cek mek molek
CG Super Hardcore Club

- Messages
- 143,166
Paid Membership
- Joined
- Jun 3, 2013
- Messages
- 143,166
- Reaction score
- 25,934
- Points
- 2,866
Jumaat, 24 Ogos 2018 | 2:41pm
LOW Taek Jho atau Jho Low.
PUTRAJAYA: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low dan bapanya, Tan Sri (Larry) Low Hock Peng.
Mereka berdua dikehendaki pihak berkuasa bagi membantu siasatan berhubung tuduhan pengubahan wang haram berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB)
Sumber memberitahu NSTP, waran tangkap itu dikeluarkan selepas mahkamah membenarkan permohonan polis dan Pejabat Peguam Negara untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap dua individu berkenaan, yang dipercayai sudah melarikan diri ke luar negara.
Menurut sumber, waran tangkap itu untuk membolehkan polis Malaysia mendapatkan kerjasama polis antarabangsa (INTERPOL) untuk mengeluarkan notis merah bagi menjejaki kedua-dua individu berkenaan.
Permohonan yang difailkan di Mahkamah Sesyen di sini pagi tadi juga bagi membolehkan kerajaan memohon perintah ekstradisi terhadap Jho Low dan bapanya yang dipercayai bersembunyi di China atau Abu Dhabi.
Sementara itu, menurut laporan The Edge, Jho Low dipercayai dikenakan lapan tuduhan mengikut Seksyen 4 (1) (a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan, 2001 (Akta 613) kerana memindahkan wang tunai.
Menurut laporan itu, Hock Peng turut berdepan satu tuduhan memindahkan AS$56 juta (RM230 juta) kepada anaknya.
Keseluruhan jumlah dalam urus niaga terbabit dianggarkan sebanyak AS$261 juta (lebih RM1 bilion) untuk penerimaan wang dan AS$196 juta (kira-kira RM805 juta) untuk pemindahan wang tunai yang dilakukan melalui akaun berasingan di Bank BSI Singapura antara Disember 2013 dan Jun 2014.
Sebahagian besar wang itu digunakan untuk membeli kapal persiaran mewah Equanimity bernilai AS$250 juta (RM1 bilion).
Media sebelum ini melaporkan, Peguam Negara Amerika Syarikat (AS), Jeff Sessions menggambarkan skandal 1MDB sebagai 'kleptokrasi paling buruk’.
Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) turut menggelar 1MDB sebagai kleptokrasi terbesar di dunia dan badan perundangan negara lain seperti Switzerland dan Singapura sudah mengambil tindakan terhadap bank serta individu berhubung dakwaan wang haram yang dikaitkan dengan 1MDB.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/08/465468/mahkamah-keluar-waran-tangkap-jho-low-bapa
LOW Taek Jho atau Jho Low.
Mahkamah keluar waran tangkap Jho Low, bapa

Court issues warrant of arrest against Jho Low and father
August 24, 2018
The Putrajaya Sessions Court issues the warrants after allowing application by police and Attorney-General's Chambers to enable the duo to be repatriated to face money laundering charges.
![]()
Police say the warrants against Jho Low and his father will enable them to seek cooperation from Interpol to issue a red notice to detect and arrest the duo. (Bloomberg pic)
KUALA LUMPUR: The Putrajaya Sessions Court today issued a warrant of arrest against controversial billionaire Low Taek Jho, or Jho Low, and his father, Low Hock Peng, to assist the probe into the 1Malaysia Development Berhad (1MDB) scandal.
The warrant was issued after the court allowed an application by the police and the Attorney-General’s Chambers to seek the order so as to enable the two to be repatriated to face money laundering charges against them.
Inspector-General of Police Mohamad Fuzi Harun, confirming the matter in a statement, said the warrants would enable the police to seek cooperation from Interpol to issue a red notice to detect and arrest the duo.
He said the warrants of arrest were obtained after the charges against Jho Low and his father were filed at the Putrajaya Sessions Court in accordance with Section 4 (1) of the Anti-Money Laundering and Anti-Terrorism Financing Act (AMLATFA) 2001.
“The Commercial Crime Investigation Department has conducted an investigation into 1MDB for various criminal offences involving the financial transactions and businesses conducted by the company.
“The investigation papers were referred to the Attorney-General’s Chambers and a decision was made to charge the two individuals in court today,” he said.
According to media reports, the two are currently believed to be either in China or Abu Dhabi.
http://www.freemalaysiatoday.com/ca...warrant-of-arrest-against-jho-low-and-father/