BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tahun Baharu Cina: 2,026 Tanglung, Kuda Gergasi Tarikan Pelancong Ke Jonker Walk

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146
6c06471a031e5fbda79c2d12c83ade0d6982aee398f6f

615f067b55d3b61772bd04aed81d2e7f6982afbba320a

Sebanyak 2,026 tanglung digantung di kawasan Tapak Warisan Dunia, Jonker Walk sebagai simbolik tahun 2026 sempena Tahun Baharu Cina melibatkan peruntukan kira-kira RM1 juta

Sebanyak 2,026 tanglung dipasang di kawasan Tapak Warisan Dunia, Jonker Walk di sini sebagai simbolik tahun 2026 sempena sambutan Tahun Baharu Cina kali ini melibatkan peruntukan kira-kira RM1 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Jonker Walk Datuk Gan Tian Loo berkata selain itu, replika kuda gergasi setinggi 5.49 meter turut ditempatkan di satu daripada pintu gerbang pusat tumpuan pelancong berkenaan.

Beliau berkata inisiatif menghias kawasan pelancongan ikonik yang disalurkan pihak swasta itu bertujuan memeriah dan mengindahkan kawasan berkenaan dengan sasaran dua juta pelancong dalam tempoh satu bulan sempena Tahun Baharu Cina.

"Hiasan tanglung digantung di semua laluan keluar dan masuk Jonker Walk termasuk enam pintu gerbang manakala replika kuda gergasi diletakkan di pintu gerbang berhampiran Jambatan Tan Kim Seng.

"Inisiatif menghias Tapak Warisan Dunia ini sejak 30 tahun lepas tanpa jemu atau terlepas kerana ia satu daripada destinasi wajib singgah pelancong tempatan mahupun antarabangsa terutama warga China sekiranya mereka berkunjung Melaka," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Gan berkata sepanjang tempoh satu bulan sambutan perayaan itu di kawasan berkenaan, Karnival Tahun Baharu Cina yang merupakan acara tahunan dalam Kalendar Pelancongan Negeri Melaka turut berlangsung pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad dengan pelbagai aktiviti, program serta persembahan kesenian dan kebudayaan.

Beliau berkata aktiviti yang dianjurkan di pentas kawasan itu bukan sahaja memeriahkan suasana 'uptown' itu, tetapi juga mempamerkan pelbagai keunikan kesenian dan kebudayaan masyarakat Cina serta Baba Nyonya.

Dalam pada itu, Gan berkata ‘uptown’ Jonker Walk akan beroperasi pada petang ambang Tahun Baharu Cina (16 Feb) dan hari perayaan Cap Goh Mei (3 Mac) bermula 6 petang hingga 12 tengah malam.

"Kita juga akan adakan kiraan detik pada petang ambang Tahun Baharu Cina dan Cap Goh Mei selain pelbagai aktiviti kesenian dan kebuadayaan dengan anggaran kehadiran lebih 10,000 orang," katanya.

 
Back
Top
Log in Register