BTC USD 85,592.0 Gold USD 4,163.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Equanimity dibida separuh harga

ksi-triggered-gif-5834464
 
Jho Low tuduh itu helah Tun M tutup kesilapan

image.jpg

PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (dua, kanan) melawat Kapal mewah Equanimity yang didakwa milik ahli perniagaan Low Taek Jho, atau Jho Low di Terminal Bousttead Cruise Centre, Pulau Indah, 11 Ogos lalu. - UTUSAN ONLINE/ BERNAMA








KUALA LUMPUR 24 Ogos - Ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low yang melarikan diri daripada pihak berkuasa Malaysia menyifatkan permohonan mahkamah menjual kapal layar mewah Equanimity sebagai percubaan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menutup masalah yang timbul selepas merampas kapal berharga RM1 bilion itu.

Jho Low dalam kenyataan dikeluarkan menerusi peguam beliau berkata, kerajaan Amerika Syarikat (AS) sebelum ini bersedia membayar kos penyelenggaraan Equanimity sementara menunggu prosiding mahkamah selesai.

Bagaimanapun dakwa beliau, Dr. Mahathir telah ‘membawa’ kapal itu secara ‘haram’ ke negara ini.

“Helah publisiti bermotif politik beliau bagi memulihkan imej rejimnya itu ternyata memakan diri.

“Beliau kini sedar kos selenggara kapal layar itu mencecah jutaan ringgit. Jadi satu-satunya pilihan yang beliau ada ialah melelong kapal itu secara paksa dan sudah tentu pada pengurangan harga yang besar,” katanya dalam satu kenyataan yang dipetik menerusi portal berita FMT di sini hari ini.

Dalam pada itu, Jho Low berkata, beliau hampir pasti bidaan bakal diterima adalah jauh lebih rendah daripada harga pasaran yang berpatutan untuk kapal layar itu.

Semalam 1MDB Global Investments Ltd, 1MDB Energy Holdings Ltd, syarikat 1Malaysian Development Berhad (1MDB) dan kerajaan Malaysia dilaporkan memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi untuk menjual kapal layar mewah itu sama ada melalui lelongan awam atau persetujuan secara formal antara dua pihak.

Sebelum ini kerajaan memutuskan untuk menjual Equanimity disebabkan kos yang perlu dibelanjakan adalah kira-kira sebanyak RM2 juta sebulan hanya untuk penyelenggaraan bagi memastikan kapal itu berada dalam keadaan terbaik.

Malah Peguam Negara, Tommy Thomas menegaskan, kapal tersebut masih boleh dijual dalam satu proses yang telus antara tempoh tiga hingga empat bulan walaupun proses perundangan mengenai skandal itu berjalan. - UTUSAN ONLINE









sumber http://www.utusan.com.my/berita/par...-tun-m-tutup-kesilapan-1.734928#ixzz5P59symHU






.
 
Utusan ni saje je nk petik bab nyesal mahathir rampas kapal ...... Dia lupa anak mahathir dpt kontrak kerajaan selenggara kapal ....... Buka le kontrak selenggara kapal bagi kat anak dia 2 juta sebulan tu ....hehehehehe
 
1MDB diberi kebenaran jual Equanimity​
August 24, 2018

Proses jualan akan dimulakan secepat mungkin kerana hasil kutipan akan berkurangan, kata peguam Ong Chee Kwan.

Equanimity-yatch-fmt-7-os.jpg


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kumpulan 1MDB untk menjual kapal Equanimity bernilai RM1 bilion.

Perintah ex-parte itu diperoleh selepas peguam 1MDB Global Investments Ltd, 1MDB Energy Holdings Ltd, 1MDB dan kerajaan Malaysia mengemukakan hujahan di kamar di depan Pesuruhjaya Kehakiman Khadijah Idris.

Peguam Ong Chee Kwan pada satu sidang media berkata plantif memaklumkan kepada mahkamah bahawa penjualan ini perlu dilakukan kerana kos tinggi menjaga kapal yang sedang berlabuh di Pelabuhan Klang itu.

Lawyer-Ong-Chee-Kwan-fmt-mugshot.jpg

Ong Chee Kwan

Beliau menambah proses jualan akan dilakukan secepat mungkin kerana hasil kutipan akan berkurangan, katanya.

Ong berkata jualan itu patut selesai hujung tahun ini melalui tender awam dan hasil kutipan akan disimpan dalam satu akaun berfaedah.

Beliau berkata seorang jurunilai akan dilantik untuk menilai kapal itu.

Plaintif membuat permohonan untuk menjual kapal itu pada Selasa. Dalam permohonannya, plaintif meminta pegawai mahkamah menjual kapal itu sama ada secara lelong awam atau perjanjian persendirian.

Pembayaran dalam mata wang dolar AS, ringgit atau Euro itu musti dimasukkan dalam akaun berfaedah sementara menunggu keputusan mahkamah ke atas kes saman.

Perkembangan ini ketika entiti yang dianggap pemilik kapal itu, yang berpangkalan di Kepulauan Cayman dan dinamakan sebagai defendan, gagal memohon untuk tampil mengetepikan waran tangkap atau mencabar pengisytiharaan yang diminta oleh plantif dalam tempoh masa 14 hari yang tamat pada Selasa.

Plaintif yang memperoleh waran tangkap ke atas kapal itu pada 6 Ogos lepas juga memohon pengisytiharaan mengatakan mereka adalah pemilik kapal kerana ia dibeli wang yang dicuri daripada 1MDB.

Mereka juga meminta perintah menjual kapal itu dan hasil kutipannya akan diserahkan kepada pemilik yang sah selepas mahkamah mendengar pengisytiharaannya.

Peguam Jeremy M Joseph, yang dilantik kerajaan untuk mengendalikan saman itu berkata, pemilik kapal tidak melantik peguam untuk menjawab perintah jualan atau pengisytiharaan yang diminta itu.

“Kami memfailkan permohonan itu pada Selasa kerana tiada orang tampil mewakili pemilik kapal,” katanya.

Joseph berkata plaintif menggunakan undang-undang admiralti untuk menangkap kapal itu dan memastikan pemilik baharu akan diberi geran yang sah.

Beliau berkata plaintif akan memohon pengkhakiman ingkar ke atas pengisytiharaan yang dipohon itu jika tiada pihak tampil mencabar saman itu.

Low Take Jho, yang dikatakan memiliki kapal itu melalui satu syarikat, mendakwa rampasan kapal itu menyalahi undang-undang. Dia juga menuduh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menghormati kedaulatan undang-undang.

Dr Mahathir dan Peguam Negara Tommy Thomas berkata rampasan itu adalah sah dan mengikut undang-undang admiralti.

Mereka juga mencabar Low untuk mengetepikan waran tangkap itu dan mencabar pengisytiharaan yang dipohon plaintif.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/08/24/1mdb-diberi-kebenaran-jual-equanimity/
 
Jho Low tuduh itu helah Tun M tutup kesilapan

image.jpg

PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (dua, kanan) melawat Kapal mewah Equanimity yang didakwa milik ahli perniagaan Low Taek Jho, atau Jho Low di Terminal Bousttead Cruise Centre, Pulau Indah, 11 Ogos lalu. - UTUSAN ONLINE/ BERNAMA

KUALA LUMPUR 24 Ogos - Ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low yang melarikan diri daripada pihak berkuasa Malaysia menyifatkan permohonan mahkamah menjual kapal layar mewah Equanimity sebagai percubaan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menutup masalah yang timbul selepas merampas kapal berharga RM1 bilion itu.

Jho Low dalam kenyataan dikeluarkan menerusi peguam beliau berkata, kerajaan Amerika Syarikat (AS) sebelum ini bersedia membayar kos penyelenggaraan Equanimity sementara menunggu prosiding mahkamah selesai.

Bagaimanapun dakwa beliau, Dr. Mahathir telah ‘membawa’ kapal itu secara ‘haram’ ke negara ini.

“Helah publisiti bermotif politik beliau bagi memulihkan imej rejimnya itu ternyata memakan diri.

“Beliau kini sedar kos selenggara kapal layar itu mencecah jutaan ringgit. Jadi satu-satunya pilihan yang beliau ada ialah melelong kapal itu secara paksa dan sudah tentu pada pengurangan harga yang besar,” katanya dalam satu kenyataan yang dipetik menerusi portal berita FMT di sini hari ini.

Dalam pada itu, Jho Low berkata, beliau hampir pasti bidaan bakal diterima adalah jauh lebih rendah daripada harga pasaran yang berpatutan untuk kapal layar itu.

Semalam 1MDB Global Investments Ltd, 1MDB Energy Holdings Ltd, syarikat 1Malaysian Development Berhad (1MDB) dan kerajaan Malaysia dilaporkan memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi untuk menjual kapal layar mewah itu sama ada melalui lelongan awam atau persetujuan secara formal antara dua pihak.

Sebelum ini kerajaan memutuskan untuk menjual Equanimity disebabkan kos yang perlu dibelanjakan adalah kira-kira sebanyak RM2 juta sebulan hanya untuk penyelenggaraan bagi memastikan kapal itu berada dalam keadaan terbaik.

Malah Peguam Negara, Tommy Thomas menegaskan, kapal tersebut masih boleh dijual dalam satu proses yang telus antara tempoh tiga hingga empat bulan walaupun proses perundangan mengenai skandal itu berjalan. - UTUSAN ONLINE









sumber http://www.utusan.com.my/berita/par...-tun-m-tutup-kesilapan-1.734928#ixzz5P59symHU






.

dia ni kat mana? bising2 buat statement. tapi suruh balik sini tak mau pula. kalau tak salah balik je la. "kalau" laa
 
dia ni kat mana? bising2 buat statement. tapi suruh balik sini tak mau pula. kalau tak salah balik je la. "kalau" laa

ala ini semua epik bak kata ben bentura...beria ambik kapal ..tuanpunya kapal taknak cari ..pastu boleh pulak nak lelong..hahahaha
 
ala ini semua epik bak kata ben bentura...beria ambik kapal ..tuanpunya kapal taknak cari ..pastu boleh pulak nak lelong..hahahaha

bab ni memang aku sokong ...... waran interpol baru keluar tapi mahkamah dah beri kebenaran jual kapal .....macam pelik juga ni


bertambah pelik rampasan tunai dan barang kemas rumah najib tu macam x de progres je ........ kes profile tinggi ni
 
Tiada caj perlu dijelaskan terhadap jet Jho Low

13jet_1534166517_1535127993.jpg

JET Jho Low.








SINGAPURA: Tiada caj perlu dijelaskan kepada Lapangan Terbang Seletar terhadap jet peribadi yang didakwa milik ahli perniagaan kontroversi, Low Taek Jho atau Jho Low yang diletakkan di lapangan terbang tersebut sejak tahun lalu, menurut Kumpulan Lapangan Terbang Changi (CAG).

“Jet peribadi yang dipersoalkan itu diletakkan di hangar syarikat persendirian di Lapangan Terbang Seletar. Tiada caj yang dikenakan kepada Lapangan Terbang Seletar,” kata jurucakap CAG dalam jawapan e-mel kepada Bernama hari ini.

CAG diminta memberi respons kepada laporan media bahawa Lapangan Terbang Seletar meminta pembayaran caj tempat letak pesawat yang perlu dijelaskan terlebih dahulu sebelum jet jenis Bombardier Global 500 berharga US$30 juta (RM122.5 juta) itu dibenarkan dibawa ke Malaysia.

CAG merupakan pengendali Lapangan Terbang Seletar.

Laporan dalam akhbar Malaysia, memetik sumber, berkata Lapangan Terbang Seletar menyatakan jumlah bayaran tersebut kepada pihak berkuasa Singapura susulan hasrat kerajaan Malaysia untuk memiliki pesawat itu.

Jet perbadi didakwa milik Jho Low itu dibeli menggunakan wang daripada syarikat pelaburan milik kerajaan Malaysia, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Laporan akhbar itu menyebut Malaysia perlu mengeluarkan kos sekurang-kurangnya RM3.5 juta untuk membawa balik jet peribadi itu yang disita oleh pihak berkuasa Singapura pada tahun lalu.

Dilaporkan bahawa pesawat itu adalah sebahagian daripada aset bernilai US$1 bilion yang didakwa diperoleh dengan penyelewengan dana 1MDB. - BERNAMA








sumber: https://www.bharian.com.my/berita/n...ada-caj-perlu-dijelaskan-terhadap-jet-jho-low







.
 
PETALING JAYA: Syarikat yang didaftarkan sebagai pemilik Equanimity memberi amaran tindakan Malaysia berkaitan kapal mewah itu menyebabkan nilainya turun, ketika mahkamah membenarkan 1MDB menjual kapal itu dalam usaha mendapatkan balik wang yang didakwa berkaitan dengan syarikat bermasalah itu.

Equanimity (Cayman) Ltd berkata kapal itu, yang dianggarkan penyiasat Amerika Syarikat bernilai RM1 bilion, sekarang ini beroperasi menggunakan kuasa generator, yang menurut syarikat itu merosakkan kapal itu.

“Malaysia melabuhkan kapal itu dalam persekitaran berbahaya di mana toksin seperti pencemaran air dan asap berdekatan merosakkannya,” kata syarikat yang didaftarkan di Kepulauan Cayman itu dalam kenyataan hari ini.

“Oleh kerana Malaysia nampaknya tidak ada, atau tidak mahu membelanjakan, wang untuk menjaga kapal itu dengan baik sementara ia disiapkan untuk penjualan memaksimumkan nilai, Malaysia sebaliknya mencadangkan jualan murah, di mana kapal itu akan dijual pada harga lebih rendah daripada nilai sebenar.”

Equanimity dikaitkan dengan ahli perniagaan Low Taek Jho, yang mengelak daripada pihak berkuasa Malaysia dan negara-negara lain, dan dituduh menggunakan dana 1MDB untuk memperoleh kapal itu.

Low masih melawan dan berulang kali mengecam rampasan kapal itu sebagai “menyalahi undang-undang” dan berikrar tidak menyerah diri kepada pihak berkuasa Malaysia kerana katanya dia tidak akan dapat perbicaraan yang adil.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengumumkan perintah ex-parte susulan permohonan kepada 1MDB Global Investments LTd, 1MDB Energy Holdings LTD, 1MDB dan kerajaan Malaysia.

Peguam 1MDB berkata jualan harus dimuktamadkan segera kerana kos tinggi menjaga kapal itu, yang dilabuhkan di Pelabuhan Klang sejak awal bulan ini.

Mereka juga bimbang sebarang penangguhan akan menyebabkan nilai kapal itu menyusut, dan merancang untuk menyelesaikan jualan itu pada hujung tahun ini melalui tender awam.

Equanimity (Cayman) Ltd bagaimanapun berkata langkah itu “mencabul proses duluan dan komiti perundangan antarabangsa”.

“Tindakan salah ini akan menyebabkan kerumitan ke atas pemilikan Equanimity yang akan mengambil masa bertahun untuk diselesaikan di beberapa mahkamah di serat dunia,” katanya.

Syarikat itu berkata pihaknya tidak tahu tentang prosiding mahkamah hari ini kerana ia tidak menerima sebarang notis berkaitan permohonan oleh 1MDB.

“Walaupun kami pemilik kapal itu, Equanimity (Cayman) Ltd belum menerima sebarang notis sah berkenaan sebarang pemfailan berkenaan Sale Pendente Lite, atau sebarang notis berkenaan pendengaran mahkamah dala perkara ini,” katanya.

Syarikat itu menegaskan pendirian oleh Low mengatakan rampasan kapal itu di Malaysia menyalahi perintah mahkamah di AS yang melantik kerajaan AS sebagai penjaganya.

“Tindakan unilateral oleh Malaysia ketika ada permohonan mahkamah di AS menghina kedaulatan undang-undang antarabangsa,” katanya.
 
Back
Top
Log in Register