BTC USD 80,891.3 Gold USD 4,123.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Equanimity dibida separuh harga

Mahkamah AS benarkan pesawat Jho Low dilelong segera​

Diterbitkan 1 Nov 2018, 10:39 pagi | Dikemaskini 1 Nov 2018, 10:45 pagi

8a846f5feb437af225ce88e946f065e4.jpg


Sebuah mahkamah persekutuan AS telah memberi kebenaran untuk melelong pesawat persendirian yang dibeli oleh Jho Low, yang didakwa menggunakan dana yang diselewengkan daripada 1MDB,

Global One Aviation (Global 5000) Ltd., dalam satu kenyataan semalam berkata mahkamah telah meluluskan permohonan itu yang dibuat oleh Jabatan Kehakimanan AS, dijalankan segera.

Pemfailan mahkamah berkata lelongan pesawat Bombardier Global 5000 jet akan diadakan dua minggu dari sekarang, dan akan dibuka selama 25 hari.

Hasil lelongan itu akan disimpan oleh AS sehingga hak pelbagai pihak terhadap jet itu ditentukan oleh mahkamah.

Global One Aviation kemudian mengkritik Putrajaya berhubung rampasan kapal layar mewah Equanimity.

"Hak dan perlindungan ini ditanggung oleh AS, dan lebih penting, memandangkan jet itu kini berada di Singapura.

Global One Aviation adalah badan amanah yang ditubuhkan untuk menjaga Bombardier jet mengikut undang-undang AS, dan ia memfailkan tuntutan ke atas pesawat itu dalam saman DOJ untuk merampasnya.

Firma Perhubungan Awam yang menghantar kenyataaan badan amanah itu, sebelum ini mengeluarkan kenyataan dari Equanimity (Cayman) Ltd, syarikat yang ditubuhkan untuk mengendalikan dan menyelenggara kapal layar itu.

DOJ mendakwa Loh menggunakan AS$35 juta yang diseleweng dari dana 1MDB untuk membeli jet pada tahun 2009.

Jet itu telah disita oleh pihak berkuasa Singapura pada tahun 2017.

Sebaik sahaja dijual, hasilnya akan dibayar kepada Jet Aviation - firma swasta yang menjaga pesawat itu di hanger miliknya di Lapangan Terbang Seletar selama 18 bulan sekarang.

Pada bulan Ogos, The Straits Times of Singapore melaporkan bahawa jumlah yang terhutang kepada Jet Aviation telah mencapai kira-kira RM3.5 juta.

Global One Aviation (Global 5000) Ltd., dalam satu kenyataan semalam berkata mahkamah telah meluluskan lelongan itu, yang turut dipohon oleh Jabatan Kehakiman AS untuk diadakan secepat mungkin.

https://www.malaysiakini.com/news/449919

duit hasil lelongan jet akan disimpan amerika..
berita buruk buat rakyat malaysia..
 
As sbagai amanah saja... Selepas selesai kes 1mdb.. Duit tuu dpulangkan kpd Malaysia
 
duit hasil lelongan jet akan disimpan amerika..
berita buruk buat rakyat malaysia..

tn midi, US akan simpan hasil lelongan tu. dalam masa yg sama, mana mana pihak yg berkepentingan terhadap hasil lelongan tu (spt kerajaan Malaysia dan syarikat 1MDB) akan buat permohonan pada US utk menuntut hasil lelongan utk sekian amaun, disokong oleh bukti dan dokumen

US akan teliti permohonan tu, sekiranya tuntutan tu valid legal dan berhak, maka US kan serahkan amaun yg dituntut dari hasil lelongan tu kepada pihak menuntut yg berkepentingan (spt kerajaan Malaysia dan syarikat 1MDB)
 
Jika berbaloi kita akan bawa balik pesawat Jho Low - Dr M​

Diterbitkan 1 Nov 2018, 5:38 petang | Dikemaskini 1 Nov 2018, 5:42 petang

07d4a3678b00caf808de18d99a435c63.jpeg


c4a07a0fdba113a9f5236b56d73bb6e7.jpg


Kerajaan sedang mempertimbangkan sama ada berbaloi untuk membawa balik pesawat peribadi milik ahli perniagaan Low Taek Jho yang didakwa dibeli dengan dana yang diseleweng daripada 1MDB, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau ditanya sama kerajaan akan meneruskan usaha untuk membawa pulang pesawat jenis Bombardier Global 5000 yang berharga AS$35 juta itu seperti yang diperkatakannya kepada wartawan pada Ogos lalu.

"Saya tidak tahu sama ada ia berbaloi untuk dibawa balik sekarang. Pesawat itu tidak boleh diterbangkan. Jika ia berbaloi, kita akan membawanya balik," kata Mahathir.

Terdahulu, Perdana Menteri hadir merasmikan majlis Anugerah Felo dan Anugerah 24 Saintis Terbaik 2018, anjuran Akademi Sains Malaysia (ASM) di Kuala Lumpur hari ini.

Mahkamah persekutuan AS sebelum ini telah memberi kebenaran untuk melelongkan pesawat peribadi berkenaan.

Global One Aviation (Global 5000) Ltd, dalam satu kenyataan semalam, berkata mahkamah telah meluluskan bidaan itu, yang turut diminta oleh Jabatan Kehakiman AS (DOJ), dan akan diadakan dalam kadar segera.

Proses bidaan bagi pesawat peribadi itu akan diadakan dua minggu daripada sekarang dan akan berlangsung selama 25 hari.

Hasil perolehan akan disimpan di AS sehingga pihak-pihak yang mendapat hak bagi pesawat berkenaan diputuskan oleh mahkamah.

Pesawat peribadi itu kini ditempatkan di Lapangan Terbang Seletar di Singapura selepas pihak berkuasa negara itu menahannya pada Februari tahun lepas.

Dilaporkan bahawa pesawat berkenaan dan kapal persiaran mewah, Equanimity bernilai AS$ 250 juta adalah sebahagian daripada aset bernilai AS$ 1 bilion yang didakwa diperolehi dengan dana yang diselewengkan daripada 1MDB.

https://www.malaysiakini.com/news/450012

Dr M says Jho Low jet may not be worth bringing back​

November 1, 2018 5:18 PM

fmt-mahathir-new-11118_123.jpg


KUALA LUMPUR: Putrajaya said it was still considering whether or not to bring back a private jet in Singapore that has been linked to businessman Low Taek Jho, following the green light from a US court allowing the sale of the aircraft.

Prime Minister Dr Mahathir Mohamad said that the government will only bring back the Bombardier Global 5000 jet if it was worthwhile.

“I don’t know whether it is worth taking back now. The plane cannot be flown now,” he told reporters today.

“If it is worthwhile we’ll bring it back.”

A US federal court has given the green light for a formal bidding process to sell the jet, based on an agreement between the Department of Justice (DoJ) and Global One Aviation (Global 5000) Ltd.

The US$35 million jet has been parked at the Seletar Airport in Singapore since it was impounded by Singaporean authorities in 2017.

It was named by the DoJ as part of some US$1 billion in assets allegedly acquired with funds misappropriated from state investment arm 1MDB.

At the press conference today, Mahathir also commented on other matters, including on calling Swiss whistleblower Xavier Justo as a witness at trials linked to the 1MDB scandal.

“I think if you can give some evidence that are relevant you will be welcomed,” he said.

He was also asked about the move to allow political parties to form chapters in universities

“You are (already) free to talk as you like. There’s no need for parties,” he said.

Education Minister Maszlee Malik had recently said that amendments to the Universities and University Colleges Act 1971 (AUKU) would include allowing political parties to set up branches in public universities, in line with the move to lower the voting age to 18.

https://www.freemalaysiatoday.com/c...s-jho-low-jet-may-not-be-worth-bringing-back/
 
Equanimity kini di Langkawi

Dr9cYF9U4AA0ho3.jpg


LANGKAWI: Equanimity, kapal layar mewah yang dikaitkan dengan ahli perniagaan Jho Low dan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dilaporkan berlabuh di Markas Wilayah Laut 3 Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Langkawi di Tanjung Lembung, di sini, hari ini.


Tinjauan NSTP setakat jam 5 petang tadi di pangkalan itu, mendapati kapal layar mewah itu tiba di limbungan itu hari ini selepas belayar dari Pelabuhan Klang.

Gambar berkaitan kehadiran kapal yang dipercayai sebahagian daripada aset yang dibeli menggunakan dana 1MDB itu turut dikongsi pengguna laman sosial Facebook sekitar jam 4 petang tadi.

Melalui semakan di laman sesawang Marine Traffic, kapal itu berlepas dari Pelabuhan Klang pada jam 10.18 pagi semalam dengan kelajuan 8.6 knot.

Perkembangan itu menimbulkan tanda tanya berikutan kapal itu kini dalam proses bidaan oleh mereka yang berminat memilikinya.

Seorang pemilik akaun Facebook yang hanya dikenali sebagai Tun Carlos turut memuat naik status kapal berkenaan yang dipercayai berada di Langkawi.

Dalam status Tun Carlos itu turut disertakan dua keping gambar kapal berkenaan di sebuah pelabuhan di Langkawi.

Pada 24 Ogos lalu, Mahkamah Tinggi (Bahagian Admiralti) Kuala Lumpur membenarkan permohonan Kerajaan Malaysia dan tiga lagi untuk menjual Equanimity.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Khadijah Idris, membenarkan permohonan bagi mendapatkan perintah penilaian dan penjualan dikemukakan kerajaan, 1MDB dan dua subsidiarinya, Global Investment Limited serta Energy Holdings Limited, mengikut Perintah 29 Aturan 4 Kaedah Mahkamah 2012.

Melalui permohonan difailkan pada 6 Ogos lalu, mereka menamakan pemilik kapal dan syarikat Equanimity (Cayman) Ltd beralamat di United Kingdom sebagai defendan pertama dan kedua.

Mahkamah membenarkan permohonan itu dengan alasan bagi mengelakkan kos penyelenggaraan tinggi, selain ia boleh menyebabkan kerosakan sehingga aset itu susut nilai dan alasan keselamatan.

Mereka yang berminat untuk membeli kapal layar mewah itu dikehendaki membayar deposit AS$1 juta (RM4.18 juta).


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/11/498090/equanimity-di-langkawi
 
jeng jeng jeng. nape pg tempat atok
 
Ada sebab Equanimity dilabuhkan di Langkawi​

Diterbitkan 14 Nov 2018, 9:17 malam | Dikemaskini 14 Nov 2018, 9:25 malam

b54c880d96346a5e593b651db7fa9c88.jpeg


Persoalan mengenai status kapal mewah Equanimity kini dilaporkan berlabuh di Langkawi terjawab apabila peguam syarikat 1MDB memberi pengesahan kepada Malaysiakini hari ini.

Menurut Jeremy Joseph kapal persiaran berkenaan akan berada di pulau pelancongan dan legenda berkenaan sehingga proses membidanya berakhir pada 28 Nov ini.

Katanya Equanimity berlepas dari Pelabuhan Klang, Selangor semalam dan tiba di Pulau Langkawi hari ini.

"Equanimity dipindahkan ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia di Langkawi demi menjaga keselamatan dan pemeliharaan kapal tersebut.

"Langkawi mempunyai persekitaran yang sesuai untuk bakal pembida datang melihat dan keadaan air tenang serta latar belakang yang indah.

"Kapal itu akan terus berada di pangkalan berkenaan sehingga 28 Nov," katanya.

Sebelum ini Malaysiakini melaporkan proses bidaan untuk kapal yang dikaitkan dengan skandal 1MDB itu akan berlangsung selama sebulan mulai 29 Okt lalu.

Menurut peguam 1MDB pihak yang berminat membida kapal tersebut perlu menyediakan deposit sebanyak AS$1 juta.

Katanya langkah itu dibuat bagi memastikan hanya pembida serius menyertai proses tersebut.


Kata Joseph selepas menjelaskan deposit tersebut pembida dibenarkan untuk melihat keadaan kapal terbabit.

Hasil jualan Equanimity akan diagihkan kepada 1MDB Energy Holdings dan Global Diversified Investment Company mengikut peratusan yang ditentukan.

Kapal tersebut disita pihak berkuasa Indonesia di Bali pada Feb lalu sebelum dibawa ke Pelabuhan Klang kira-kira enam bulan kemudian.
https://www.malaysiakini.com/news/451899
 
As sbagai amanah saja... Selepas selesai kes 1mdb.. Duit tuu dpulangkan kpd Malaysia

:eek::eek: 1st time aku tgk AS sbgai amanah.. mampuih bak hang ..amanah wasaqonah btol AS tu.. silap2 dia bg 10% je nnt
 
Back
Top
Log in Register