BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Enam Tekong Darat Termasuk Warga Thailand Didakwa Seludup Migran Di Machang

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,142
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,142
Reaction score
346
Points
141

Enam Tekong Darat Termasuk Warga Thailand Didakwa Seludup Migran Di Machang​

50994a9979a87008375f0d246bffa9006a4e1587d98ce

Enam tekong darat termasuk seorang lelaki Thailand didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyeludup migran warga Bangladesh, bulan lepas.

Mereka ialah warga Thailand Muhamad Amirul Aileh, 30; Muhammad Arif Abd Halim, 22; Mohamad Hazran Mohd Daud, 34; Mohd Shamsuri Yusoff, 45; Norazalina Mohamad, 40 dan Nur Aliya Natasya Abdul Rahman, 20 tahun.

Tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Nik Muhamad kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Kesemua mereka bersama-sama seorang lagi yang masih bebas didakwa menjalankan aktiviti penyeludupan 10 migran Bangladesh di sebuah rumah Taman Desa Mas, Kampung Sungai Mas, Machang pada 8 pagi 11 Jun.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670).

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Kamilah Che Ibrahim dan hanya Norazalina diwakili peguam Ahmad Nurie Abd Rahman pada prosiding itu.

Mahkamah menetapkan 26 Julai sebagai tarikh sebutan semula kes.

Back
Top
Log in Register