BTC USD 60,934.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Edar arak percuma di Jonker Walk

tak tau pulak majoriti yang pergi jonker walk ni melayu Islam.
takde apa yang boleh dibeli pun terutama makanan.

org luar je ke sana.. org melaka ke sana urusan lain
 
the-sign-for-good-wifi.jpg


Gimmick marketing kot

free-wifi-great-beer.jpg
 
Last edited:
Ini bukti kerajaan skrg tegas dr dulu
Diorg rebel buat jugak sbb kerajaan skrg terlalu tegas

aku tk nmpak relevan ayat ko ngan insiden nih.. leh bagi pencerahan tak?
Logiknya klau k'jaan tegas angkat muka pun tk berani cam singapore..
k'jaan yg happy go lucky je bagi bumi melaka bermandi arak... tk gitu?
 
Last edited:
aku tk nmpak relevan ayat ko ngan insiden nih.. leh bagi pencerahan tak?
Logiknya klau k'jaan tegas angkat muka pun tk berani cam singapore..
k'jaan yg happy go lucky je bagi bumi melaka bermandi arak... tk gitu?

kata kata tu penuh makna..penuh simbolik.. hasil dari ucapan dari seorang pembesar negara :D:D:D:D:D:D
 
aku tk nmpak relevan ayat ko ngan insiden nih.. leh bagi pencerahan tak?
Logiknya klau k'jaan tegas angkat muka pun tk berani cam singapore..
k'jaan yg happy go lucky je bagi bumi melaka bermandi arak... tk gitu?

sarcastic la
LGBT semakin berani kerana PH tegas, kata Mahfuz

218631.JPG


KUALA LUMPUR - Tindakan tegas kerajaan PH terhadap golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) menjadi punca kumpulan minoriti itu semakin berani menuntut hak secara terbuka.


Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar berkata, berbanding pimpinan BN sebelum ini, kumpulan LGBT tidak pernah membuat demonstrasi menuntut hak kerana tiada penegasan dibuat terhadap mereka.

“Syabas kepada kerajaan PH kerana pendirian tegas tersebut menyebabkan pendokong dan penyokong LGBT membuat demonstrasi menuntut hak mereka dimana ianya tidak pernah berlaku sebelum ini di zaman BN kerana tiada penegasan dibuat sebelum ini.

“Ayuh rakyat Malaysia kita dokong dan bersama-sama kerajaan Malaysia mempertahankan kesopanan dan kesusilaan rakyat melalui budaya hidup sihat dan normal,” katanya melalui kenyataan media, hari ini.

Mahfuz berkata, Amanah berdiri teguh bersama pendirian Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini bahawa tiada tempat untuk menerima dan mengiktiraf budaya LGBT di Malaysia serta kerajaan menolak pengamalan dan budaya LGBT dalam negara ini.

Mengulas perhimpunan Women’s March di ibu kota yang dicemari dengan sokongan terhadap LGBT, Mahfuz berkata, insiden itu merupakan satu tragedi yang sangat mengejutkan buat rakyat Malaysia.

Beliau berkata, ini kerana sepanjang merdeka hampir 62 tahun, tidak pernah terjadi tuntutan terbuka sedemikian.

“Pelik tapi itulah hakikatnya apabila tiada penegasan dibuat selama ini oleh pihak berwajib,” katanya.

Beliau menegaskan, Amanah menolak tuntutan kumpulan itu untuk membenarkan pengamalan dan pengiktirafan budaya LGBT kerana bertentangan dengan agama, budaya dan nilai diri.

“Sesuatu yang amat malang bagi rakyat Malaysia apabila budaya ini cuba dicangkirkan atas nama hak asasi manusia. Islam mengiktiraf hak asasi manusia namun ianya mesti selari dengan budaya dan tuntutan naluri sejagat. Perlembagaan Malaysia mengiktiraf hak rakyatnya. Namun hak-hak rakyatnya mempunyai had mengikut kerangka budaya resam serta agama.

“LGBT bukan sahaja bertentangan dengan agama, bahkan ianya juga bertentangan dengan budaya dan sistem nilai kemanusiaan samada di timur mahupun di barat. Tidak ada satu agama pun di dunia ini yang mengiktiraf LGBT,” katanya.


https://www.sinarharian.com.my/arti...akin-berani-kerana-tindakan-tegas-kerajaan-PH
 
KENYATAAN MEDIA KHAS
25 MAC 2019

1. Kegiatan minum arak secara percuma yang tular di media sosial baru-baru ini adalah dirujuk.

2. Hasil aduan yang diterima, lima orang pegawai Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) hari ini telah menjalankan siasatan ke lokasi terbabit.

3. Siasatan majlis telah dilakukan pada jam 10.30 pagi di lokasi. Berdasarkan makluman kegiatan tersebut berlaku di hadapan Tamil Methodist Church, Jalan Kubu, Melaka dan seterusnya kegiatan tersebut berterusan ke bangunan Gan Boon Leong , Jalan Kubu, Melaka.

4. Siasatan mendapati kegiatan minum arak secara percuma itu diadakan sempena program promosi “Taster Carlsberg” di hadapan Tamil Methodist Church, Jalan Kubu.

5. Perjumpaan dengan Pengerusi Pertubuhan Jawatankuasa Pengurusan Jonker Walk, juga telah dibuat bagi mendapatkan maklumat sebenar.

6. Hasil perjumpaan menjelaskan bahawa , penganjur promosi “Taster Carlsberg” tersebut telah mendapat kebenaran daripada Pertubuhan Jawatankuasa Pengurusan Jonker Walk untuk promosi pada tarikh 23/03/2019 dan 24/03/2019.

7. Siasatan lanjut mendapati promosi berkenaan tidak mendapat sebarang kebenaran dari MBMB serta Pejabat Daerah Melaka Tengah.

8. Sehubungan itu, MBMB akan mengambil tindakan undang-undang kepada penganjur kerana telah mengadakan kegiatan promosi arak di Pasar Malam Jonker Walk tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan.

9. Tindakan yang sama juga boleh dikenakan kepada pemegang lesen kedai atau individu yang mengendalikan aktiviti tersebut.

10. Pihak penganjur Pasar Malam Jonker Walk didapati telah melanggar syarat lesen yang ditetapkan oleh MBMB.

11. Tindakan undang-undang akan diambil di bawah Undang-undang Kecil 5(2), UUK Pasar Malam/Sehari, MBMB 2010 .

YBhg. Tuan Haji Mansor bin Sudin
Datuk Bandar,
Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah

#MBMB
#MelakaBerwibawa
#PintarHijauBersih
 
Owh ni ke sbab beria2 nak jadi kerajaan?
 
Apa kata untuk memusnahkan golongan ni kita pakat2 mulakan dengan memboikot kedai2 kepunyaan non muslim kecuali darurat ada brani ke?
 
Back
Top
Log in Register