BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

EPMB sasar pasang hingga 2,000 unit MG S5 EV tahun ini

puyol

CG Top Poster Club
gem
Messages
43,839
Top Poster #9
Joined
Jun 28, 2011
Messages
43,839
Reaction score
7,407
Points
481
DATUK_SERI_AB_RAUF_YUSOH_64a28d21f1844acca4d3a61a8abcae66_1773127034.jpg

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (empat, kiri) bergamnat dengan sebuah kereta elektrik model MG S5 EV pada majlis Pelancaran Pertama MG S5 EV Pemasangan Tempatan di EP Manufacturing Bhd (EPMB) HICOM Pegoh, hari ini.


ALOR GAJAH: EP Manufacturing Berhad (EPMB) menyasarkan pemasangan antara 120 hingga 180 unit kereta elektrik model MG S5 EV sebulan bagi pasaran domestik bermula tahun ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata pengeluaran kenderaan elektrik (EV) itu dijangka mencecah antara 1,500 hingga 2,000 unit sepanjang tahun ini.

"Pelancaran hari ini bukan sekadar memperkenalkan sebuah kenderaan elektrik baharu, malah menandakan penyertaan Melaka dalam rantaian bekalan mobiliti elektrik serantau.

"Ini sekali gus menonjolkan peranan negeri ini yang semakin berkembang dalam peralihan negara ke arah mobiliti hijau," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran pertama MG S5 EV pemasangan tempatan di HICOM Pegoh di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Eksekutif EPMB Hamidon Abdullah, Pengarah Urusan SAIC Motor Malaysia Emory Qi dan Ketua Pegawai Operasi SAIC Motor Malaysia Hoffen Teh.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, Ab Rauf berkata pemasangan kereta elektrik di negeri berkenaan menunjukkan Melaka kini mempunyai tenaga mahir serta sumber mencukupi untuk melaksanakan pemasangan EV dengan teknologi terkini.

"Ini menunjukkan Melaka juga berupaya menjadi hab pengeluaran kereta EV di negara ini, sekali gus menyumbang kepada pembangunan teknologi hijau negara.

"Melaka menawarkan ruang yang luas kepada pelabur dan berpotensi menjadi hab pengedaran kereta bagi pasaran domestik," katanya.

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, Qi berkata pemasangan MG S5 EV secara pemasangan tempatan (CKD) melambangkan pencapaian penting jenama MG di Malaysia serta mencerminkan komitmen jangka panjang syarikat itu terhadap pemerkasaan pengeluaran tempatan.

Menurutnya, langkah itu juga mengukuhkan peranan Malaysia dalam ekosistem EV serantau.

"Dengan pemasangan tempatan, kami dapat membawa kenderaan kami lebih dekat kepada pelanggan Malaysia selain memperkukuh rantaian bekalan automotif negara, menyokong vendor tempatan dan menyumbang kepada pembangunan ekosistem EV yang lebih luas," katanya.

 

MGS5 EV pemasangan Malaysia dilancar, harga bermula RM116,900​


1777018817972.png

MGS5 EV menggabungkan kegunaan harian dengan prestasi pemanduan


KUALA LUMPUR: MG Motor Malaysia secara rasmi melancarkan MGS5 EV yang dipasang secara tempatan (CKD) untuk pasaran Malaysia yang ditawarkan pada harga bermula dari RM116,900.

Pelancaran itu menandakan fasa baharu usaha lokalisasi jenama itu susulan pengeluaran pertama model CKD di Melaka pada awal Mac lalu.


Dibangunkan berasaskan platform elektrik pacuan roda belakang khusus MG, MGS5 EV menggabungkan kegunaan harian dengan prestasi pemanduan, dengan versi CKD menawarkan kuasa sehingga 151kW serta 350Nm tork berbanding model import (CBU) sebelum ini.

Dari segi pengecasan, model itu menyokong pengecasan pantas DC sehingga 150kW, membolehkan bateri dicas daripada 10 peratus ke 80 peratus dalam tempoh kira-kira 26 minit dalam keadaan optimum.

Kenderaan itu juga menawarkan jarak pemanduan sehingga 446 kilometer (WLTP), selain reka bentuk bateri ultra nipis yang membantu meningkatkan ruang kabin serta kestabilan pemanduan.


Varian MGS5 EV LUX Long Range dilengkapi ciri tambahan termasuk tempat duduk kulit tiruan penuh, tempat duduk hadapan berpengudaraan, pelarasan kuasa untuk tempat duduk penumpang hadapan serta pintu but belakang kuasa tanpa sentuhan.

Dari aspek keselamatan, model berkenaan dilengkapi tujuh beg udara dan sistem bantuan pemandu canggih (ADAS 2.5) termasuk Traffic Jam Assist serta Intelligent Cruise Control, selain menerima penarafan lima bintang daripada Euro NCAP dan ASEAN NCAP.

Bagi pemilikan, MGS5 EV ditawarkan dengan jaminan pek bateri selama lapan tahun atau 180,000 kilometer serta jaminan lapan tahun atau 160,000 kilometer untuk unit kawalan motor.


Pengarah Urusan SAIC Motor Malaysia, Emory Qi, berkata pelancaran model pemasangan tempatan itu merupakan pencapaian penting bagi jenama terbabit di Malaysia.

"Pelancaran rasmi MGS5 EV yang dipasang tempatan ini mencerminkan komitmen berterusan kami terhadap lokalisasi, inovasi serta penawaran kenderaan elektrik yang menyatukan prestasi, teknologi dan kepraktisan buat pelanggan di Malaysia.

"Melalui model ini, kami juga melihat Malaysia sebagai pasaran strategik dan hab pembuatan bagi MG di rantau ini," katanya dalam satu kenyataan.

Pemasangan tempatan MGS5 EV dijalankan di fasiliti PEPS-JV di Melaka melalui kerjasama dengan EP Manufacturing Bhd, yang turut menyokong pembangunan rantaian bekalan serta pemindahan teknologi dalam industri automotif tempatan.

Kemudahan itu berupaya memasang kenderaan elektrik bateri (BEV), hibrid (HEV) dan enjin pembakaran dalaman (ICE), dengan kapasiti pengeluaran MGS5 EV dianggarkan antara 120 hingga 180 unit sebulan, atau sekitar 1,500 hingga 2,000 unit bagi tahun 2026.

Tempahan untuk model itu kini dibuka, dengan harga bagi varian MGS5 EV LUX Long Range bermula daripada RM116,900.

Sempena pelancaran, syarikat turut menawarkan pakej promosi bernilai sehingga RM9,000, tertakluk kepada terma dan syarat.

MG Motor Malaysia juga akan menganjurkan acara uji pandu di semua bilik pamerannya di seluruh negara pada hujung minggu ini bagi membolehkan orang ramai merasai pengalaman pemanduan model berkenaan.

 
Last edited:
Back
Top
Log in Register