TT
CG Super Hardcore Club

- Messages
- 166,601
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,601
- Reaction score
- 22,873
- Points
- 1,831
Edar arak percuma jejas imej Melaka
MELAKA: Pemberian arak secara terbuka di tempat awam seperti yang berlaku di pasar malam Jonker Walk di sini, boleh menjejaskan imej Melaka sebagai negeri pelancongan.
EXCO Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan Melaka, Datuk Muhammad Jailani Khamis, berkata kerajaan negeri langsung tidak terbabit dengan penganjuran aktiviti itu, namun ia dijadikan isu politik dan dikaitkan dengan pentadbiran Pakatan Harapan (PH) di negeri ini.
Sambil mengingatkan penganjur pasar malam berkenaan agar peka dengan sebarang aktiviti yang dilangsungkan. beliau turut menasihatkan semua pihak supaya tidak menyalahgunakan kebebasan untuk mencetuskan suasana tidak sihat.
“Saya dimaklumkan oleh penganjur pasar malam, aktiviti itu (pemberian arak percuma) sudah diadakan selama tiga tahun berturut-turut.
“Namun apabila ia disebarkan di media sosial, secara tidak langsung menjejaskan imej negeri apabila ada netizen mengaitkannya dengan pemerintahan kerajaan PH,” katanya pada sidang media di Bahagian Promosi Pelancongan, di Kota Cemerlang, di sini hari ini.
Beliau berkata, sensitiviti masyarakat yang berbilang bangsa dan agama perlu diambil kira dan jika pihak terbabit ingin mengadakan aktiviti sedemikian, ia perlu dijalankan di kawasan tertutup.
“Di pihak kerajaan negeri, kami akan pastikan perkara seperti ini tidak berulang lagi,” katanya.
Pengedaran arak percuma secara terbuka di pasar malam Jonker Walk itu turut mendapat teguran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Laksamana, Low Chee Leong yang menyifatkan penganjur seolah-olah tidak mempunyai sensitiviti agama.
Beliau juga dilaporkan berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku terutama di hadapan gereja kerana ia juga boleh menjejaskan keharmonian kaum.
https://www.bharian.com.my/berita/w...arak-percuma-di-jonker-walk-jejas-imej-melaka