas dan berakhir 28 November ini.

Kapal mewah berkenaan ditempatkan di Pelabuhan Klang sejak Ogos lalu.

Difahamkan kapal berkenaan akan ditempatkan di pulau peranginan negara itu sehingga urusan pembidaannya selesai.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/pol...ity-berada-di-langkawi-1.787856#ixzz5WtxeNZrp
© Utusan Melayu (M) Bhd

http://www.utusan.com.my/berita/pol...hu-the-equanimity-berada-di-langkawi-1.787856
 
kalau aku lah tuan kapal tu, aku tak ngaku sehingga proses lelong selesai...

sedap sikit pau sapa yg pandai2 pegi rampas & jual kapal orang. tunggu saman 2-3kali ganda nilai kapal. dapat naik kapal free , duit lagi dapat
yg dibayar kerajaan
huhu
 
Teritip berkumpul kalau tak berlayar

TUN Dr Mahathir Mohamad berkata, kapal layar mewah Equanimity dibawa ke Pulau Langkawi kerana ia tidak boleh terus berlabuh di sesuatu tempat sepanjang masa.


Perdana Menteri berkata, kapal akan menghadapi masalah jika ia terus berada di satu tempat untuk tempoh yang panjang.

"Kapal mesti belayar.. anda tidak boleh terus menyimpannya (berlabuh) sepanjang masa kerana ia boleh menyebabkan teritip dan sebagainya berkumpul.

"Jadi, ia perlu belayar sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh beberapa hari," katanya Sidang Kemuncak ASEAN ke-33 di Singapura, hari ini.

Dr Mahathir berkata demikian apabila ditanya mengapa kapal layar mewah itu belayar dari Pelabuhan Klang ke Langkawi.

Beliau bagaimanapun berkata tidak tahu mengenai perkara itu ketika ditanya mengenai pergerakan Equanimity.

“Saya tidak tahu .... terima kasih kerana memberitahu saya.

“Saya harap apabila pergi ke Langkawi saya dapat melihatnya, " katanya.

Menurut Dr Mahathir lagi, mahkamah sudah memutuskan bahawa Equanimity adalah milik Malaysia dan ia bermakna, "kita boleh meletakkannya di mana sahaja."

Matlamat utama kerajaan bukan untuk menyimpan kapal terbabit, kita tidak memerlukan kapal yang besar ... terlalu mewah untuk kami.

"Kami mahu menjualnya ... jadi jika anda dapat membantu mencari pembeli, kami amat berterima kasih," katanya.

Media melaporkan bahawa Equanimity akan berada di Pulau Langkawi sehinggalah proses pembidaan untuk kapal layar mewah itu berakhir pada 28 November ini.

Kapal itu kini berlabuh di pangkalan tentera laut di pulau berkenaan.

Proses pembidaan untuk Equanimity bermula pada 28 Oktober, dengan pembeli yang berminat perlu meletakkan deposit sebanyak AS$ 1 juta (RM4.19 juta).

Pihak pembida boleh melihat kapal dan membuat tawaran sebaik sahaja deposit ini dibayar.

Menurut Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ), Equanimity dibeli oleh ahli perniagaan yang kini dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low menggunakan AS$ 250 juta (lebih RM1 bilion) yang diseleweng daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB),

Pihak berkuasa Malaysia bagaimanapun mengambil hak penjagaan kapal itu pada 6 Ogos lalu selepas ia ditahan di Indonesia.

Equanimity tiba di Pelabuhan Klang pada keesokan harinya, di mana ia berlabuh sementara sehingga dibawa ke Langkawi.


https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/11/395509/equanimity-perlu-belayar-pm
 
kalau aku lah tuan kapal tu, aku tak ngaku sehingga proses lelong selesai...

sedap sikit pau sapa yg pandai2 pegi rampas & jual kapal orang. tunggu saman 2-3kali ganda nilai kapal. dapat naik kapal free , duit lagi dapat
yg dibayar kerajaan
huhu

ape alasan ko tak tuntut aritu aritu?
padahal 1 donia duk sembang pasal kapai ni...
rampas & jual pun bkn saje2 dgn undang-undang...
ko ingat ni main saidina,monopoly...
:))
 
ape alasan ko tak tuntut aritu aritu?
padahal 1 donia duk sembang pasal kapai ni...
rampas & jual pun bkn saje2 dgn undang-undang...
ko ingat ni main saidina,monopoly...
:))

Sebab beli dgn duit haram, sebab tu taknak ngaku :))

Kalau semua nya sah & legal, kenapa taknak mengaku kan? Takut sebab salah? :">

Sampai skrg taknak balik malaysia utk beri keterangan/kerjasama
 
Sebab beli dgn duit haram, sebab tu taknak ngaku :))

Kalau semua nya sah & legal, kenapa taknak mengaku kan? Takut sebab salah? :">

Sampai skrg taknak balik malaysia utk beri keterangan/kerjasama

tgk ape die nak jawap....
ingat undang2 tu buat saje2 untuk main2...
 
Back
Top
Log in Register