kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,694
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,694
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Empat Penghuni Pusat Jagaan Didakwa Sebabkan Kematian Rakan
Empat penghuni sebuah pusat penjagaan di Tanjung Rambutan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan membunuh dan menyebabkan kematian seorang rakan penghuni di pusat berkenaan, minggu lepas.
Empat penghuni sebuah pusat penjagaan di Tanjung Rambutan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan membunuh dan menyebabkan kematian seorang rakan penghuni di pusat berkenaan, minggu lepas.
Ahmad Faiz Mohd Rauhi, 35, didakwa membunuh Mohd Fauzir Hussin, 54, manakala tiga lagi iaitu Zaid Shaari, 50, Radzuan Suboh, 55, dan Abdul Halim Mohd Niza, 47, dituduh mematikan orang dengan salah yang tidak terjumlah kepada kesalahan membunuh terhadap mangsa sama.
Tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua lelaki itu, sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Norizan Riduan, memandangkan kes di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi dan kes tidak boleh dijamin.
Ahmad Faiz didakwa membunuh Mohd Fauzir di Pusat Jagaan Bakti, Taman Chong Kwee, Tanjung Rambutan antara 5 petang hingga 5.41 petang 4 Ogos, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dan sebat tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, Zaid, Radzuan dan Abdul Halim didakwa bersama-sama melakukan perbuatan yang menyebabkan kematian mangsa dengan niat hendak menyebabkan kematian di lokasi, masa dan tarikh yang sama.
Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan dibaca bersama-sama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan hendaklah juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Sejurus pertuduhan dibacakan, Abdul Halim memaklumkan mahkamah bahawa beliau menghidap masalah kesihatan mental skizofrenia dan pernah menerima rawatan di Hospital Bahagia, sebelum ditempatkan di pusat penjagaan berkenaan.
“Faham (pertuduhan), tetapi saya ada sakit skizofrenia Puan, sakit mental, memang saya dirawat dekat Hospital Bahagia pun,” katanya.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Zarris Sofea Zainudin berkata pihak pendakwaan telah menyemak kertas siasatan dan setakat ini tiada sebarang maklumat rasmi berkaitan penyakit mental tertuduh.