BTC USD 85,683.2 Gold USD 4,157.00
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Equanimity dibida separuh harga

tn Ben, once dapat dibuktikan dan dapat diletakkan liabiliti kepada JL, maka automatik straightaway Jet tu akan dirampas dan tak susah utk kaitkan dengan 1MDB
tu yg masih lagi dalam siasatan..

Harapnya camtu.
 
apa yg susah sangat nak tau siapa tuannya.

check invois boleh tau maa.

kalau pakai proxy, boleh je trace satu per satu. duit keluar dari akaun mana. siapa sign cheque, siapa bagi kebenaran, siapa sign resolution (sebab beli harta mahal) dll.

mungkin mereka pandai sorok dokumen lah kalau payah sangat nak jumpa tu :(

sbb kita xnak tau pn siapa tuan dia sapa.
 
Malaysia belum mohon tuntut jet Jho Low, kata Singapura

https://media.hatred contents/uploads/articles/2018/2018-08/equanimity_arrival0708d.jpg
Kapal mewah Equanimity, yang didakwa dibeli oleh Jho Low menggunakan dana 1MDB, tiba di Pelabuhan Klang, 7 Ogos 2018. ― Foto oleh Mukhriz Hazim









SINGAPURA, 15 Ogos — Polis Singapura mengesahkan pesawat yang dikaitkan dengan siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ada di negara itu.

Malaysia bagaimanapun belum membuat permohonan bagi menuntut jet persendirian itu yang bernilai AS$35 juta (RM143 juta), lapor Reuters semalam.

Firma perkhidmatan penerbangan Jet Aviation kelmarin memaklumkan jet itu, didakwa dibeli oleh Jho Low, berada di lapangan terbang Seletar.

“Singapura belum menerima permohonan rasmi daripada pihak berkuasa Malaysia untuk memulangkan pesawat itu,” kata seorang jurucakap polis.

Permohonan untuk memulangkan aset-aset berkaitan 1MDB yang dirampas di republik itu perlu mengikut undang-undang Singapura, tambahnya.

Pada 2016, Singapura merampas US$240 juta (RM984 juta) dana dan aset dalam siasatan skandal itu. Separuh daripadanya didakwa milik jutawan itu.

Ahad lalu, perdana menteri berkata Malaysia dalam proses mengambil jet Low, atau nama penuhnya Low Taek Jho, selepas rampasan kapal mewah.

Tun Dr Mahathir Mohamad percaya jet jenis Bombardier Global 5000 tersebut dibeli dengan dana 1MDB.

“Kita cuba untuk mendapatkan semua duit yang dicuri daripada kita,” katanya.

Seminggu lalu, kapal mewahnya Equanimity tiba di Pelabuhan Klang setelah dirampas di Bali, Indonesia.









sumber: https://www.projekmm.com/s/1662611/malaysia-belum-mohon-tuntut-jet-jho-low-kata-singapura






.
 
Kerajaan akan 'mencairkan' kapal persiaran mewah Equanimity dan dana yang diperolehi daripadanya akan dijadikan simpanan tetap jika tiada sesiapa mengemukakan tuntuan dalam tempoh dua atau tiga bulan.Peguam Negara Tommy Thomas berkata prosedur itu akan dilaksanakan melalui Mahkamah Tinggi Admiralti di Kuala Lumpur.Katanya kerajaan akan mengemukakan permohonan bagi mendapatkan arahan yang perlu selepas mahkamah sebelum ini mengeluarkan waran tangkap ke atas Equanimity supaya ia dapat dibawa ke Malaysia."Jika Jho Low mahu mengemukakan tuntutan ke atasnya, dia perlu melantik peguam Malaysia bagi mencabar keputusan berkenaan," katanya.Kapal persiaran itu - dianggarkan bernilai kira-kira RM1 bilion - dikaitkan dengan ahli perniagaan muda dan kontroversi Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low.Dia didakwa membeli kapal berkenaan dengan dana yang diseleweng daripada dana 1MDB.Ia ditahan pihak berkuasa Indonesia ketika berlabuh di Teluk Benoa, Bali, pada akhir Feb lalu.Ia tiba dan berlabuh di Pelabuhan Kelang sejak minggu lalu.Kata Thomas, kerajaan Malaysia menyita kapal berkenaan melalui proses perundangan yang sepatutnya dan ia turut dipersetujui pihak berkuasa AS dan Indonesia.Menurut Thomas, proses mencairkan Equanimity menjadi wang tunai dianggarkan mengambil masa dua atau tiga bulan dengan melibatkan perintah mahkamah, kecuali ada mana-mana pihak mencabarnya.
 
Kes kapal mewah Equanimity disebut 29 Ogos ini

image.jpg

KAPAL mewah Equanimity milik jutawan Low Taek Jho atau Jho Low yang terlibat dalam isu skandal IMDB tiba di Teminal Feri Boustead Pulau Indah Pelabuhan Klang, Selangor pada 7 Ogos lalu. - UTUSAN ONLINE/SAHARUDDIN ABDULLAH








KUALA LUMPUR 17 Ogos - Kes yang difailkan oleh kerajaan Malaysia bersama 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terhadap pemilik kapal mewah Equanimity yang dikatakan milik ahli perniagaan Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low akan disebut buat kali pertama di Mahkamah Tinggi Dagang di sini pada 29 Ogos ini.

Tarilkh itu ditetapkan oleh Timbalan Pendaftar mahkamah itu, Mohd. Zamir Suhaimi ketika pengurusan kes hari ini.

1MDB Development Bhd. bersama dua syarikat subsidiarinya, 1MDB Global Investment Limited dan 1MDB Energy Holdings Limited serta kerajaan selaku pihak plaintif menamakan pemilik kapal, Vesel Equanimity dari Kepulauan Cayman sebagai defendan tunggal.

Pada tarikh itu, pengurusan kes tersebut akan dibuat di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Khadijah Idris.

Objektif prosiding adalah untuk meminta kapal itu dijual dan pada masa sama, satu perisythiran bahawa kumpulan 1MDB adalah pemilik kapal yang sah.

Peguam Negara Tommy Thomas sebelum ini berkata, kapal bernilai RM1 bilion itu dipercayai sebahagian daripada aset dibeli menggunakan dana 1MDB boleh dijual sementara menunggu proses litigasi, menerusi cara paling telus kerana pihaknya perlu mendapatkan wang daripada kapal itu.

Kapal layar mewah dipercayai ada kaitan dengan Jho Low yang melarikan diri, tiba di Pelabuhan Klang pada 7 Ogos lalu selepas diserahkan oleh pihak berkuasa Indonesia.

Kapal itu tiba ekoran waran sita yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Admiralti pada 6 Ogos lalu setelah membenarkan permohonan Jabatan Peguam Negara (AGC).

Kapal Equanimity disita di perairan Bali oleh pihak berkuasa Indonesia pada Februari lalu atas permintaan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS) yang melancarkan siasatan rasuah membabitkan 1MDB berjumlah berbilion dolar.

Pada 24 Mac 2014, peguam yang dilantik Jho Low membeli Equanimity dan dipercayai diserahkan kepada Jho Low pada 20 Jun 2014.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong sebelum ini berkata, mengikut afidavit sokongan yang difailkan di mahkamah, rekod pada 9 September 2013 menyatakan kapal berkenaan dibina di Rotterdam, Belanda atas nama Low Taek Jho dan ibu bapanya iaitu Larry Low dan Evelyn Low. - UTUSAN ONLINE








sumber: http://www.utusan.com.my/berita/mah...ty-disebut-29-ogos-ini-1.730894#ixzz5OQ6O8yt4







.
 
Saya tidak akan serah diri

PETALING JAYA: Low Taek Jho, yang melarikan diri daripada pihak berkuasa Malaysia dan beberapa negara lain atas peranannya dalam hal 1MDB, hari ini berkata dia tidak akan menyerah diri kerana katanya tidak akan diadili secara adil ditengah-tengah “perbicaraan oleh media”.


“Saya tidak akan menyerah diri kepada mana-mana kuasa di mana kesalahan telah ditentukan lebih awal oleh politik dan kepentingan diri mengatasi proses undang-undang,” kata Low dalam kenyataan kepada FMT yang dikeluarkan firma perhubungan awam yang berpangkalan di Sydney, Australia.

Ia adalah serangan terbaharu ahli perniagaan itu terhadap Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, selepas serahan kapal Equanimity. Pihak berkuasa Amerika Syarikat mendakwa ia dibeli Low menggunakan wang yang dicuri dari 1MDB.

Low juga menyelar Wall Street Journal (WSJ), menuduh akhbar itu melanggar etika kewartawanan apabila laporannya hari ini mengatakan China menggunakannya untuk tawar-menawar dengan Dr Mahathir sebelum kunjungan perdana menteri ke Beijing.

Beliau berkata penulis sebalik laporan itu memberi penceritaan pro-Mahathir sebagai permulaan kepada buku yang akan diterbitkan tidak lama lagi.

“Artikel WSJ hari ini jelas dirancang oleh rejim Dr Mahathir, yang bekerja dengan wartawan ini ke arah matlamat yang sama: Wartawan WSJ akan menerbitkan buku bulan depan yang mereka cuba jual, manakala Dr Mahathir berniat untuk memajukan agenda politiknya yang korup dengan meletakkan kesalahan tanpa apa-apa bentuk proses undang-undang,” kata kenyataan itu.

Laporan WSJ, memetik sumber yang tidak dinamakan dari Singapura dan Malaysia sebagai berkata China mungkin melindungi Low, ditulis oleh antaranya, Tom Wright dan Bradley Hope, yang terlibat dengan pendedahan tentang 1MDB yang diterbitkan WSJ pada 2015.

Low dipercayai merujuk kepada buku baharu oleh mereka, “Billion Dollar Whale: The Man Who Fooled Wall Street, Hollywood, and the World”, yang menumpukan pada peranan Low dalam hal 1MDB.

Low hari ini sekali lagi berkata beliau menjadi mangsa “perbicaraan oleh media”, dengan laporan berdasarkan “kebocoran daripada pendakwa dan pegawai kerajaan yang tidak berminat dengan kebenaran”.

“Sebelum apa-apa bukti dibentangkan di mana-mana mahkamah, termasuk di Amerika Syarikat, wartawan ini telah menghukum, menyokong rejim Dr Mahathir yang telah membuktikan ia betul-betul tidak pedulikan apa-apa yang menyerupai proses undang-undang yang adil,” kata kenyataan itu. - FMT

jho-low-bloomberg-1.jpg
 
yaa..najib terbaik..aku ulang sekali lagi..

Najib Razak PM yang terbaik berbanding mahafiraun

dan aku tanya ..kenapa kapal mewah tu adalah bahan bukti..

tapi siap mahathir dan menteri2 boleh makan2 lagi dalam kapal tu..tak ke akan itu akan merosakkan bahan bukti?? :)):))

tu sebab aku ckp pelikk...

Screenshot_4.jpg

Komen epik setakat ini
 
Back
Top
Log in Register