BTC USD 75,470.9 Gold USD 4,282.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pemandu Lori Tangki Didakwa Pandu Melulu Hingga Sebabkan Kematian Dua Beranak

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,750
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,750
Reaction score
289
Points
146

Pemandu Lori Tangki Didakwa Pandu Melulu Hingga Sebabkan Kematian Dua Beranak​

36e8bffdb24d45b0ee68efa16d8a88136a83d7e857d68

Pemandu lori tangki Nor Azlan Mahayudin, 37, (tengah) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas dua pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian dua beranak di Kilometer 9 Jalan Temerloh-Triang di sini, Jumaat lepas.

Pengakuan Nor Azlan direkodkan di hadapan Majistret Anis Adlina Abu Johan. Mahkamah membenarkan jaminan RM10,000 bagi dua pertuduhan itu dan menetapkan sebutan semula kes pada 1 Okt.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Seorang pemandu lori tangki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian dua beranak di Kilometer 9 Jalan Temerloh-Triang, di sini, Jumaat lepas.

Pengakuan Nor Azlan Mahayudin, 37, direkodkan di hadapan Majistret Anis Adlina Abu Johan.

Nor Azlan didakwa memandu lori tangki secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian Nur Fatima Syuhada Abdullah, 39, dan Muhamad Fattah Aisy Nuafal Saifulnizam,12, di lokasi itu kira-kira 4 petang 14 Ogos.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 10 tahun serta denda antara RM20,000 hingga RM50,000, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Amal Razim Alias manakala lelaki itu diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Mazieera Sharifudin.

Mahkamah membenarkan jaminan RM10,000 bagi dua pertuduhan itu dan menetapkan sebutan semula kes pada 1 Okt.

Pada Jumaat lepas, Nur Fatima Syuhada dan Muhamad Fattah Aisy Nuafal maut selepas kereta mereka dihempap lori tangki dengan muatan 32,000 liter bahan api.

 
dulu ya bang , cuma sekarang dah bnyk buat hal

aku selalu je terserempak kalau lalu SKVE lori2 minyak ni la selalu duduk lorong paling kanan...dah mcm bawak myvi dah



Pernah sembang dgn x driver lori yg dah pencen...
Dia cerita...depa dipantau ketat.
Siap ada cctv yg pantau depa sepanjang masa.
( tak rehat salah...laju salah....semua org opis diorg tau)

So kalau driver ni mmg salah...boleh la tengok kat cctv
 
Pernah sembang dgn x driver lori yg dah pencen...
Dia cerita...depa dipantau ketat.
Siap ada cctv yg pantau depa sepanjang masa.
( tak rehat salah...laju salah....semua org opis diorg tau)

So kalau driver ni mmg salah...boleh la tengok kat cctv

uishhhh siyes la....? sume leh tgk dorang wat ape dlm lori? hilang privay
 
Back
Top
Log in Register