puyol
CG Top Poster Club

- Messages
- 43,838
Top Poster #9
- Joined
- Jun 28, 2011
- Messages
- 43,838
- Reaction score
- 7,407
- Points
- 481
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (empat, kiri) bergamnat dengan sebuah kereta elektrik model MG S5 EV pada majlis Pelancaran Pertama MG S5 EV Pemasangan Tempatan di EP Manufacturing Bhd (EPMB) HICOM Pegoh, hari ini.
ALOR GAJAH: EP Manufacturing Berhad (EPMB) menyasarkan pemasangan antara 120 hingga 180 unit kereta elektrik model MG S5 EV sebulan bagi pasaran domestik bermula tahun ini.
Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata pengeluaran kenderaan elektrik (EV) itu dijangka mencecah antara 1,500 hingga 2,000 unit sepanjang tahun ini.
"Pelancaran hari ini bukan sekadar memperkenalkan sebuah kenderaan elektrik baharu, malah menandakan penyertaan Melaka dalam rantaian bekalan mobiliti elektrik serantau.
"Ini sekali gus menonjolkan peranan negeri ini yang semakin berkembang dalam peralihan negara ke arah mobiliti hijau," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran pertama MG S5 EV pemasangan tempatan di HICOM Pegoh di sini, hari ini.
Turut hadir Pengerusi Eksekutif EPMB Hamidon Abdullah, Pengarah Urusan SAIC Motor Malaysia Emory Qi dan Ketua Pegawai Operasi SAIC Motor Malaysia Hoffen Teh.
Bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, Ab Rauf berkata pemasangan kereta elektrik di negeri berkenaan menunjukkan Melaka kini mempunyai tenaga mahir serta sumber mencukupi untuk melaksanakan pemasangan EV dengan teknologi terkini.
"Ini menunjukkan Melaka juga berupaya menjadi hab pengeluaran kereta EV di negara ini, sekali gus menyumbang kepada pembangunan teknologi hijau negara.
"Melaka menawarkan ruang yang luas kepada pelabur dan berpotensi menjadi hab pengedaran kereta bagi pasaran domestik," katanya.
Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, Qi berkata pemasangan MG S5 EV secara pemasangan tempatan (CKD) melambangkan pencapaian penting jenama MG di Malaysia serta mencerminkan komitmen jangka panjang syarikat itu terhadap pemerkasaan pengeluaran tempatan.
Menurutnya, langkah itu juga mengukuhkan peranan Malaysia dalam ekosistem EV serantau.
"Dengan pemasangan tempatan, kami dapat membawa kenderaan kami lebih dekat kepada pelanggan Malaysia selain memperkukuh rantaian bekalan automotif negara, menyokong vendor tempatan dan menyumbang kepada pembangunan ekosistem EV yang lebih luas," katanya.